Khamis, 8 Februari 2018

7090. Pengadilan Allah seadil-adil pengadilan. Aamiin.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
.
SUARA HATI RAFIZI SETELAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 30 BULAN DAN BAGAIMANA KITA MAMPU MENGUBAH NASIBNYA

Anda mungkin kenal saya. Nama saya Rafizi, umur 40 tahun. Seperti juga anda, saya ada anak, isteri dan mak ayah.

Sebentar tadi, pada hari ini, 7 Februari 2018, hakim Zamri Bakar telah mendapati saya bersalah dalam kes NFC.

Saya dijatuhi hukuman penjara 2.5 tahun. Bersama dengan hukuman penjara 1.5 tahun kes OSA, saya kini berdepan penjara 4 tahun.

Saya dituduh mendedahkan maklumat bank keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan syarikat-syarikat milik mereka.

Saya ada 13 kes mahkamah yang sedang berjalan, tetapi kes NFC inilah yang memulakan segala-galanya. NFC adalah skandal pertama yang saya dedahkan. Sekarang semua orang tahu mengenai lembu dan kondo, bila mana sebahagian besar dari RM250 juta dana awam yang sepatutnya sampai untuk penternak miskin, akhirnya digunakan untuk membeli kondominium mewah dan membiayai perniagaan lain.

Kes ini telah berlalu 6 tahun, sebahagian besar dari rakyat telah pun melupakannya. Begitulah sifat kita – kita mudah lupa.

Dalam setiap skandal penyelewengan, ada orang yang tidak akan lupa kerana mereka menanggung kesannya. Mereka menjadi mangsa bila masyarakat membiarkan rasuah berleluasa.

Ketidakadilan yang berlaku adalah nyata – saya tidak mengambil satu sen pun duit rakyat, tetapi saya dan kerani bank yang menghabiskan banyak masa di dalam kandang tertuduh.

Tidak ada seorang pun dari mereka yang terlibat dengan skandal NFC yang dihadapkan ke muka pengadilan. Yang kena dakwa adalah saya dan abang Johari, bukannya mereka.

Jutaan lagi rakyat Malaysia turut menanggung beban bila kegagalan NFC tidak dihukum. Harga daging lembu semakin mahal dan kebelakangan ini banyak keluarga tidak mampu pun untuk menikmati daging lembu.

Dana awam RM250 juta sebahagian besarnya hilang begitu saja.

Saya telah jalankan amanah saya. Saya tidak menyesal sedikit pun.
Saya pasrah dan apa pun hukuman yang telah dan akan dijatuhkan ke atas saya, saya dan keluarga saya akan redha dan menerimanya dengan baik. Kami tenang kerana kami tahu kami telah menjalankan amanah kami.

Jika anda ada sedikit rasa marah dan kecewa kerana ketidakadilan ini berlaku, maksudnya anda peduli. Anda benci dengan ketidakadilan yang berlaku di sekeliling anda.

Janganlah biarkan rasa marah dan kecewa itu padam secepat ia datang.

Perubahan bermula dengan kita.

Saya tidak perlukan simpati dari sesiapa, ini pilihan yang saya buat.

Cuma saya nasihatkan anda turut memilih untuk bertindak, kerana apabila kita sama-sama peduli dan bertindak, kita boleh mengubah keadaan masyarakat.

Saya perlukan anda menjadi sukarelawan. Saya perlukan sumbangan anda membantu biayaramai (crowdfunding) supaya lebih ramai boleh bertindak bila ketidakadilan berlaku.

Saya dahulu bermula begitu. Saya tidak boleh menafikan naluri bahawa skandal NFC itu satu penyelewengan dan ketidakadilan yang nyata.

Saya akan keluar tidak lama lagi.

Sementara itu, mari kita berganding bahu untuk menghentikan semua ketidakadilan ini.

Paling penting, anda perlu menjadi sukarelawan untuk membantu menumpaskan Dato’ Seri Najib dalam pilihanraya akan datang.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan.

Ulasan - Meskipun dihukum penjara selama 30 bulan, hukuman itu dibenarkan untuk penangguhan sehingga proses rayuan yang berikutnya. Ada kemungkinan proses rayuan beliau hanya akan bermula selepas PRU 14 diadakan.

Bermakna, Rafizi masih lagi seorang yang bebas untuk tempoh beberapa bulan, malah mungkin beberapa tahun akan datang.

Memang benar Rafizi tidak boleh bertanding dalam PRU 14 akan datang, tetapi dengan masih bebasnya beliau bermakna Rafizi boleh menghabiskan banyak masanya berkempen bagi membantu Pakatan Harapan memenangi pilihanraya akan datang.

Jika kita simpati kepada beliau dan benci dengan ketidakadilan yang menimpanya, PRU 14 akan medan untuk rakyat membuktikannya di kotak undi.

Buktikan melalui nasib yang menimpa Rafizi berikutan pendedahannya berkaitan skandal NFC dengan memberi kemenangan besar kepada Pakatan Harapan dan tumbangnya Najib, UMNO serta BN daripada puncak kuasa.

Dengan Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan, nasib dan ketidakadilan terhadap Rafizi mungkin boleh berubah dan akan menjadi lebih baik. 

Akhirnya, kita sebagai pengundilah yang mampu mengubah negara ini menjadi lebih baik serta adil untuk semua orang. (ShahbudinHusin 07/02/2018).

Sumber: 
Shahbudin dot com: SUARA HATI RAFIZI SETELAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 30 BULAN DAN BAGAIMANA KITA MAMPU MENGUBAH NASIBNYA
Panduan perjalanan untuk mereka yang tidak mampu terbang tetapi ingin melawat negara lain dalam sehari ...

Ambil LRT atau Monorail dan turun ke Stesen Masjid Jamek. Anda akan mendapati diri anda di Pakistan. Ia seperti bazar Pakistan yang besar.

Berjalan perlahan ke Leboh Ampang dan anda akan mendapati diri anda di India. Makan tengahari makan tengahari India yang tulen di sana.

Teruskan ke Jalan Silang.
Anda akan memasuki Nepal, Myanmar dan Vietnam pada satu masa. Tiada sempadan negara di sini. Kesemua mereka bercampur di satu tempat.

Segera menaiki bas atau monorel ke Jalan Bukit Bintang. Aloha! Anda memasuki Afrika, Arab, China dan Uzbekistan serta-merta. Ia adalah surga makanan. Makan tengah hari di sini. Selepas itu, dapatkan kaki, badan atau apa sahaja yang anda mahu mengurut. Banyak pakej promosi dan segala-galanya dan apa saja boleh diurutkan di sini.

Kemudian angkat bas ke Jalan Chow Kit. Anda kini memasuki Indonesia. Terdapat Jawa Timur, Jawa Barat, Madura, Bali dan praktikal semua bagian Indonesia meleleh menjadi satu. U tidak akan mendapati ini walaupun anda pergi ke Indonesia sendiri.

Pelancongan Malaysia harus mempromosikan negara kita sebagai "Mengunjungi Malaysia seperti Mengunjungi Seantero Dunia." 

geng wsp 


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: