Rabu, 16 Mei 2018

Dari jiwa yang terbelenggu, kini bernafas lega selepas jatuhnya umno bn. 7651.

Alhamdulillah. 

Bukan sekejap menanti dari 1969 - 1982 - 1998 - 2018. 

Sekadar pandangan peribadi. 

Saya rasa Kerajaan beri peluang umno bertungkus lumus edar surat siaran untuk mesyuarat cawangan dan bahagian terlebih dahulu. Sampailah ke PAU mereka selesai. ROS akan piaaaap dengan pertanyaan bonos "Bila umno mesyuarat cawangan?" Bagi umno rasa macam mana PPBM dipermainkan dengan persengkongkolan ROS yang dibawah telunjuk mereka waktu itu. Boss ROS tentu orang baru yang sealiran dengan hasrat kerajaan. Sehingga kini ROS sunyi sepi. Mungkin umno akan diberi masa, peluang dan ruang untuk rasa lebih penat dari yang mereka pernah lakukan terhadap orang lain. 

Selain dari dalang-dalang kemusnahan Malaysia (pemimpin dan bekas pemimpin umno dan kuncu-kuncunya yang menunggu masa penghakiman) mereka mula melatah, u-turn 360° atau 180°, cuba bertemu dengan YAB Tun Perdana Menteri dan sebagainya. In Syaa Allah PAS pun akan terkait sama. Biar pendokong tegar mereka nampak, apa yang selama ini mereka tidak nampak. Supaya yang sudah kaya sedar mereka telah kaya dan yang miskin rupa-rupanya masih miskin atau makin tambah miskin, gara-gara sayangkan pemimpin yang korap dan penuh dengan tipu daya serta hipokrit. Lagi pun antara sikap u-turn 360° pendokong umno, mereka sanggup pecah rahsia, demi kelangsungan hidup senang mereka sebelum ini dibawah pepijat umno. 

Alhamdulillah tepat dan tegas penjelasan YAB Tun Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang menolak muka-muka umno dari menyertai PH. Bahayanya membawa musuh politik ke dalam organisasi politik Dibimbangi budaya buruk umno akan meresap ke dalam Pakatan Harapan. Antara budaya buruknya ialah pecah perintah, team A team B dan berpuak-puak didalam parti. 

Di bawah sebagai contoh:
Halaman Disukai · 2 jam berhampiran Ampang 

Ramai yg keliru.... yg akan effect cuma dari lantikan politik....yg duk huha huha tu pun dari lantikan politik Kerajaan dulu....

PUTRAJAYA 16 Mei - Kira-kira 17,000 orang penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan.

“Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 —
Ringkasnya mereka digaji guna duit rakyat untuk menerapkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan parti umno bn dulu. Bayangkan 17K termasuklah cybertroper umno, yang menghasut dan meracuni jiwa rakyat supaya bertanggapan DAP akan tadbir Malaysia sehingga rakyat lupa berapa grop Parti Cina dalam BN. Mencari pasal atau poin supaya PH sentiasa di pihak yang salah, seperti Masjid di bawah tokong, kuil dan gereja bagai. Gambar kata yang menuding dan menuduh penyokong PH barua DAP dan di akhiri dengan ludahan. Semua itu dipulangkan pada Allah Subhanahuwatalla.

Alhamdulillah untungnya kami minat sejarah. Antaranya umnolah beri kerakyatan tanpa syarat kepada kaum cina dan india (Mengapa sekarang perlu mereka berusaha memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum, semata-mata untuk kekal sebagai penguasa) Umno juga bertanggung jawab Sekolah dengan 3 Aliran (Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) umno juga yang menggadaikan SIngapura, Pulau Batu Putih, KTM dari Woodlands ke Tanjung Pagar, Proton, TNB selain dari menghancurkan MAS, Felda, Luth, LTAT dan banyak lagi kes-kes yang akan tersingkap bila bekas MO1 terdakwa. 

PH jangan bikin silap atau main perang sesama sendiri. Maklumlah dalam PH bukan satu parti sahaja. Rakyat Malaysia memerhatikan. Terhebat PH menang sebab semakin ramai pengundi tidak terbelenggu minda interlek mereka dengan tipu daya dan hipokrasi politik. Semua itu dengan kehendak dan izin serta takdir Allah jua. Allahu Akbar. 

Wassalam. 
3v0

Antara perubahan... 

Halaman Disukai · 2 jam  

SAH! Pakatan Harapan telah diluluskan pendafatarannya oleh ROS. Lepas ni kena tengok logo ni je nak pangkah. Ironinya, diluluskan oleh Puan Suriyati kita... heheh.. 
Sumber: 


Up je kat macai lengit dan ketengi tuuu: 
Pengumuman penting berkenaan SST dan GST :

Dimaklumkan bahawa mulai malam ini, telah bermula SST(solat sunat terawih) dan diharapkan tiada lagi GST(gagal solat terawih).

Aamiin

Halaman Disukai · 4 jam 


Hadiah Raya Perdana Menteri, GST dari 6% ke 0% mulai 1 Jun 2018. — 
Hadiah Raya Perdana Menteri, GST dari 6% ke 0% mulai 1 Jun 2018. 

Sumber: 

Sebuah lori angkut barang keluar dari rumah Najib (Video)

kerengga pada KERENGGA - 19 minit yang lalu
Adam Abu Bakar KUALA LUMPUR: Sebuah lori dilihat memasuki kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, petang ini. Lori yang tiba pada 6.05 petang itu, meninggalkan kediaman berkenaan kira-kira 15 minit kemudian. Wartawan menyaksikan ada barang diangkut ke lori itu, namun tidak dapat dipastikan apa yang dibawa keluar. Kediaman Najib dan kawasan

GANDINGAN HISHAMMUDDIN DAN KJ SEDANG GIAT DIPROMOSI UNTUK KETEPIKAN ZAHID HAMIDI?

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - Sejam yang lalu
Dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya baru beberapa jam setelah kehilangan kuasa, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada 10 Mei lalu telah menghantar surat kepada UMNO bahagian-bahagian seluruh negara berhubung pemakluman tarikh persidangan tahunan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian. Tempoh yang ditentukan untuk UMNO cawangan-cawangan seluruh negara mengadakan persidangan tahunan ialah pada 19 Mei 2018, dua hari selepas ketibaan bulan Ramadan dan sehingga 10 Jun 2018 iaitu kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Mesyuarat perwakilan ba... lagi 


GST kadar sifar bermula Jun - Kementerian Kewangan

kerengga pada KERENGGA - Sejam yang lalu
Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun. Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST. Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru


Anwar: Dari penjara ke istana, penjara bukan pusara

mohd sayuti Omar pada . - 2 jam yang lalu
*CATATAN * *Anwar bersalam dengan Dr Mahathir yang kelihatansebak merenung tepat ke wajah Anwar.* SELEPAS enam hari (10 Mei) Malaysia mencatat sejarah baru dan rakyat menerimanya penuh kesyukuran dengan pembentukan kerajaan Malaysia baru — kerajaan PH dengan Dr Mahathir Mohamad menjadi PM kali kedua serta melantik Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM wanita pertama, hari ini 16 Mei, satu lagi sejarah dicatat berlaku di Malaysia. Sejarah dilakari hari ini adalah penerusan kepada sejarah manis enam hari lalu, ianya mengenai pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara yang dilalui sel... lagi »

PANAS!!! Gani Patail beritahu Tun dia nak dakwa Najib tapi dia telah dipecat

kerengga pada KERENGGA - 3 jam yang lalu
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan bagaimana beliau merancang mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. "Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya. "Dia (Gani) dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan

Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan] Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan DALIA ISMAIL Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHMay 16, 2018 2:50 pm 0 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat oleh Lembaga Pengampunan Diraja hari ini. Anwar dalam sidang media sejurus tiba di kediamannya di Segambut berkata, beliau berasa lega dengan kelancaran pembebasannya hari ini.[image: Image result for anwar dan agong] “Saya boleh mengecap udara lebih bebas. “Saya nak sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana mengambil keputusan segera dan menegaskan pembebasan saya sepenuh... lagi »

DAP MAHU SPRM SIASAT JUAL 64 LOT TANAH KERAJAAN

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: DAP mahu SPRM siasat jual 64 lot tanah kerajaan] DAP mahu SPRM siasat jual 64 lot tanah kerajaan Posted By: Pentadbiron: May 16, 2018 Print Email Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera dakwaan 64 lot penjualan tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju yang didakwanya tanpa mematuhi prosedur kerajaan. Pemimpin DAP itu berkata, sejak 2013, semua lot tanah yang berkeluasan 171 hektar itu telah dijual pada harga RM4.28 bilion. “Secara amnya, tanah-tanah ini dijual bagi tujuan penyediaan Pemi... lagi »

Anwar Ibrahim Dibebaskan

Din pada Addin - 5 jam yang lalu
*Anwar Ibrahim Dibebaskan*. Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitahkan perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta-merata. *Anwar Ibrahim Dibebaskan*. "Pengampunan Penuh Anwar dibenarkan ... lagi »


ANWAR BEBAS, SELAMAT TIBA DI BUKIT SEGAMBUT

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Anwar bebas, selamat tiba di Bukit Segambut] Anwar bebas, selamat tiba di Bukit Segambut Posted By: Pentadbiron: May 16, 2018 Print Email Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dibebaskan. Ini susulan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara itu. Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul Izzah yang kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul, telah lama mendakwa per... lagi »


AGONG PERKENAN PENGAMPUNAN PENUH ANWAR

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Agong perkenan pengampunan penuh Anwar] Agong perkenan pengampunan penuh Anwar Posted By: Pentadbiron: May 16, 2018 Print Email Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta. Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi. Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Perseku... lagi »


'Gembira Anwar bebas, tapi jangan lupa isu Shafee Abdullah'

kerengga pada KERENGGA - 5 jam yang lalu
Di sebalik berita “gembira” pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat lagi isu lain yang perlu diselesaikan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin. Perkara itu, katanya, berkaitan dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah, pendakwa utama dalam kes Liwat II, yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. “Perlu juga disiasat dakwaan


Switzerland Sanggup Bongkar Skandal 1MDB?

Din pada Addin - 5 jam yang lalu
*Switzerland Sanggup Bongkar Skandal 1MDB? *Pendakwaraya persekutuan Switzerland mahu berbincang dengan rakan sejawat di Malaysia tentang bagaimana untuk meneruskan siasatan ke atas korupsi yang disyaki berlaku sekitar 1MDB, kata pejabat peguam negara Swiss hari ini. “Selepas perkembangan terkini di Malaysia, pejabat peguam negara Switzerland (OAG) sangat berminat memulakan perbincangan baharu dengan pihak berkuasa yang kompeten di Malaysia. *Switzerland Sanggup Bongkar Skandal 1MDB? *“Demi mewujudkan satu bentuk kerjasama yang cekap dan memastikan penyelasaran yang baik dalam sias... lagi »


LANGSUNG: Sah! Anwar kini bebas

kerengga pada KERENGGA - 8 jam yang lalu
LANGSUNG PEMBEBASAN ANWAR l Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dibebaskan. Ini susulan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara itu. Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul
Hidup ibarat roda boss... 

 Begitu juga PAS Johor 0 kerusi Parlimen dan 0 kerusi DUN.
Terpadam hasrat sebagai King Maker menuruti hasrat Money of King.
So sama-sama bermuhasabah diri kerana Allah. Itu lebih afdhal dari kecam mengecam,
kafir mengkafir sesama Islam dan sebagainya. Aamiin.












































Tiada ulasan: