Isnin, 16 April 2018

Makanan orang-orang beriman - Tasbih (SubhanAllah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (La Ilaha Ilallah) dan Takbir (Allahu Akbar). 7258.



PERIHAL BELANJA

1. Minggu lepas ada cerita parti politik belanja bumbung zinc, beras dan bra. 

2. Lepas tu ada cerita orang kaya celaru jantina tabur duit dari tingkat atas mall, untuk pengunjung pengunjung di bawah.

3. Dua tiga hari lepas, kecoh pulak cerita anak raja belanja orang ramai membeli belah di pasar raya. 

4. Cuaca biasa, panas dan hujan, bekalan makanan dan air minuman masih ada.

5. Ini sumbangan suka suka. Bukan dalam keadaan mendesak.

6. Post ini bukan nak cerita tentang si pemberi, tetapi cerita tentang orang ramai yang menerima.

7. Kesemua peristiwa tersebut, meninggalkan kesan bergambar yang sebenarnya cukup merisaukan. 

8. Kesemua kesan menunjukkan manusia berebut rebut, tamak, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri dalam mengejar penerimaan tersebut.

9. Kasihan makcik2 dan anak kecil yang dipijak, dihimpit dalam bersesak tersebut.

10. Kasihan, pergaulan tidak lagi dijaga, batas aurat terabai, bersentuhan lelaki dan wanita tanpa segan silu.

11. Kasihan, pembaziran barangan yang rosak dan ditinggalkan kerana tak sempat mengejar waktu pembayaran.

12. Kasihan pada orang orang teraniaya yang terpaksa mengemas semula, membersihkan segala kerosakan yang dilakukan atas nama pemurah. 

13. Itu dalam keadaan tenang. Dunia masih aman.

14. Bayangkan, setelah kemarau panjang 3 tahun, tanpa makanan dan minuman...

15. Datang Al Maseh Dajjal Laknatullah membawa harapan dan tawaran.

16. Anda boleh bayangkan?

17. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat kita dalam peristiwa 1,2 dan 3, ianya jelas dan sangat menakutkan untuk dibayangkan. 

18. Dikhuatiri berbondong bondong berebut juga menawarkan diri menjadi hamba hamba kejahatan demi kehendak material, bersesak sesak menerima syarat mengakui ketuhanan palsunya demi makanan dan minuman, yang pada ketika itu, sangat sangat kritikal.

19. Dalam keadaan tenang pun tamak, dalam keadaan kritikal nanti macam mana lah agaknya..

Siapa Dajjal?

⊙ Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.

⊙ Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

⊙ Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar." 

⊙ Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.

⊙ Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.

⊙ Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke? "Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin." 

⊙ Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.

⊙ Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

⊙ Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

⊙ Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

⊙ Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

⊙ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya." - Nabi Muhammad SAW -

⊙ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

⊙ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi." - Nabi Muhammad SAW -

Rasulullah SAW dah pesan. Mari amalkan!

⊙ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

⊙ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh tolong dah, waktu tu seorang ibu nak tolong anak pun tak boleh.

⊙ "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak dari Dajjal"? Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara. Tak boleh lari.

⊙ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu." - Syeikh Zainul Asri-

⊙ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

⊙ Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

⊙ Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

⊙ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal." 

⊙ "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru-hara yang dibawa oleh Dajjal." - Nabi Muhammad SAW-

Ambillah iktibar, kalau mahu sedar.

Aku, 
Yang banyak dosa
Raja Bersiong

Nota: tak perlu minta izin untuk SHARE, ilmu Allah bagi untuk disampaikan, bukan peram sendiri. Silakan share, moga moga menjadi asbab hidayah dan keampunan Allah SWT buat kita semua. 

Tiada ulasan: