Rabu, 18 April 2018

Jika kamu lari . 7278.



Ahli PAN, bangun dan keluarlah dari fantasi

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6059-ahli-pan-bangun-dan-keluarlah-dari-fantasi

USTAZ MOKHTAR SENIK

PKR Gua Musang dah masuk PAS beramai-ramai. Umno Gua Musang dah masuk PAS beramai-ramai. Rakan-rakan saya dari PAN Gua Musang bila lagi?

Jika anda lari kepada PAN kerana kononnya PAS nak ber-UG dengan Umno, maka kembalilah. Kerana hakikatnya PAS sejak dahulu hingga kini lawan Umno. Kalau tidak masakan PAS akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen, yang sudah tentu akan bertembung dengan calon-calon BN dan Umno.

Jika kamu lari kepada PAN kerana kononnya PAS pernah menerima duit Umno RM 90 juta. Maka kembalilah kepada PAS. Kerana pada hakikatnya sehingga sekarang pihak yang menuduh gagal membawa bukti. Kalau menuduh tanpa bukti itu tidak salah, masakan dalam Islam adanya hukum qazaf.

Jika kamu lari kepada PAN kerana kononnya PAS tidak konsisten. Dulu menerima DAP tapi sekarang menolak DAP. Kalau itu hujah kamu. Tidakkah kamu sedar bahawa dahulunya Lim Kit Siang, Anwar dan Mat Sabu menentang Mahathir. Dan Mahathir memusuhi mereka semua. Tapi kini saling 'berpelukan', konsistenkah itu? Tapi bukan hujah itu yang utama bagi PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Yang utamanya ialah kerana PAS menjaga izzah Islam daripada diinjak oleh DAP.

Jika kamu lari kepada PAN kononnya kerana PAS telah berubah. Maka cuba cerita kepada saya parti mana yang tidak pernah berubah pendekatan politiknya. Bukankah uslub dan methoditu suatu yang Mutaghayyiratdan bukannya Thawabit. Sekurang-kurang perubahan PAS itu ke arah yang lebih baik dan diterima oleh Islam.

Teman-temanku ahli PAN, cukuplah anda terbuai sekian lama diulit persepsi-persepsi yang salah. Bukalah mata dan hati. Lihat dunia ini dengan realiti yang sebenar. Banyakkan baca al-Quran nescaya anda akan kenal tipu daya syaitan.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/4/2018
AC 

Tiada ulasan: