Khamis, 12 April 2018

Cerita dedak di meja mesyuarat. 7251.



Joseph Stalin adalah seorang diktator yang paling kejam di dalam sejarah Russia .

Pada suatu hari Stalin melangkah masuk ke mesyuarat kabinetnya sambil mengepit seekor ayam hidup.

Sepanjang mesyuarat berlangsung Stalin tidak bersuara walau sepatah perkataan pun. Sebaliknya, dia leka mencabut bulu ayam tersebut satu persatu dengan sadis dan tanpa belas kasihan. Setiap kali bulu nya di cabut si ayam akan mengerang kesakitan. Dan menteri menteri Stalin walaupun agak terganggu dengan apa yang berlaku tetapi masih meneruskan mesyuarat seolah olah tiada apa yang berlaku. Mereka tahu apa akibat nya kepada yang berani menegur dan menentang Stalin.

Setelah setiap bulu di tubuh ayam tersebut di cabut, Stalin mengangkat tangan memberi isyarat supaya mesyuarat di hentikan. Dia meletak kan ayam yang togel tanpa bulu dan dengan tubuh yang di penuhi darah di atas meja. Dari poket baju nya, Stalin mengeluarkan bungkusan kecil yang mengandungi dedak dan menaburkan beberapa butir kepada ayam tersebut. Dan setiap butir dipatuk dengan lahap nya oleh sang ayam yang seolah olah lupa dengan segala kesakitan yang di alami dan kekejaman yang baru lakukan oleh Stalin ke atas nya.

Setelah itu, tanpa berkata apa apa, sambil membersihkan bulu ayam di pakaian nya, Stalin bangkit dari kerusi dan meninggalkan dewan  mesyuarat. Dan si ayam togel melompat dari meja dan mengekori Stalin dari belakang. Kali ini tanpa perlu pegang atau di kepit oleh Stalin.

Credit : Buku Zinab OlenaBelova...

CARILAH PENGAJARAN.......

Najib akhiri teori RAHMAN, perdana menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir



Kempen PRU14 telah bermula di media sosial meski hari penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April, diikuti hari mengundi pada 9 Mei.
Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak dipercayai sedang berada dalam keadaan ketakutan apabila tarikh hari Rabu 9 Mei itu dilihat sebagai cubaan untuk menyusahkan rakyat untuk pulang mengundi.
Bagi pemimpinan vetera DAP Lim Kit Siang, teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya, dengan Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir dalam urutan teori tersebut.
“Secara berseloroh saya ada mencadangkan teori RAHMAN diganti dengan teori MAHATHIR,” ujar Kit Siang.
Tun Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon seterusnya.
Namun tegas Kit Siang, apa yang penting untuk dilakukan sekarang ialah memastikan  HARAPAN boleh menewaskan sebarang cabaran bagi membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
Boneka siapa sebenarnya?
Pun begitu katanya, persoalan mengelirukan yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional mesti segera dijawab terlebih dahulu oleh parti pemerintah itu – Adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir?
Bagi Kit Siang, soalan tersebut kini sedang menghantui kepimpinan UMNO-BN, dan membuatkan ucapan serta kenyataan mereka habis berterabur, mengarut dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.
“Minggu lalu, aparat propaganda UMNO cuba menghidupkan kembali kempen momok mereka, kononnya Tun Dr Mahathir hanyalah boneka saya, dan saya akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan menang dalam PRU14.
“Tetapi pemimpin MCA diketuai Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menuduh saya sebagai boneka Mahathir,” ujar penyandang kerusi Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Kempen UMNO dimulakan semula oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang cuba meyakinkan anggota parti PPBM kononnya Kit Siang yang akan menjadi perdana menteri, bukannya Mahathir.
Liow pula kemudian mendakwa bahawa DAP telah mengkhianati pengundi Cina apabila tidak menggunakan lambang roket ekoran kemunculan Mahathir memimpin pakatan pembangkang.
Padahal kata Kit Siang, MCA tidak pernah pernah menggunakan logo partinya, dan bersembunyi di sebalik lambang dacing Barisan Nasional.
“Jadi adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir?
“Atau adakah pimpinan UMNO da MCA, propagandis dan tentera cyber ‘quinoa’ mereka akan menempuhi PRU14 dengan kedua-dua dakwaan, walaupun ia saling bertentangan?” soal beliau. 

Tiada ulasan: