Selasa, 15 Mei 2018

Alhamdulillah. Rumus: Akhirnya Hidup Ibarat Roda kalahkan Money of King. 7630.

Allah Subhanahuwatalla beri petunjuk kepada semua Rakyat Malaysia, mengapa umno bn tewas. Antaranya semua kita perlu bermuhasabah diri kerana Nya. 

Aamiin.


Dengan kata lain tewasnya umno bn telah membuktikan: 

1. Ketulusan, amanah, peradaban dan keikhlasan tewaskan Rasuah. 

2. Sejarah menewaskan Pihak yang meniadakan Sejarah. 

3. Hidup bersatu padu walau berlainan Agama dan Bangsa sebagaimana Allah Subhanahuwatalla kehendaki menewaskan Ketuanan Melayu (Perkauman) 



https://soscili.my/tanah-melayu-selepas-merdeka-tunku-abdul-rahman/
https://www.thepatriots.asia/kenapa-komunis-kalah-di-tanah-melayu/
http://www.astroawani.com/perspektif/kenapa-kita-takut-dengan-sejarah-22258
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/komunis-onar-duri-kemerdekaan-1.511885

Alhamdulillah. Rumus: Akhirnya Hidup Ibarat Roda kalahkan Money of King.

Pengajian Malaysia

Friday, 19 February 2016
Sebab - sebab Brunei tidak menyertai Malaysia

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Antara sebab-sebab yang dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifudin III ketika rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah :-

1.  Kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

2.  Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.
Sultan Omar Ali Saifudin III

3.  Tuntutan Sultan Brunie tidak dipenuhi dan antara tuntutan tersebut:
  • Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
  • Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
  • Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
  • Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
  • Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
  • Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
  • Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
  • Sultan Brunei mahukan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan memjadi Yang Dipertua Agung.
Antara hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.
Peta Negara Brunai Darussalam. 
Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei Sekarang)
Soalan
  1. Sultan apakah yg menolak untuk bersama sama dgn Malaysia?
  2.  Apakah sebab-sebab Brunei tidak menyertai Malaysia ?
  3. Apakah hujah hujah dalam pembentukan Malaysia

ref:
Pengajian Malaysia: Sebab - sebab Brunei tidak menyertai Malaysia























Tiada ulasan: