Sabtu, 7 April 2018

Gunalah kuasa kamu sbg boss dengan sebaik-baiknya. 7239.

Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
SABAR itu harus sangat dan SYUKUR itu harus banyak.
Sabar adalah kualitas kesetiaan kita terhadap harapan sekalipun kecil adanya, dan
syukur adalah kuantitas pengakuan kita akan kebaikan Allah sekalipun tidak mungkin bisa menghitung nikmat-Nya.
Sabar itu tetap setia, syukur itu tidak mengingkari.

@👉Motivasi diri
Zadanallah ilman wa hirsha
Salam santun
Awas dengan manusia sebegini di ambang pilihanraya umum, agar mereka bukan bakal yb yang kamu pilih. 
Wahai orang2 kampung!

Mulai jam 12.01 tgh malam ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. Tiada lagi Ahli Parlimen mahupun ADUN. Juga tiada lagi Ahli Majlis Perbandaran atau Ahli Majlis Daerah. Pendek kata, semua lantikan orang2 politik terputus sama sekali. Tiada juga Pegawai Khas YB, Peg Khas MB, Peg Khas Menteri, Pembantu YB, Menteri, MB atau Exco. 

Menteri dan Exco juga tidak boleh masuk kampung gunakan kereta kerajaan atau kereta peribadi dengan logo Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Majlis. Mereka tak boleh meluluskan apa2. Tak perlu melayan mereka persis raja dengan makan di meja VIP. 

Sebenarnya mereka bukan VIP atau boss tapi kamu, orang2 kampung juga rakyat Malaysia. Kamu boss mereka walau mereka bergelar MP atau ADUN. Kamu yang melantik mereka, kamu boss, kenapa boss layan pekerja? Sekarang mereka hendak cari kerja dgn kamu. Kamu berhak interview mereka satu persatu. 

Kamu berhak suruh mereka jalan itik atau lompat katak atau ketuk ketampi jika mereka mahu kamu pilih mereka. Tapi malangnya kamu dah diajar sejak zaman berzaman bahawa calon pilihanraya adalah boss dan bila jadi YB, mereka jadi raja kecil. Maka kamu diperhambakan pula sedangkan kerana kamulah mereka dapat kerja, jawatan, kuasa dan harta.

Wahai orang kampung!
Sedarlah bahawa mereka lebih perlukan kamu dari kamu perlukan mereka. Maka, gunakan peluang ini sebaik2 nya. Tapis tiap patah percakapan mereka. 

Perhati kelaku mereka. Baca gerak hati mereka dan gelakkan janji2 mereka. 

Ini kerana ramai dari mereka hanya perlukan kamu dalam tempuh 60 hari dari hari ini. Selepas 60 hari ini (tempuh SPR wajib bentuk kerajaan melalui pilihanraya), percayalah, kamu akan dilupakan mereka. 

Mereka hendak kamu layan mcm raja. Jamuan perlu dihidang dimeja, jauh sekali beratur di buffet. Nak jumpa mereka macam nak jumpa Presiden Russia. Panggilan kamu tak akan dijawab. Salaman kamu hanya bagai air yg lalu. Kedai kopi kamu busuk buat mereka.


Gunalah kuasa kamu sbg boss sebaiknya. Wahai warga bandar dan terpelajar, tolong sampaikan kepada orang2 kampung anda atau kampung sebelah. Negara kita hak kita. 
Ibarat kamu pemilik motosikal. Xkan motosikal boss kamu. 
Mohon dijauhkan Allah dari pemimpin seperti gambar-gambar di bawah... 






Banyakkan berdoa disamping berusaha gigih agar mendapat pemimpin yang bagus, kurnia Illahi. 


👷 Ketika kita sakit....
Allah tarik 3 perkara:
😪 Allah tarik keceriaan wajah kita.
😪 Allah tarik selera makan kita.
👍 Allah tarik dosa kita.
💐 Apabila sudah sembuh, Allah hantar 2 benda aje:
💐 😃 Allah hantar balik keceriaan wajah kita.
💐 😃 Allah hantar balik selera makan kita.
💐 👌 Tp Allah TAK HANTAR BALIK dosa kita..
🌙 🌙 Allahuakhbar sayangnya Allah pada kita🌹 🌹 😍 😍 😊 👍   
Sebarkan jika anda yang terbaek

 MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian: 

 😔 Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 

😔 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

 😔 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 

😔 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) 
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” 
(Al Zalzalah : 7) 

😔 Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) 
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60) 

😔 Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) 
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40) 

Jangan banyak mengeluh. ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.☺
Semoga berjaya.👍

Terdapat dua ✌ jenis manusia :
 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yang bermanfaat dia sebarkan

Tiada ulasan: