Sabtu, 14 April 2018

Pilihanraya bersemangat untuk kuatkan Iman. 7253.

Nota 1:
*BOLEHKAH MENGUNDI CALON BUKAN MUSLIM DALAM PILIHANRAYA? *

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif, Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini.

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya, kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan, dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus, pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll). Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

_Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah. _

Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.

'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.

Nota 2:
(Berkongsi dari siaran Zabedah P Mastar )
Saya penduduk tetap Singapura. Bangsa melayu . Dilahirkan dan dibesarkan d Singapura. Saya cukup hairan rakyat malaysia (terutama melayu) yang menentang Kerajaan yg sedia ada. Ekonomi bagus. Taraf kehidupan semakin baik. Masjid tumbuh bagai cendawan. Hak Bumiputera dijaga. Kalau nak marahkan barang mahal..barang d singapura lagi mahal. Kalau nak marah tidak ada kerja , di serata dunia ada pengangguran. Besyukurlah, Kerajaan kamu antara yg terbaik didunia di mata kami. Mungkin mata kamu telah dibutakan oleh pembangkang yg hanya gila kuasa. Diracun kan agar menbenci kerajaan terutama d kalangan anak muda. Dapat saja mereka kuasa tahulah  kamu saudaraku d Malaysia tinggi rendahnya langit  nanti. Jaga apa yg ada.

Hamidah Mastar
Changi

Nota 3:
Nota 4: 
Sejauhmana kebijaksanaan kita memilih individu yg layak memimpin kita menjadi bangsa yg bermeruah
👇🏾

Ironik yg aku dapat belajar.. 

Inilah istilah politik..
Datang,lalu,beri dan pergi...
Lepas tu kesan itu ditanggung org lain..

Lalu diberitakan.. “kami telah beri”
Tanpa duduk melihat kesan bersama rakyat..

Ketelusan tu dah takde...
Sbb siapa2 boleh dapat..
Orang kaya.. kiasu, singaporean..

Dekat jusco tu ada byk kiasu dari seberang tambak.. dan yg shopping kat sana semua org kaya.. sbb org sederhana dia akan shopping dekat tesco.. sebelah dia..

U know what.
Org miskin pasti hargai makanan..
Dia akan cari beras telur atau bawang sahaja..
Kalau tengok dekat troli tu..
Byk benda org kaya makan..
Orang kaya je byk tamak haloba..
Dan turn to greedy..
Hidup tak pernah cukup even dah kaya..

Orang miskin dia akan amik ape yg perlu..
Beras,telur, gula, tepung..
Mereka hargai rezeki allah bagi..
Jarang tekak nak amik aiskrim. Nak amik benda pelik2..

Yg paling best bila ade org yg dapat belanja.. keluar je pintu..
Org yg dtg lambat tak dpt terus provoke..
Siap ramai2 amik barang dalam troli org yg dah dpt lepas kaunter..
Kesian kat org yg dtg awal.. xsmpat smpai kereta org dah berpusu rembat dalam troli..
Dan keluar ayat..
“Benda free.. bukan duit kau.. what do u expect”

Terima kasih tmj sbb bagi aku faham sesuatu..
Memang semalam aku happy gile bile dpt tahu tmj buat mcm nie..

Tapi bila lihat kesan dia..
Aku faham sangat..

Tuhan nak bagitahu kita semua..
Melalui tmj..

Apa itu keborosan,tamak halobanya kita menjadi manusia..
Bagaimana sumber saluran tidak tepat dan tidak kena sasaran..
Niat tak menjadikan semuanya indah terlaksana..

Sebab apa negara kita ini tenat..
Sbb kite akan amik ape sahaja yg syubaha untuk tamaknya kita..

Sbb ape kita dapat pemimpin yg teruk..
Adalah dari sebab diri kita sndiri..
Kita nie yg mewajahkan diri kita spertimana pemimpin kita..

Bagaimana kita menipu brim, cukai pendapatan,
Dan sepatutnya bukan milik kita.. sepatutnya jadi milik org yg perlu dan layak..
Ada yg layak duit tu tak pergi kebarang dapur..
Tapi mcm2 kita buat duit tu untuk benda yg bukan2..

Lalu kita tempelak..
Pemimpin jahanam mengurus wang rakyat..
Kliprotik..
Seleweng,boros dan meleset duit sepatutnya belanja untuk rakyat tapi ketempat lain..

Bagaimana gst boleh lahir..
Sbb org2 yg patut bayar sst dan income tax.. 
lari dari bayar cukai..
Kenapa subsidi dimansuhkan..
Sbb orang yg kaya akan terus menikmati subsidi..

Lalu org yg menempelak dijalan2 bagitahu..
“Kita akan berjuang untuk rakyat.. kami dengar suara rakyat..bagi kami.. wakilkan kami untuk menyuarakan suara2 kamu”

Lalu mereka yg melaungkan suku2 pantun itu bila mendapat mandat..
Mereka terus menjadikan mereka org kaya,vvip dan terus menjadi org mesra org kaya..
Bila pilihanraya berlaku mereka menjadi mesra org biasa..
Mnjadi org paling zuhud..

Inilah bro2 sis2 makcik pakcik..
Ironik politik kita kat malaysia nie..
Bila diberi satu dana..

Yg memberi
main bagi je tak tengok nilai tempat dan siapa patut menerima..
Bagi mereka..
“Lepas dah tanggungjwb.. 
aku bagi kau 10 juta pada 30juta rakyat malaysia.. 
60 juta aku masuk poket aku.. undi popular penting.. 
sbb aku nak rakyat aku sembah aku baik.. 
puja kebaikan aku sebagai ahli politik..
Mendengar suara rakyat.. padahal rakyat tak tahu berapa banyak aku dah kelepet duit masuk poket aku”

Yg mendapat 
adalah geng2 kroni mereka..
Sedara mara yg ada dekat situ..
Sanggup tolak org dtg..
Org luar negara yg dpt menyamar rakyat malaysia..
Kadang tak perlu mnyamar.
Cukup ikut syarikat besar luar negara dan duduk dalam tanah kita dan tulis besar2..
“Tanah besar cina”
Dgn geng kiasu yg sanggup amik ape sahaja buat ape shaja untuk diri sndiri..
Bawak 5 troli dan tunggu ahli keluarga yg belim smpai dtg untuk tolak dekat kaunter..
So 5troli kali  rm3000..
Dan jadi seperti dalam gambar bile tak lepas.. malaysian still super kiasu..

Jadi sedar tak kita bahawa yg menjahamkan bumi kita nie bukan ahli politik je..
Kita2 yg tamak haloba dan sanggup mengenepikan sesuatu hak orang lain..

Baik kita sebagai rakyat..
Baik mereka sebagai org vvvvvvvip..
Baik mereka yg menggalas tanggungjwb sebagai wakil rakyat dan pemimpin..
Sama2 berlumba nak lepaskan tekak tamak haloba mereka dulu...

Dan inilah wei contoh..
Duit disalurkan pada salah sasaran..
Sbb tu semakin banyak org miskin even dah kumpul duit zakat dan duit derma..
Sbb tak sampai kat mereka..
Kapitalist,kronisme dan tamak haloba dah bantai dulu..

This is how bro.. when orang kaya campak duit..
Takde meaning kan..
Pembaziran berlaku..
“Ape aku kesah”
Contoh org yg tak tahu mengurus wang pada dasrnya..
Campak dipermukaan air..
Ikan besar yg sambar..
Ikan kecik nak berenang tak sempat...
Lalu melihat kerakusan..

Dua kali tuhan tunjuk aku..
First kelmarin aku beli dua packet tuna frikies..
Bagi kucing liar belakang rumah..
Aku suka kucing dtg kat aku merayu nak makan..
Tabiat kot..
Suke tengok time muke comel mintak makan..
Mcm2 ragam..

Pastu datang kucing lain warna hitam jiran sebelah pun nak..
Aku pun tak expect pun berlaku ketirisan..
Sbb aku sebelum nie bagi sekor kucing je...
Tiba2 kucing yg hitam tu sambar semua portion yg sepatutnya milik kucing liar tu tapi dikongsi bersama..
Aku terus tersentak..

Mcm nielah kalau kita bagi just bagi je..
Tapi tak kawal tak pimpin atau tak guide..
“Hak kau milik kau.. hak mereka milik mereka”

Aku terus marah dgn kucing hitam tu..
Dan halau dia..
Aku bukak satu lagi packet untuk bagi kawan aku tu si kucing liar tumpang..
Dan aku duduk situ..
Dan aku tenung kucing jiran aku tu..
“Gemok bukan main.. bulu kembang.. makan mesti gred A.. tapi hidup tak pernah puas nak makan hak org yg tak setaraf dengan kau.. belum tentu kucing liar nie tuan kau bagi maka mcm mana kau makan..”

Yes.. allah bagi aku dua situasi yg lebih kurang sama..
Bagaimana sumber tu kalau tidak dikawal akan diseleweng sirakus2 makhluk..
Kita nie pun yg memimpin pun kena telus..
Jaga..
Bukan setakat bagi je..
Kita nak ade sifat pemurah..
Tapi hanya allah maha pemurah memberi sekalian alam dan makhluk..
Kita gain dari allah untuk jadi perantaraan..
Kite tak sempurna makhluk..
Tapi kite punya kelebihan allah bagi tak macam org lain..
Why not kite galas tanggungjwb tu..

Great power come with great responbility..

Terima kasih kucing hitam jiran sebelah..
terima kasih tmj..
And sure thanks to my old friends Ridzuan Susmin for the oppinion..

Nota 5: 
AHLI SYURGA YangG TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....
BACALAH KALAU NAK  RAHSIANYA....

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: 
"Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa. 

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata: 
"Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. 

Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. 

Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz. 

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat sunat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak. 
Selain itu pada hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lagi solat dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."
"Tapi…"
"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru ku pelajari:"

1. Aku sangat cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak ku kenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."
"Lagi...?"

2. Aku cuba elakkan diri ku dari memarahi sesiapa. Dan aku akan maafkan semua orang yang membuat salah kepada ku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. Aku cuba jaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

Subhanallah...

Sahabat2 sekalian. 
Jika kita rasa kita hebat dengan imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dengan amalan kita pun silap.
Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagi lah jauh silapnya. 

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lagi hati ibu bapa.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tapi selalu marah maki hamun orang dan penuh dendam kesumat dalam dada. Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah, kita saja yang betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah.. apatah lagi nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita.
Aminnn..

Tiada ulasan: