Selasa, 15 Mei 2018

Bekas pemimpin pembangkang itu perlu menang kerusi parlimen sebelum diberikan jawatan kabinet. 7636.

Keutamaan Agenda Reformasi, bukan jadikan Anwar 

 (Dikemaskini 

Keutamaan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah melaksanakan reformasi yang dijanjikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan lancar, dapat membawa perubahan yang kami mahukan.

"Terutamanya agenda reformasi, itu yang akan kita utamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Pemulihan Cheras, di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya lanjut, Wan Azizah yang juga presiden PKR menjelaskan bahawa tidak akan keperluan melantik Anwar menjadi perdana menteri secara “terburu-buru”.

"Oh tidak (Anwar tidak akan jadi perdana menteri secara terburu-buru). "Semua ini adalah sebahagian daripada apa yang kami rancangkan," katanya. 

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura, Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa melantik Anwar yang merupakan ketua umum PKR sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Dr Mahathir seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara esok.

Sebelum ini, Dr Mahathir telah berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

[Baca berita penuh]


ref: 

BERITA

Bukti Najib terima dana 1MDB tidak diendahkan - Ahli Panel Siasatan

Rozana Latiff, Reuters  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat bukti bahawa pada lewat 2015 sebanyak RM42 juta ringgit (AS$10.6 juta) dipindahkan daripada bekas sebuah anak syarikat 1MDB ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk siasatan lanjut ditolak oleh Peguam Negara, kata seorang ahli panel yang menyiasat fail kes suruhanjaya itu kepada Reuters.

Najib, yang digulingkan pada pilihan raya 9 Mei yang mengejutkan, secara konsisten menafikan sebarang salah laku berkaitan dakwaan rasuah yang melibatkan 1MDB dan menegaskan dana AS$681 juta di akaun bank peribadinya adalah derma dari kerajaan Arab Saudi.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru pada Khamis lalu, sebelum ini berikrar akan menyiasat skandal 1MDB dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mungkin bersubahat atau mendapat faedah daripada amalan rasuah itu.

Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland, sedang menyiasat dakwaan bahawa AS$4.5 bilion didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Dalam temu bual dengan Reuters, ahli panel siasatan, Lim Chee Wee (foto, bawah) berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah dibentangkan dengan bukti oleh SPRM pada akhir tahun 2015 bahawa Najib menerima AS$10.6 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. 

Mohamed Apandi yang diarahkan bercuti dan tugasnya sebagai peguam negara digantung pada Isnin lalu, enggan meneruskan siasatan lanjut, kata Lim.

"AG enggan menyiasat lanjut walaupun bukti menunjukkan bahawa Najib menerima secara langsung atau tidak wang RM42 juta dari SRC," kata Lim.

Mohamed Apandi (foto, bawah) enggan mengulas ketika dihubungi oleh Reuters. SPRM juga tidak bertindak balas terhadap permintaan Reuters untuk ulasan.

Lim, dan seorang lagi ahli panel lain, P Sundramoorthy, seorang ahli kriminologi dari Universiti Sains Malaysia, juga berkata bahawa Mohamed Apandi berulang kali menolak permintaan SPRM untuk mendapatkan bantuan undang-undang daripada kerajaan asing untuk mengesan dana yang hilang dari 1MDB.

Lim berkata bahawa mereka tidak dapat mengikuti jejak wang itu kerana ia di luar negara. 
"Kami terus beritahu AG... sila mohon bantuan undang-undang dari bidang kuasa lain untuk kami mengetahui jejak wang dalam bidang kuasa tersebut.

“Kami tahu pergerakan wang di Malaysia, tetapi apabila ia meninggalkan Malaysia, kami tidak tahu di mana wang itu pergi, "kata Lim.

"Berdasarkan siasatan panel, kami merasakan kes itu tidak sepatutnya ditutup kerana ada maklumat yang mengatakan bahawa kes itu boleh disiasat lanjut," kata Sundramoorthy.

Bagaimanapun, beliau berkata dirinya tidak ingat jumlah yang disyaki oleh SPRM yang diterima Najib dari SRC.

Najib atau jurucakapnya gagal dihubungi melalui telefon untuk memberi komen berhubung laporan ini.


ref: 
PERINGATAN: 
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BERITA

PM: K'jaan ada kes terhadap Najib dalam masa terdekat

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan mempunyai kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak "dalam masa terdekat".

Beliau juga berkata sama ada Najib akan menerima hukuman di penjara bergantung kepada hasil siasatan.

"Jika tiada kes, kami tidak akan tahan tanpa perbicaraan," katanya dipetik sebagai berkata oleh Reuters.

Mahathir berjanji menyiasat skandal 1MDB jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berkuasa dan berulang kali mendakwa Najib menyelewengkan dana daripada firma itu, meskipun dinafikan bekas perdana menteri berkenaan.

Ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau akan menerajui negara selama dua tahun dan akan terus memainkan peranan di sebalik tabir walaupun selepas berundur daripada jawatan itu.

"Di peringkat awal, mungkin satu atau dua tahun, saya akan jadi perdana menteri," katanya pada persidangan video dengan Wall Street Journal di Tokyo melalui pautan video dari Malaysia.

"Saya akan memainkan peranan di sebalik tabir walaupun saya berundur," katanya.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri, Mahathir berkata bekas pemimpin pembangkang itu perlu menang kerusi parlimen sebelum diberikan jawatan kabinet.

Bagaimanapun katanya Anwar akan memainkan peranan yang sama dalam gabungan itu seperti pemimpin tiga parti yang lain.

"Saya mengharapkan dia memainkan peranan yang sama dengan para pemimpin tiga parti lain. Tidak akan ada kuasa khusus yang diberikan kecuali diberikan kepada menteri atau timbalan menteri atau timbalan perdana menteri," katanya.

Anwar, yang menjalani hukuman penjara lima tahun, dijadual dibebaskaan esok selepas mendapat pengampunan diraja.

Sementara itu, Mahathir juga berkata beliau mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia oleh China dan negara-negara lain, tetapi pelaburan itu mesti membawa modal dan teknologi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga mencadangkan keperluan untuk mengehadkan kemasukan pendatang. 

"Mana-mana negara pun mahu menghalang pendatang dengan jumlah besar. Kami mempunyai masalah yang sama, kita perlu menyekat pendatang dan menerima jumlah tertentu yang boleh kita terima," katanya. 

Farok Zainal Abidin · 

biasa nya M'siakini satu point satu tajuk berita, yg ni x smpat nak buat satu2 ....

1. Jika tiada kes, kami tidak akan tahan tanpa perbicaraan (YB Najib .. ex PM)
2. Di peringkat awal, mungkin satu atau dua tahun, saya akan jadi perdana menteri
3. Saya akan memainkan peranan di sebalik tabir walaupun saya berundur
4. Bekas pemimpin pembangkang itu perlu menang kerusi parlimen sebelum diberikan jawatan kabinet. Tidak akan ada kuasa khusus yang diberikan kecuali diberikan kepada menteri atau timbalan menteri atau timbalan perdana menteri.
5. Mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia oleh China dan negara-negara lain, tetapi pelaburan itu mesti membawa modal dan teknologi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
6. kita perlu menyekat pendatang dan menerima jumlah tertentu yang boleh kita terima.


Dolah Abdulla · 

jgn lupa kes2 pembunuhan kejam altantuya-morais-kematian pengasas Ambank-semua ini ada berkaitan dgn 1mdb dan kapal selam ‘Scorpene"......"Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.

“Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan (Najib) sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene," katanya dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight di Putrajaya hari ini merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.

"Setakat yang saya boleh ingat tak ada kertas Kabinet.” link :https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/9449/

Anwar mungkin bebas seawal petang esok


 (Dikemaskini )
Lembaga pengampunan diraja akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan pengampunan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 5 petang esok.

Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung
Namun, beliau positif Anwar akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.
"Saya diberitahu oleh peguam Anwar mengenai perkara ini dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu.
"Insyaallah (Anwar keluar) esok tapi kita tak dapat menjangkakan bila. Tetapi tentunya Anwar akan terus buat sidang media esok," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.
Anwar sedang menjalani lhukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar.
Ia juga membolehkan bekas ketua pembangkang itu kembali bergiat secara aktif dalam politik.
Sementara itu, Nurul Izzah ketika diminta mengulas pertemuan di antara Anwar dengan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata ia satu prosedur normal.
Selain itu katanya memandangkan Anwar berada di penjara selama 11 tahun keseluruhannya maka beliau mempunyai ramai kenalan.

"Maknanya mereka sayang kat tahanan politik, baguslah. Kita hargai kerana sudah tentu mereka yang menjaga Anwar jalankan tugas dengan profesional.
"Jika mereka nak bertemu, kita rasa ia sesuatu yang baik dan dialu-alukan," katanya. 

rwf: 



Zam: Anwar dianggap baling batu sembunyi tangan

Zainuddin Maidin
14 Mei 2018, 12:14 tengahari (Dikemaskini )
Kenyataan segera Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan kepada kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukan sensitiviti beliau terhadap kerosakan politik yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga membangkitkan keraguan terhadap kesetiaannya kepada Mahathir.

Kenyataan Rafizi yang mendakwa pelantikan menteri-menteri kanan Mahathir tanpa kesepakatan, tidak muktamad dan bersifat sementara telah menimbulkan kecaman hangat di kalangan semua peringkat rakyat yang sedang mengharapkan perpaduan di ambang penubuhan kerajaan baru.

Dalam hal ini, Anwar yang mempunyai rekod tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri di era Mahathir telah segera dianggap sebagai baling batu sembunyi tangan kerana Rafizi adalah orang setianya.

Populariti Rafizi yang memuncak kerana kewibawaan, keberanian dan keintelektualismenya telah jatuh merudum dengan kemarahan dan cacian orang ramai yang menganggapnya sebagai sangat ambitiuos dan egoistik, tidak matang dan tidak dapat memahami situasi negara yang dalam keadaan memerlukan kemantapan dan perpaduan... 
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ai memisahkan dirinya daripada kenyatan naibnya dengan meanggap itu sebagai pandangan peribadi Rafizi semata-mata.

"Itu pandangan dia, kita harus menghormati, tapi pada akhirnya dalam jemaah ini melihat kepada keputusan parti dan keputusan rasmi itu telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Anwar telah menyampaikan pandangannya kepada kepimpinan PKR untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir yang juga Pengerusi HARAPAN dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri adalah mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.
Di antara reaksi pengikut blog saya ekoran dari tweet saya yang mengecam Rafizi tidak berhak bercakap bagi pihak PM Tun Mahthir mengatakan pelantikan menteri kanannya belum muktmad ialah:
Kitty: "Ramai sungguh yang nak susahkan Tun susun kabinet, perangai Rafizi macam ketam dalam bakul, akan tarik ketam lain ke bawah bila nak naik ke atas"
Athirah Abdullah: "Tun ada agenda negara yang lebih besar untuk diselesaikan. Tun mengorbankan keselamatan & nyawa dari ancaman, semata-mata untuk rakyat Malaysia yang Tun sayang. Saya hilang hati terhadap Rafizi. Beliau tidak layak untuk jadi pemimpin."
M Kha Sha: "Saya rasa Rafizi itu hanya mouthpiece DSAI. Kesian dia yang kena hentam"
Nota: kalau hal ambil kesempatan serah kat dia. 1MDB pun dia x bertungkus lumus pun membantu untuk sama-sama berjuang membongkarnya. Tengok rumah mahligai sendiri sudahlah. 

ref: 


......................

Tiada ulasan: