Ahad, 15 April 2018

Pesanan Roh. 7257.

PESANAN ROH 
.
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."
.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."
.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
.
Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."
.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku"
.
Semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunan dari Allah agar matinya kita nanti di dalam Husnul Khotimah.
.
Aameenn....


✍🏿 Muhasabah Hati ...
Kadang-kadang kita bergurau, tapi yang terhiburnya cuma kita.
Kadang-kadang kita berjenaka, tapi yang ketawanya cuma kita.

_Pernah kita tahu, hati siapa yang terluka akibat gurauan kita?_
_Pernah kita fikirkan, siapa yang terasa hati gara-gara kata-kata kita?_
_Berhati-hatilah dengan kata-kata, kerana ada masanya nanti ia akan memakan diri._
_Ada ketikanya ia meninggalkan bekas dihati. Yang kadang tidak kita ketahui._

*Ada waktunya, diam itu lebih baik dari berbicara, apalagi seandainya bicara kita hanya melukakan hati orang lain...* 

* "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat Raqib dan 'Atid yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)".*
*Surah Qaaf : 18*
Sebaik mana pun diri kita, Sebanyak mana pun amalan kita, Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.
_Kerana ego, Firaun tenggelam bersama tenteranya._
_Kerana sombong, kaum 'Ad musnah sekelip mata._
_Kerana riak, Iblis telah diusir turun ke bumi._
_Jangan kerana rasa hati yang sama, kita pula merana dalam neraka._
# Warkah Waraqah
# SilaShareTanpaEdit

Tiada ulasan: