Sabtu, 21 April 2018

Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 7305.

Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 
Data PRU 14 9 Mei 2018.

PARLIMEN JOHOR (26 kerusi) 

P.150 Batu Pahat Dato' Dr Haji Mahfodz Bin Mohamed. 

DUN JOHOR (56 kerusi): 
N.09 Gambir Dato' Dr Haji Mahfodz Bin Mohamad. 

INTRO:

Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di DUN N09 GambirJohor.

KERJAYA DAN PENGALAMAN:

Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang UluMuarJohor ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ;-Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999 ;Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.

PUTUSKAN KERJASAMA PAS dengan DAP: 


Pada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan UMNO kerana berkongsi impian mahu melaksanakan hudud, yang tidak disokong oleh DAP
Pada 15 Jun 2015, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.[1]








































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sumber: 
Mahfodz Mohamed - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas








Tiada ulasan: