Sabtu, 21 April 2018

WALHAL UMNO YANG PERINTAH. 7301.

KEMPEN MASUK KAMPUNG DAP TOLAK ISLAM,WALHAL UMNO YANG PERINTAH.

Sudah mula kempen kata DAP tolak hudud. Di Kelantan dan di Terengganu tiada DAP sebelum pembubaran DUN 2018, PAS tak pun laksana Hudud. 

Di parlimen tak dibahaskan. Sekadar baca. UMNO yang ada kuasa bersama BN tak salahpun. 
Kasihan ahli PAS tidak didedahkan perkara sebenar. Di kampung sama naik UMNO dan PAS burukkan DAP. Mereka ada kuasa tak buat. PAS pula kini berkawan dengan UMNO.

Sumber: 

HARAPAN T'ganu sedia terima Syed Azman. 

PRU14 | Pintu Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu sentiasa terbuka luas kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sekiranya beliau ingin bersama gabungan parti pembangkang itu.

Malah pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata gabungan itu sedia menawarkan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Mei depan.

Menurut Raja Kamarul, HARAPAN tiada masalah untuk menerima Syed Azman kerana yakin dengan kemampuan penyandang kerusi DUN Batu Buruk itu.

"Itu (penyertaan Syed Azman dalam HARAPAN) kemungkinan yang kita tidak dapat tolak, yang kita rasa memang sentiasa ada peluang beliau walaupun di saat-saat akhir ini.

"Peluang itu bukan sahaja wujud di bawah HARAPAN dan tidak semestinya dalam AMANAH tetapi (peluang itu ada di) mana-mana parti kompenan HARAPAN, seperti BERSATU atau PKR sendiri kena bersedia untuk menerima Syed Azman di kawasan-kawasan tertentu yang kita akan cuba masukkan beliau walaupun di saat-saat akhir ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan (bertanding bagi kerusi HARAPAN) itu," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang juga pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu berkata demikian mengulas kesediaan parti itu menerima Syed Azman sebagai anggotanya.

Kehilangan besar. 

PAS Terengganu semalam menggugurkan Syed Azman sebagai calon bagi kerusi DUN Batu Buruk pada PRU14 kali ini.

Kerusi itu diberikan kepada anak presiden PAS, Khalil Abdul Hadi, yang juga Ketua Pemuda PAS.

Masa depan penyandang dua penggal itu dalam PAS sebelum ini menjadi teka-teki kerana beliau dilihat mesra HARAPAN. 

Bagaimanapun, Syed Azman gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengguguran tersebut.

Selain Syed Azman, turut digugurkan adalah Abdul Wahid Endut dari DUN Wakaf Mempelam.

Mengulas pengguguran Abdul Wahid, penyandang kerusi parlimen Kuala Terengganu itu berkata ia adalah satu kehilangan besar kepada rakyat. 

"Tapi (pengguguran) Abdul Wahid Endut ini saya agak terkejut kerana dia seorang yang aktif dan disenangi oleh ramai pihak berbanding Syed Azman. Beliau golongan yang agak inklusif juga dan ini merupakan satu kehilangan kepada orang Kuala Terengganu kerana dia begitu disenangi," katanya.

Bagaimanapun, sumber Malaysiakini mengesahkan pengguguran Abdul Wahid itu disebabkan masalah kesihatan penyandang DUN Wakaf Mempelam terbabit.

"Memang dia tak mahu, dia tak sihat," kata sumber Malaysiakini. 

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berpandangan bahawa Syed Azman sendiri akan menolak pencalonan beliau sekiranya ditawarkan pada PRU14, kali ini.

"Syed Azman sendiri bersikap jika dicalonkan dia akan tolak kerana tidak mahu dilihat sebagai mengkhianati perjuangan rakyat untuk melakukan peralihan kuasa di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Pada PRU lalu, kerusi parlimen yang dimenangi PAS dan BN di Terengganu masing-masing 4 kerusi.

Bagi DUN pula, PAS mengekalkan 15 penyandang daripada 17.  -malaysiakini

Sumber: 
https://www.youtube.com/watch?v=gvfJNt-2HDM

Shahrizat jentik Nurul Izzah 'lari'

https://youtu.be/4TmOfX-wxS8

Tiada ulasan: