Rabu, 18 April 2018

Rasa hatiku... 7274.

Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Keengganan UMNO 

KENYATAAN MEDIA

Pada hari-hari terakhir Parlimen ke-13, Menteri UMNO DS Azalina Othman berkata bahawa pihak kerajaan tidak berniat mengembalikan keperluan perkenan Di-Raja Yang Di-Pertuan Agong sebelum sesebuah Rang Undang-Undang itu menjadi Akta. Beliau menyebut sedemikian dalam satu  jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Saya amat terkejut dengan pendirian UMNO dalam isu ini. Ia membuktikan bahawa dakwaan UMNO mempertahan Institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu hanyalah dakyah propaganda semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap UMNO-BN!

Berasaskan Perlembagaan sedia ada, Perkenan Di-Raja tidak mandatori. Ini telah mengakibatkan salah guna kuasa oleh kerajaan BN. Contoh paling teruk adalah pewartaan Akta Majlis Keselamatan Negara  (MKN) walaupun Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang tersebut perlu diperhalusi. MKN telah diwartakan tanpa menerima perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Awal tahun ini, saya telah memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan di Mahkamah Persekutuan untuk memulangkan keperluan mandatori bagi Perkenan Di-Raja, dengan memansuhkan Fasal 66(4) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan sesuatu RUU menjadi Akta secara otomatik selepas 30 hari, walaupun Yang Di-Pertuang Agong tidak memberi perkenan terhadap RUU tersebut.

Saya berasa jijik mendengar kemunafikan pihak yang berkata kononnya mereka lah yang mempertahan Institusi Raja-Raja, tetapi kerajaan UMNO-BN melalui peguam-peguamnya lah yang melawan habis-habisan tindakan mahkamah yang saya mulakan ini!

Perkenan Di-Raja amatlah penting dalam menjamin keseimbangan di antara pihak eksekutif, legislatif dan Raja-Raja dalam meluluskan undang-undang.

Sekali lagi saya tekankan pendirian dan komitmen Pakatan Harapan untuk mempertahan integriti Perlembagaan Persekutuan dan memelihara kedudukan Institusi Raja-Raja dalam kerangka perlembagaan kita.

Kerajaan Pakatan Harapan akan melihat kembali isu ini dengan niat meminda Perlembagaan demi mengembalikan keseimbangan keperlembagaan seperti yang diniatkan sewaktu Merdeka, dan demi mempertahan kedudukan Raja-Raja Melayu. 

Anwar Ibrahim
7 April 2018 

Press Release: Anwar Ibrahim’s statement on Umno’s refusal to restore Royal Assent requirement. 

In the final days of the 13th parliament, Umno Minister Azalina Othman stated that the government has no plans to restore the requirement for the Royal Assent of the Yang DiPertuan Agong to be obtained for a Bill to become law. Azalina said this in a written reply in the Dewan Rakyat.

I am appalled by the stand taken by Umno on this issue. It proves that their constant claims that they are protectors of the Royal Institution and the interests of Malays is nothing but false propaganda to hoodwink the Malays into supporting Umno-BN!

As the Constitution stands now, the Royal Assent is not mandatory. This has led to abuse of power by the BN government. The most notorious example is when the government gazetted into law the controversial NSC Act despite the serious concerns of the Conference of Rulers. The NSC became law without obtaining the Royal Assent.

Earlier this year, I had filed an action against the government in the Federal Court to restore the mandatory requirement of the Royal Assent, by striking down Article 66(4) of the Constitution which enables a Bill to automatically become law within 30 days, even if the King does not assent to it.

I am disgusted that despite claiming to be protectors of the Royal Institution, the Umno-BN government through its lawyers are fighting my legal action in the courts every inch of the way!

The Royal Assent is essential in our constitutional scheme to maintain the balance between the executive, legislature and the Rulers in the passing of laws.

I reiterate here Pakatan Harapan’s position and commitment to protect the integrity of the Constitution and the preservation of the crucial role of the Royal institution in our constitutional framework.

A PH government will re-visit this issue with a view to amend the Constitution in order to restore the proper constitutional balance as envisaged at Merdeka, and to protect the position of the Malay Rulers.

Anwar Ibrahim
7 April 2018
Demi Rakyat

Rasa hatiku... 

Bukan dipajak atas nama politik kebencian. Walau negara ini tidak pernah Berkepimpinan Versi Khalifah Ala Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda SAW. Negara ini telah dimomok kongsikan dengan demokrasi ala apa yang yahudi laknatullah mahukan (Rujuk asal usul demokrasi dunia.) agar orang Islam lupa Versi Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya. Nauzubillahminzalik. 

Dari tahun 1969 hal ini aku dengar secara manual dengan kereta van jabatan penerangan (parti salah guna hak kerajaan), api perkauman sentiasa di war-warkan semasa kempen. Hari ini main video macam di bawah sudah. Bagus juga aku temui hal sedemikian rupa dan aku cari sumber sejarah dan Alhamdulillah berjaya menemui hasil puncanya. 

Kesannya ada yang mati hidup tetap dengan parti yang kononnya tuan kepada Melayu, kononnya menjaga hak keistimewaan orang Melayu, kononnya menjaga kekebalan institusi beraja, menjaga rezeb Melayu ...sampailah tiba-tiba parti kelahiran istana itu meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan berganti dengan nama yang disampingkan dengan perkataan "baru" Hilang kisah demokrasi yang jadi amalan bila orang parti menggunakan istilah jelmaan semasa pilihan raya umum "Menentang Kerajaan" Sayugia diingatkan kerajaan tidak pernah bertanding dalam PRU. Yang bertanding adalah parti-parti yang merebut kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk menjadi wakil atau pemimpin yang dihadiahkan mentadbir dan memerintah Negara Malaysia. 

Masa beginilah ucapan-ucapan dahulu di war-warkan, yang langsung tidak bermakna untuk maju tubuh masa depan Negara Malaysia. Gunakan institusi raja untuk terus memperdaya rakyat atau pengudi yang memang sedia diperdaya. 

Kata kuncinya mudah - Tiada Umno Rakyat Tanah Melayu sepatutnya hanya Melayu sahaja. Untuk pembuktian mana Umno? semasa isu Islam Natrah di Singapura? Umno sering mempermain isu Bukit Kepong - itu zaman penjajah der, belum merdeka dan sebab itu Mat Sabu menang kes. Singapura dan Pulau Batu Putih ...Parti mana yang lepaskan?

Tiada ulasan: