SIAPA TAK TERPERANJAT?
Assalamualaikum.Ada dua golongan yang terperanjat di akhirat kelak.
Golongan pertama terperanjat kerana pahala mereka hilang bahkan jadi muflis sedangkan mereka telah banyak membuat amal ibadat semasa hidup di dunia.
Golongan kedua terperanjat kerana mendapat banyak pahala sedangkan mereka tidak banyak melakukan amal ibadat semasa hidup di dunia.
Golongan pertama kehilangan pahala akibat suka mengumpat, memfitnah serta mengadu domba dan pahalanya berpindah kepada golongan kedua yang diumpat, difitnah atau menjadi mangsa adu domba golongan pertama.
Saya menyeru kepada kawan-kawan semua terutamanya diri saya sendiri supaya menjaga diri dari perbuatan mengumpat, memfitnah atau mengadu domba, lebih-lebih lagi semasa berlangsungnya kempen pilihanraya ini.
Sumber:
KomenSen: SIAPA TAK TERPERANJAT?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan