Ahad, 1 April 2018

Bila ada kuasa, engkau lupa pengaruhmu akan menyusut tanpa sedar... 7224

Peringatan untuk bekas yb dan yang masih yb... 
xsedar waktu untuk kamu sudah tamat dan tidak akan berulang lagi untuk selama-lamanya. So teruskan dekatkan diri pada Allah. Aamiin.






Mengapa pengaruh pemimpin menyusut, apabila masih berkuasa?

Sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen, bila berjanji engkau tidak menunaikannya. Engkau cuma seronok mengiakan bila mengumumkan peruntukan RM20 ribu untuk pihak atau majlis yang engkau rasmikan. Walhal sesen pun tidak tergapai sesudah majlis. Bila dihubungi atau secara bersurat, engkau mampu membisu atau berdiam.

Ada juga peruntukan RM20 ribu itu tadi, bila tiba di tangan pihak yang sepatutnya jadi berkurang dan hanya tinggal RM10 ribu atau kurang daripada itu.

Lebih malang Allah jadikan engkau terus tidak sedar diri dan menagih untuk menjadi ketua bahagian sepenggal lagi. Akhirnya engkau tewas jua. Walau asalnya dinasihatkan untuk melepaskanlah jawatan ketua bahagian itu secara terhormat dengan memberi peluang kepada muka baru.

Seronoknya anakmu ikut jejak langkahmu dengan nama keluarga yang semakin tercemar. Masa bertanding pemilihan ketua belia kawasan, anakmu merayu belia kampung keliling untuk mendapatkan sokongan. Bila sudah menang langkah "Bapa borek anak rintik" telah diterjemahkan oleh anakmu.

Akhirnya bila engkau ke majlis kenduri kendara, orang keliling tidak menyerbu untuk bersalaman dengan engkau, seperti dulu, seawal engkau berkuasa, dengan pengaruh yang masih hebat. Itu petanda manusia yang selama ini menjadi barua engkau sudah berpaling arah kerana ego, bongkak dan tipu daya engkau.

Semua peristiwa itu sebagai bukti untuk engkau renungi bahawa era untuk engkau terus atau kembali berkuasa sudah tamat. Hilang kawan, hilang barua, hilang penyokong... maka hilanglah pengundi untuk kamu. Bersaralah dan tunggu sahaja saat untuk kembali pada Allah dengan panggilan sakratul maut.

Aamiin. 

Tiada ulasan: