Sabtu, 21 April 2018

Imam Palestin ditembak mati. 7302.


Imam Palestin ditembak mati. 

Teoh Pei Ying
cnews@nstp.com.my

PENSYARAH universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh, hari ini.
Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.
Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.


Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.
#kw jenayah, kes tembak, imam, Gombak

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:22 AM


Jom Channel: Siapa Rizal Mansor Nak Kawal Artis?

https://www.youtube.com/watch?v=EhQhKnnxnTs


Tiada ulasan: