Google+ Badge

Ahad, 22 April 2018

Jangan merasa lebih baik. 7316.

Suara Hati Bila Malaikat tanya tentu di masa masih hidup sekarang ini kita kata nak jawab "Islam Agamaku"

Satu peringatan dan seruan untuk diri sendiri dan mereka yang hadir khasnya serta muslimin dan muslimat umumnya. 

Hendak menjaganya semasa hidup ini, supaya roh kita dapat jawab "Islam Agamaku" bukan hal ringan. Kena jadikan Al Quran dan Hadis sahabat kita dunia akhirat. Dari situ terpaut juga dengan tingkah laku kita, tutur bicara kita dan terbelai, terjaga tidak takwa dan iman kita?

Sudah tentu kita semua nak Allah kurniakan kita rahmat-Nya dan mahukan Syafaat Nabi Muhammad SAW. 

Aamiin Ya Allah. 

http://peceq.blogspot.my/.../bila-malaikat-tanya-tentu-di...

Masa depan anak cucu kita. 7315


Ini dia Muzik Video Rasmi Lagu Kempen PRU14 Pakatan Harapan.
Mari kita sama-sama Bina Harapan Malaysia, demi masa depan anak cucu kita.
Sebarkan!
======
Bina Harapan Malaysia
Masanya tiba untuk semua Mari kita bangun sedar
Rakyat Malaysia tua dan muda Sedia lawan demi negara
Biar kita betulkan yang salah Ini saatnya ‘tuk ubah
Suara rakyat tekad berani Perjuangan ibu pertiwi
Harapan rakyat jadi amanat
Kuasa di tangan rakyat
Sambarlah peluang di depan mata
Kemenangan milik kita
Perubahan bermula di sini
Untuk Malaysia baru
Demi keadilan demi demokrasi
Menggalas amanah, kita semua bersatu
Bina Harapan Malaysia
Masa depan kita tentukan bersama
Bina Harapan Malaysia
Masa depan kita tentukan bersama
Lawan tetap lawan,
Semarak kekuatan
Pakatan Harapan,
Kita akan tawan
Kita penyambung warisan
Komposer Muzik: YuHeng





Bila Malaikat tanya tentu di masa masih hidup sekarang ini kita kata nak jawab "Islam Agamaku" 7314.

Satu peringatan dan seruan untuk diri sendiri dan mereka yang hadir khasnya serta muslimin dan muslimat umumnya. 
Hendak menjaganya semasa hidup ini, supaya roh kita dapat jawab "Islam Agamaku" bukan hal ringan. Kena jadikan Al Quran dan Hadis sahabat kita dunia akhirat. Dari situ terpaut juga dengan tingkah laku kita, tutur bicara kita dan terbelai, terjaga tidak takwa dan iman kita?

Sudah tentu kita semua nak Allah kurniakan kita rahmat-Nya dan mahukan Syafaat Nabi Muhammad SAW. 

Aamiin Ya Allah. 

Sabtu, 21 April 2018

Dinamik pilihan raya dan demografik berkenaan faktor yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU). 7313.

Malaysia akan mempunyai kerajaan baru sekiranya UMNO kalah 40 kerusi di Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Harapan. Jika 50 peratus pengundi Melayu memilih Harapan, pakatan pembangkang malah akan menubuhkan kerajaan dengan dua per tiga majoriti. Ini adalah realiti.
Justeru, saya terkejut dengan hakikat bahawa sesetengah penganalisis politik dan ahli politik enggan memahami dinamik pilihan raya dan demografik berkenaan faktor yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Klise politik dan realiti
Masalah paling besar di kalangan yang kononnya cerdik pandai ini adalah mereka suka mengulangi klise yang mereka sendiri tidak faham.
Sesetengah mereka tidak anggap pengundi Melayu akan menukar undi secara beramai-ramai. Penilaian mereka ini menggunakan hujah bahawa meskipun pengundi Melayu mengundi pembangkang sebelum ini, tiada pertukaran undi yang ketara di kalangan pengundi Melayu yang tetap mengundi Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum yang lalu.
Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan teori mereka. Mereka melihat Sabah dan Sarawak sebagai agen perubahan dan bukannya Semenanjung.
Menurut perkiraan saya pula, perubahan di Sarawak tidak ketara kerana gambaran yang diberikan kerajaan Sarawak yang seolah-olah mengamalkan politik pro-autonomi, selain keadaan muka bumi negeri itu.
Sementara Sabah pula mempunyai situasi yang menarik. Pada PRU 2013, pembangkang cuma menang 3 kerusi parlimen. BN menang beberapa kerusi dengan kurang daripada 50 peratus undi popular yang disebabkan oleh pertembungan lebih daripada dua penjuru. Kini dengan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin pembangkang baru di pantai timur, serta mendapat sokongan dari kalangan Kadazan-Dusun-Murut, pembangkang sebenarnya mampu menang sehingga 10 kerusi parlimen.
Bagaimanapun, pertarungan utama masih lagi di Semenanjung.
Pertarungan merebut Semenanjung
Dalam PRU lalu, UMNO menang 88 kerusi parlimen seluruh negara. Empat belas daripada jumlah itu adalah di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.
Daripada 73 kerusi di Semenanjung, kira-kira 30 daripada jumlah itu merupakan kawasan parlimen yang sangat kecil, selalunya sama saiz dengan jumlah peneroka Felda, selain terletak di kawasan pedalaman. Meskipun dengan pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu, tidak mudah Pakatan Harapan memenangi kerusi-kerusi ini.
Lebih 40 kerusi yang lain adalah kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar menetap di kawasan itu. Kebanyakan kerusi ini terletak di kawasan separa bandar di mana sejumlah besar generasi mudanya tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan lain.
Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat memenangi 80 daripada 165 kerusi. Ketika ini, PAS memegang 14 kerusi yang tidak lagi boleh dianggap kerusi Pakatan Harapan. DAP pula kalah di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil pada 2014.
Ketika ini, Pakatan Harapan memperoleh Parlimen Pagoh melalui penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan pembangkang. Wakil Harapan keseluruhannya menyandang 66 kerusi di Semenanjung.
Cabaran pilihan raya untuk Pakatan Harapan adalah untuk memenangi 100 daripada 165 kerusi di Semenanjung. Sekiranya berjaya dicapai, ia bererti pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu yang juga bereti pemilihan lebih ramai ahli parlimen Melayu berbanding bukan Melayu. Kedua-dua situasi ini penting bagi berdepan cabaran selepas pilihan raya dalam penubuhan kerajaan yang stabil oleh Pakatan Harapan.
Dengan kemenangan Pakatan Harapan ke atas 100 atau lebih kerusi di Semenanjung, dengan 15 hingga 20 kerusi tambahan dikongsi bersama Harapan dan parti sekutu di Sabah dan Sarawak, ia dapat menjamin sebuah kerajaan baru ditubuhkan.
Mampukah Harapan memengangi 100 kerusi di Semenanjung?
Meskipun tanpa mempertimbangkan kerusi di Kelantan dan Terengganu, sudah ada sekurang-kurangnya 40 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kecil di pantai barat Semenanjung yang boleh dimenangi Harapan. (Demi menjaga kepentingan strategi, saya tidak akan namakan kerusi-kerusi ini, namun pembaca boleh membuat kajian sendiri untuk mengetahui kerusi-kerusi ini.)
Kelompok 1 – Perlis/Kedah – 10
Kelompok 2 – Pulau Pinang/Perak Utara – 7
Kelompok 3 – Selangor Utara/Perak Selatan – 8
Kelompok 4 – Muar (Johor) – 5
Kelompok 5 – Johor Selatan – 6
Kelompok 6 – Pahang – 4
Kerusi di Perlis dan Kedah kebanyakannya adalah kerusi dengan majoriti besar Melayu. Dengan faktor Mahathir, Kedah akan mempunyai dinamiknya sendiri.
Kerusi marginal BN di pantai barat yang selebihnya adalah kebanyakannya mempunyai maksimum 65 peratus pengundi Melayu, yang bererti ia merangkumi jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar. Bagi kerusi pantai barat, faktor PAS boleh diabaikan.
Pertembungan tiga penjuru merugikan UMNO
Saya sebelum ini berhujah bahawa UMNO akan mendapati strategi pertembungan tiga penjuru akan menutup peluang UMNO berbanding Pakatan Harapan untuk menang di kerusi marginal.
Di kerusi campuran dengan majoriti Melayu, pengundi bukan Melayu lebih cenderung mengundi calon Harapan berbanding UMNO atau PAS.
Sekiranya sentimen antikerajaan di kalangan pengundi Melayu ketika ini bertahan, sesetengah penyokong UMNO dan PAS pada PRU 2013 akan turut mengundi Harapan. UMNO pula memerlukan penyokong setia Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundi calon UMNO berbanding memberikan undi kepada PAS di kerusi pantai barat yang mana PAS tidak mempunyai peluang untuk menang.
Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa terdekat ini UMNO yang akan mengarahkan agar strategi tiga penjuru tidak digunakan. Perdebatan tentang tiga penjuru ketika ini, termasuk di kalangan penyokong pembangkang, sebenarnya hanya membuang masa.
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz masing-masing memberi amaran secara terbuka berkenaan strategi tiga penjuru yang mungkin merugikan UMNO. Difahami, kerusi Bagan Datoh (kerusi Zahid) dan Padang Rengas (kerusi Nazri) merupakan kawasan pantai barat seumpamanya yang saya gambarkan di atas.
Kejutan lain buat UMNO adalah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Kelantan baru-baru ini di kediaman Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam mesyuarat itu, Najib diberitahu bahawa UMNO Kelantan tidak berhasrat bertembung dengan PAS di setiap kerusi. Keengganan pemimpin peringkat negeri UMNO untuk bekerjasama dengan PAS telah membantutkan strategi rapuh pertembungan tiga penjuru Najib.
Medan pertempuran separa bandar
Memandangkan Harapan (dan begitu juga sebelum ini Pakatan Rakyat) sebelum ini lebih berpengaruh di kawasan bandar, memahami jiwa pengundi separa bandar adalah penting bagi menjamin kemenangan pembangkang.
Harapan perlu mencipta pakatan pembangkang mesra rakyat yang berpotensi menang yang mampu menarik sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi Melayu dan melonjakkan sokongan yang besar daripada bukan Melayu.
Saya tidak pernah kata ia kerja mudah. Apa yang saya kata adalah UMNO dan BN kini sangat rapuh di kawasan separa bandar di pantai barat, iaitu kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang dimenangi BN dengan majoriti tipis pada PRU 2013.
Dari satu sisi, kawasan-kawasan ini ibarat “Rust Belt” pembangkang, iaitu kawasan yang dulunya mempunyai industri yang pesat membangun namun kini terjejas akibat ekonomi.
Jika UMNO kalah lebih kurang 40 kerusi ini dengan pertukaran undi yang memihak kepada Pakatan Harapan, semestinya ia akan melahirkan sebuah kerajaan baru. – Roketkini.com
*Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Kluang, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor. 
Sumber: 

Pendapat Sebahagian Melayu tentang situasi ekonomi harian yang mereka hadapi. 7312.

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini.

Satu kajian penyelidikan ilmiah mendapati sebilangan peneroka Melayu di luar bandar yang tidak senang hati dengan kenaikan kos sara hidup mengaitkan perkara tersebut dengan isu perkauman.

Peningkatan kos yang menyaksikan harga barangan menjadi mahal menjejaskan semua lapisan rakyat dengan ada yang mendakwa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 oleh kerajaan pusat sebagai puncanya.

Namun satu kajian terhadap pengundi luar bandar di Johor dan Kedah mendapati bahawa di kalangan sebahagian masyarakat Melayu di luar bandar, kesalahan berkenaan bukannya terletak pada kerajaan persekutuan, tetapi pada pemilik perniagaan atau tauke Cina.

Penemuan ini dilaporkan dalam kertas kajian trend di Asia Tenggara oleh Institut Iseas-Yusof Ishak yang bertajuk "Pilihan Raya Umum Malaysia 2018: Memahami Pengundi Luar Bandar" oleh penyelidik Serina Rahman.

Dalam perbincangan kumpulan fokus di kalangan peneroka Felda, kajian itu mendapati bahawa "sementara responden berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, generasi tua menyalahkan tauke Cina dan bukannya kerajaan persekutuan."

Golongan wanita berusia di barat Johor juga "menyalahkan peningkatan kos sara hidup di kalangan tauke Cina yang 'menyalahgunakan GST dan menaikkan harga secara sembarangan."

Kedua-dua kumpulan itu dikatakan penyokong kuat BN dan hanya parti pemerintah yang "boleh memberikan mereka yang terbaik." Walau bagaimanapun, pandangan itu tidak dikongsi oleh semua orang Melayu di luar bandar.

Golongan lelaki yang ditemuramah di barat Johor "menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai punca kenaikan kos sara hidup."

Mereka juga mempunyai pandangan positif terhadap masyarakat Cina, termasuk rakan-rakan nelayan di kampung mereka "yang berkongsi jeti yang sama dan bergelut seperti mereka di laut."

Begitu juga, seorang wanita muda di bawah umur 35 yang ditemuramah di barat Johor juga menyatakan bahawa NGO Cina membantunya sedangkan yang lain tidak.

"Apa gunanya untuk mengundi parti pemerintah sedangkan mereka tidak tahu masalah kami. Siapa datang bantu kami? Kami cuba mohon bantuan daripada banyak pihak tapi gagal.

"Akhirnya NGO Cina di Johor Bahru yang membantu perbelanjaan perubatan kami. NGO Cina!" kata responden yang tidak dinamakan itu.

Secara keseluruhan, nota penyelidikan itu mencatatkan bahawa dalam semua sesi kumpulan fokusnya, para peserta memetik GST, kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan subsidi petrol sebagai faktor yang menambah beban harian mereka.

Ramai juga mengadu bahawa upah atau gaji terus tidak berubah.

Mengenai BR1M, "hampir semua menjawab bahawa BR1M memberi mereka wang sehingga RM1,000 tetapi kerajaan mengambil alih balik lebih banyak melalui GST dan kenaikan harga." - malaysiakini

Kehidupan. 7311.




















Politik Malaysia - Kajian Peradaban Berbahasa. 7310.

Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu semakin menunjukkan sifat terdesak mereka secara terang - terangan apabila cuba membuat dakwaan kononnya UMNO diharamkan bertanding dalam PRU.

Fitnah jahat ini sengaja disebarkan dikalangan penyokong - penyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum kali ini bagi menimbulkan rasa curiga dan mengelirukan mereka.

Yang pastinya, tindakan kebudak - budakkan yang dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak tu menunjukkan yang diorang pada ketika ini sedang berada dalam keadaan ketakutan yang tak tentu arah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila RoS sendiri mengesahkan bahawa tindakan UMNO menangguhkan pemilihan parti bagi tahun ini selaras dengan Perlembagaan serta tatatertib parti.

Yang herannya, kenapa puak Pakatan Haprak tu sibuk sangat nak menjaga urusan dalaman parti UMNO yang telah ditinggalkan sebelum ini? Tidakkah itu menunjukkan yang mereka sedang berada dalam keadaan terdesak?

Pokok pangkanya, tindakan puak Pakatan Haprak tu membangkitkan isu berkaitan dengan status UMNO hanya sekadar diversi untuk mengalih perhatian rakyat dari kegagalan yang berlaku ke atas PPBM.

Hakikatnya, pemimpin parti itu sendiri perlu mengakui kelemahan dan kegagalan mereka menguruskan parti dengan lebih baik secara terbuka. Bukannya tampil membuat tuduhan serta tohmahan secara membabi buta untuk menutup kemaluan sendiri!!!

Sumber: 

Meletakkan dirinya sebagai bukan sahaja seorang perancang politik tetapi pemikir politik (arkitek) yang dinamik, kreatif dan berpandangan jauh ke depan. 7309.

Rafizi pemikir politik (arkitek) yang dinamik. 

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sekali lagi Rafizi Ramli terus meletakkan dirinya sebagai bukan sahaja seorang perancang politik tetapi pemikir politik (arkitek) yang dinamik, kreatif dan berpandangan jauh ke depan.

Beberapa perkara yang timbul menjadi isu ekoran konvenysen PH dijawab dengan tuntas, logik dan memuaskan sekali. Kekeliruan dan kersangsian umum dengan pemanipulasi beberapa perkara yang timbul di sebalik konvensyen itu dapat dihuraikan baik oleh ahli parlimen Pandan ini. 

Saya rasa mereka mendengar penghuraian dan dalil dalil diberinya cukup melegakan dan menjadi penawar mujarab. Rafizi seorang ahli politik boleh menenangkan keadaan bukan penyerabut suasana.

Salah satu ialah menjelaskan berkaitan dengan pembahagian kerusi di kalangan parti PH yang menimbulkan pertikaikan dan sempat dijadikan isu oleh pihak lawan.

Misalnya kenapa kerusi Titiwangasa yang menjadi pertikaikan menyebabkan mesyuarat untuk memuktamadkan “ending” menentukan konvensyen dapat diadakan atau tidak, menjadi panjang; beliau menjelaskan, pemberian kerusi itu kepada PPBM dan tidak kepada Amanah dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan waras berfakta.

Salah satu kriteria dan pertimbangan diambil kira, ialah memandangkan kerusi Tititwanga berada di Lembah Kelang, di mana ia mencakupi Selangor. Dalam konteks Lembah Kelang ini Amanah telah mendapat lebih banyak kerusi di Selangor dan kerusi itu berpeluang cerah untuk menang. Sedangkan PPBM tidak ada satu kerusi pun di Selangor.

Menurutnya pertimbangan untuk tidak memberikan Titiwangsa kepada Amanah juga disebabkan parti itu masih berpeluang mendapat banyak kerusi di DUN Selangor. Dan kesediaan Amanah melepaskan ia menunjukkan daya maufakat tinggi ditunjukkan Amanah.

Menjawab dan mengulas kajian dibuat oleh institiut intelek, kononnya dengan persempadanan semula dilakukan oleh SPR ia menguntungkan Umno, Rafizi menolaknya. Katanya kajian itu tidak pun mempengaruhi (menggerum) PH kerana ia tidak tepat. Sambil menolak beliau meminta data digunakan oleh firma berkenaan. Ini bermakna ia boleh ditafsir mengikut Rafizi kajian itu tidak akurat.

Bagi Rafizi kejayaan maufakat di kalangan parti PH berjaya menyetujui 13 perkara menjadi tunjang maufakat itu merupakan kejayaan terbesar perjuangan Reformasi. Mufakat empat buah parti itu adalah penerus kepada nyalaan api Reformasiyang dicetuskan Anwar. Trims.

Sumber: 

Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor. 7308.

Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor 
Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memohon maaf kepada isteri perdana menteri kerana tidak menghormatinya sebagai orang tua dan beliau menerima teguran Datin Seri Rosmah Mansor sebagai kritikan membina.

Beliau berjanji akan menggunakan gelaran “Datin Seri” kepada Rosmah selepas ini.“Saya sudah memohon maaf sekiranya saya mengguris hati Datin Seri Rosmah.

Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor. “Seingat saya, saya cuba untuk menggunakan gelaran ‘Datin Seri’ dan segala kritikan membina, maklum balas serta komentar saya berdasarkan pendirian prinsip keadilan, bukannya serangan peribadi,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Rosmah menyuarakan kekecewaannya terhadap Izzah yang dianggap anaknya, tetapi tidak menghormatinya sebagai orang tua dan memfitnah serta mengkritiknya di media sosial.

Katanya, beliau mengenali anak sulung bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sejak kecil lagi, tetapi kecewa dengan sikap Izzah yang tidak menghormati orang tua dan disifatkannya tidak layak menjadi pemimpin.

“Memang saya kecil hati dengan dia, saya kenal dia masa dia kecil lagi sebab saya berkawan dengan mak dia (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail). Saya sering pergi ke rumah mak dia sebab disuruh masuk jawatankuasa badan kebajikan.

“Saya tahu masa itu, saya tengok dia (Izzah) gigi pun tak ada lagi, masa dia umur 6 tahun ke 7 tahun lagi saya kenal dia, sekarang dia boleh panggil, tuduh saya macam-macam dalam sosial media.

“Dia tak nak panggil saya Datin Seri Rosmah tak apa, panggilah Aunty Rosmah ke, mak cik Rosmah ke? Ini tak, terus-terus panggil saya Rosmah Mansor.

“Tak apa kalau nak politik, politiklah, tapi jangan panggil orang nama sahaja, saya terasa. Saya umur 65 tahun, panggilah saya isteri Datuk Seri Najib ke, mak cik Rosmah ke, ada juga tanda hormat sikit,” katanya semalam.

Lembah Pantai pilihan hati

Dalam perkembangan lain, Izzah berkata, kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya selama 2 penggal tetap menjadi pilihan hatinya pada pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun, katanya, pucuk pimpinan parti yang akan menentukan calon di kerusi Parlimen itu dan beliau akur dengan keputusan PKR.

“Saya ingatkan diri saya berserta pimpinan lain, kita hanyalah terpilih sebagai calon sekiranya parti mengkehendakkan dan Lembah Pantai menjadi pilihan hati, walau saya akur dengan keputusan parti.

Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor

“Di manapun saya bertanding, pejabat saya di Lembah Pantai berserta program pendidikan yang saya anjurkan sentiasa terbuka kerana Lembah Pantai sentiasa di hati saya dan duit elaun bulanan gaji saya sejak 2008 saya belanjakan untuk kegunaan Parlimen Lembah Pantai kerana dinafikan wang peruntukan hampir RM5 juta setahun,” katanya.

Beliau menjawab cabaran Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk terus bertanding di kerusi Parlimen itu menentang calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Semalam, Shahrizat menyifatkan Izzah pengecut kerana mendakwanya tidak berani mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang dimenanginya sejak 2008.

Izzah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008 dengan mengalahkan Shahrizat melalui kelebihan 2,895 undi dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013, selepas menewaskan Nong Chik dengan 1,847 undi.

Nurul Izzah Mohon Maaf Pada Rosmah Mansor. Rabu lalu, Izzah menolak spekulasi akan menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh, selepas ibunya dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan melepaskan kerusi Parlimen itu dan berpindah ke Parlimen Pandan. - free malaysia today

. - free malaysia today

Keangkuhan sebelum dan semasa PRU14 MALAYSIA. 7307.


Ajar semua parti ‘angkuh’
Voice Rakyat   Februari 13, 2018   Pendapat
Oleh Farhan Zulkefly

Perjalanan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu menuju PRU ke-14 satu perjalanan polittik yang penuh dengan drama.

Siapa sangka, dalam perjalanan ini Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menambat hati 51 peratus hati pengundi Malaysia akhirnya terkubur di tengah jalan.

Tun Dr Mahathir Mohammad — yang dulunya antara yang paling lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan pemimpin pembangkang — kini duduk sepentas dengan mereka yang menentang Datuk Seri Najib Razak.

Yang lebih dramatiknya, Dr Mahathir bertemu Anwar di mahkamah dan sepakat bersama-sama Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadapi PRU ke-14.

PAS yang dahulunya kelihatan berjuang secara menyeluruh dengan menegakkan keadilan Islam dan menentang korupsi dan kezaliman, kini rakyat tidak tahu apa sebenarnya hala tujunya lagi  dan lebih kerap bersama pimpinan Umno dengan alasan demi Islam.

Kedah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah diambil alih oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah. Lebih menarik, Mukhriz telah bersama dengan pihak pembangkang.

Selangor yang dahulunya dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertukar tangan kepada Datuk Seri Azmin Ali. Kini Khalid entah cenderung kepada PAS atau Umno.

Azmin yang menjadi menteri besar hanya tiga tahun pula bercakap dengan penuh bangga seolah-olah beliau telah mengubah ekonomi Selangor dengan drastik sedangkan satu Malaysia tahu ia telah berlaku pada zaman Khalid lagi.

Peristiwa-peristiwa inilah antara drama yang berlaku sepanjang perjalanan dari PRU13 menuju PRU14.

Dalam keadaan rakyat keliru untuk memilih kerajaan pada PRU nanti, datang pula sekumpulan manusia yang entah dari mana mencadangkan agar kempen #UndiRosak dijalankan semasa pilihan raya umum nanti.

Walaupun ramai cuba menjadi hero seolah-olah merekalah pencetus di sebalik idea #UndiRosak ini, hakikatnya antara yang terawal mencadangkan #UndiRosak ini ialah akhbar China Press yang bertarikh 15 April 2017.

Persoalannya, apa itu #UndiRosak? Siapa pun calon yang bertanding, rakyat diseru agar memangkah semua calon sebagai tanda bantahan.

Maka timbul pula persoalan kedua. Apa perlunya rakyat bangkit membantah semua parti politik? Tidak bolehkah undi mengikut calon? Jawapannya mudah. Saya selaku penyokong gerakan #UndiRosak ini, hanya satu sahaja jawapan buat persoalan ini: angkuh.

Tiada mana-mana parti politik yang ada pada ketika dan saat ini tidak angkuh dalam perjalanan mereka menuju PRU14. Dimulakan dengan parti yang memerintah Barisan Nasional (BN). Keangkuhan BN bukanlah baru.

Sejak perjalanan terdahulu lagi, ramai pemimpin BN yang berani mengeluarkan kenyataan angkuh kerana mereka merasakan mereka tidak mampu dijatuhkan.

Mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperkecilkan rakyat, bertindak dengan zalim dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah itu, salah guna kuasa dan banyak lagi untuk disenaraikan. Keangkuhan inilah antara punca rakyat mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13.

Malangnya, keangkuhan ini merebak pula kepada parti politik pembangkang. Keangkuhan mereka bukan kerana mereka sudah berkuasa, tetapi kerana mereka merasakan rakyat sentiasa bersama mereka. 

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Harapan yang penuh angkuh merasakan rakyat sentiasa bersama mereka, sehingga sanggup mencipta langkah-langkah bodoh yang mengetepikan rakyat seperti Langkah Kajang dan bersama Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Pemimpin mereka mempertikai sokongan rakyat kerana kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan yang terbaru, melantik Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri tanpa sedikit pun mengenang kezaliman Mahathir pada rakyat.

Apabila memegang sebuah negeri yang tunggu masa untuk jatuh, Pakatan Harapan sudah mula merasakan bahawa mereka sudah memiliki sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat.

Lihat sahaja bagaimana, ketika isu rundingan kerusi belum selesai, beberapa orang kuat Azmin mula memperkecilkan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana salah faham dalaman yang berlaku. Cukup angkuh dan memualkan.

Tidak kurang juga dengan PAS. Dengan merasakan sokongan pengundi Muslim bersama mereka, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan PAS yang lain terhadap parti lawan cukup menjengkelkan.

Kenyataan berbaur angkuh dan keyakinan seolah-olah merekalah yang benar-benar Islam lebih memualkan dan patut dilawan.

Beginilah perjalanan tiga kumpulan parti politik utama sepanjang PRU13 menuju PRU14. Semuanya angkuh dengan kuasa, PAS pula angkuh dengan keislaman mereka. Jangan biarkan mereka terus angkuh.

Ayuh laksanakan #UndiRosak. Apa impaknya? Biar semua parti berubah pada perjalanan mereka yang seterusnya iaitu dari PRU14 ke PRU15.

Jangan termakan pujuk rayu pimpinan parti politik terutamanya Pakatan Harapan untuk rakyat bersatu mengundi mereka. Di awal perjalanan ini, penat dan letih rakyat merayu supaya kamu bersatu, tetapi kamu angkuh dan tidak mempedulikan rakyat dengan terus bertumbuk sesama sendiri.

Dekat dengan pilihan raya, merasalah kamu melihat rakyat pula berpecah tidak mahu bersama kamu.

Akhir sekali, jika kempen #UndiRosak ini berjaya mendapat sambutan, kemungkinan besar taktik menjual retorika “Melayu”, “rakyat” dan “Islam” akan berkurang bersama-sama keangkuhan mereka.

* Farhan Zulkefly seorang pelajar sarjana sains politik dan juga penulis buku “Sudahlah Politikus.”

Sumber: 
Ajar semua parti ‘angkuh’ | Akhbar Rakyat

Sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 2009. 7306.

UMNO TERHARAM ADALAH TANDA KEGAGALAN NAJIB YANG TIDAK HARUS DIMAAFKAN OLEH AHLI2 PARTI ITU. 

Apa pun hujah dan alasannya, kegagalan UMNO mengadakan pemilihan sehingga ia kini berdepan kemungkinan menjadi pertubuhan yang diharamkan, tidak lain adalah tanda gagalnya Najib Razak sebagai presiden parti itu.

Kegagalan ini tidak seharusnya dimaafkan oleh ahli-ahli UMNO kerana setelah beliau merosakkan imej parti dengan pelbagai perangai dan kelakuannya sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 2009, satu lagi kerosakan kepada nama baik dan imej parti telah diciptanya.

Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan kepimpinannya ialah pada 2013 dan berdasarkan perlembagaan parti itu sendiri yang mensyaratkan pemilihan mesti diadakan setiap tiga tahun sekali, pemilihan seterusnya perlu diadakan pada 2016.

Namun demikian, berdasarkan perlembagaan UMNO juga yang memberi peruntukan kepada parti itu menangguhkan pemilihannya sehingga 18 bulan, tempoh itu sepatutnya berakhir pada 19 April 2018 yang lalu.

Selepas tempoh penangguhan 18 bulan, tiada lagi peruntukan dalam perlembagaan UMNO yang membolehkannya menangguhkan pemilihan buat kali kedua atau melebihi tempoh 18 bulan yang ditetapkan itu.

Sesungguhkan peruntukan dalam perlembagaan UMNO adalah cukup jelas dan mudah difahami oleh sesiapa pun jua.

Oleh kerana UMNO gagal mengadakan setelah tempoh penangguhan 18 bulan itu berakhir, dari segi hukumnya, UMNO sudah terbatal atau terharam dengan sendirinya.

Dalam hal ini, ROS hanyalah badan kawal selia semata-mata dan yang benar-benar mengikat UMNO ialah perlembagaannya sendiri.

Bagaimana ROS boleh memberi penangguhan selama setahun lagi kepada UMNO untuk mengadakan pemilihannya sehingga 19 April 2019 adalah benar-benar diragui.

Dengan penangguhan yang dibenarkan oleh ROS sehingga 19 April 2019 itu bermakna UMNO sudah menangguhkan pemilihannya selama 30 bulan.

Adakah klausa yang mengatakan UMNO boleh menangguhkan pemilihannya sehingga 30 bulan?

Jika sesuka hati boleh ditangguhkan, apa guna UMNO ada perlembagaan yang mengatakan tempoh pemilihan hanya boleh ditangguhkan selama 18 bulan saja?

Najib sendiri sebenarnya sedar hakikat atau peruntukan dalam perlembagaan UMNO itu di mana ketika beliau mengumumkan penangguhan selama 18 bulan dahulu, beliau sendiri ada menyebut mengenainya.

Dengarkan kata-kata Najib itu di sini - https://youtu.be/Mk0mFJ9tZd0

Jadi, bagaimana Najib selaku Presiden UMNO boleh melanggar atau menodai perlembagaannya sendiri?

Memang sebelum ini UMNO pernah menangguhkan pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan, tetapi tidak pernah sesekali ia ditangguhkan melebihi tempoh 18 bulan itu.

Malah dengan UMNO bergantung kepada ROS berhubung penangguhan kali keduanya, ia sendirinya bermakna UMNO sudah tidak menghormati lagi perlembagaannya sendiri.

Kenapakah ini berlaku? Kenapa Najib takut mengadakan pemilihan sebelum tempoh 18 bulan itu berakhir?

Inilah satu lagi bukti kegagalan Najib yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana presiden UMNO sebelum ini.

Barangkali inilah juga petunjuk Tuhan kerana di sebalik UMNO sibuk memperlekeh kedudukan Bersatu dan ROS pula sama sibuk mahu mengharamkan parti yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad itu, parti itu sendiri yang terharam dengan sendirinya.

Perlukah pemimpin seperti ini terus diberi peluang menerajui negara?

Dalam pilihanraya 9 Mei ini pula, tidakkah boleh dianggap "haram" juga menyokong dan mengundi calon-calon daripada parti yang sudah haram? (ShahbudinHusin 21/04/2018)

Sumber: