Khamis, 17 Mei 2018

Dari penjara ke Istana Negara. Bersidang media di rumah. 7660.

Syukur Alhamdulillah. Allahu Akbar. SubhanAllah. 




RAMADAN YANG MANIS.  
Mei 17, 2018
Oleh MOHAMED NASSER MOHAMED pada kaki sakat 
Siapa sahaja yang pernah merasai hukuman sama ada penjara mahu pun lokap, tentulah boleh membayangkan kesukaran dan sangat menghargai erti sebuah kebebasan.  Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara sejak tahun 1999.

Ketika mulanya  bahang reformasi pada tahun 1998, selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan politik dan parti saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat.  Ini kerana laungan reformasi dapat dilihat dari rumah saya yang berhadapan dengan lebuhraya Kesas.



Selepas 1998, politik di Malaysia telah memasuki fasa yang baru, fasa yang tidak pernah terfikir oleh akal yang wajar.

Manifestasi kebangkitan rakyat telah diterjemahkan dalam pilihanraya umum pada tahun 1999, apabila bilangan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang meningkat kepada 45 berbanding 30 pada pilihanraya umum 1995.


Selepas Dr. Mahathir melepaskan teraju utama negara pada 2003, Pak Lah mengambilalih tampuk pemerintahan dan mengadakan pilihanraya umum pada 2004 dan BN mencatat kemenangan besar dengan mememenangi hampir 90% kerusi yang dipertandingkan.


Namun ‘kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari’ begitulah yang berlaku kepada pemerintahan Pak Lah, dan dengan desakan Dr. Mahathir akhirnya tampuk pemerintahan beralih kepada Datuk Sri Najib bermula tahun 2009, selepas pembangkang berjaya menambah undi mereka kepada 46.75% dalam pilihanraya umum 2008.


Di bawah tampuk kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau melalui dua pilihanraya umum iaitu pada 2013 di mana menyaksikan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang meningkat kepada 89 buah daripada 82 sebelum ini.  


Ketika pemerintahan Datuk Seri Najib, terdapat pemimpin UMNO yang sangat kritikal antaranya adalah Timbalan Presidennya – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presidennya – Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kedah.  


Kemuncaknya adalah pemecatan kesemua mereka daripada UMNO sehingga menyebabkan UMNO tidak mengadakan pertandingan selepas dua kali penangguhan.  Ini bermakna, UMNO tidak mengadakan pertandingan dan tidak mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Timbalan & Naib Presidennya. 


Selain daripada kalangan pemimpin UMNO, sosok lain yang sangat kritis terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib adalah Dr. Mahathir.  


Pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Seri Najib untuk menyekat kemaraan mereka yang menentang kepimpinannya.  Antaranya adalah persempadanan semula dan pengenalan Akta Berita Tidak Benar.  


Dalam masa yang sama, pembangkang memilih untuk berketuakan Dr. Mahathir.  Selain daripada penubuhan dua parti baru iaitu Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai oleh Dr. Mahathir. 


Beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen pada 7 April 2018, parti PPBM dibubarkan sementara oleh Pendaftar Pertubuhan.  Hal ini tidak mematahkan semangat pembangkang yang bersetuju untuk hanya menggunakan logo parti Keadilan sebagai logo Pakatan Harapan.


Pilihanraya umum yang ke-14 berlangsung pada 9 Mei 2018, harapan BN untuk menawan Selangor punah malah derita mereka bertambah apabila Barisan Nasional gagal mendapat bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan, di samping kehilangan hampir kesemua negeri di Semenanjung kecuali Perlis dan Pahang, di samping kehilangan Sabah kepada Pakatan Harapan. 


Pada 9.54 malam, 10 Mei 2018 seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Tun Dr. Mahathir yang dinamakan sejak awal sebagai Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-tujuh.  


Satu rekod baharu tercatat dalam politik tanahair.   Barisan Nasional yang selama ini menjadi pemerintah akhirnya akur dan menjadi pembangkang buat pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia.


Beberapa hari selepas itu, usaha memohon pengampunan untuk Datuk Seri Anwar bermula, akhirnya sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat, malah rekod penjaranya telah ditiadakan atas kuasa dan keprihatinan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.


Bagi UMNO dan BN, pilihanraya umum ke-14 adalah seperti mimpi ngeri yang cuba dielakkan, namun kuasa Allah SWT tiada siapa dapat menghalangnya, benarlah ‘takdir selalu mengatasi tadbir.’


Pembebasan Anwar Ibrahim di ambang Ramadan dan kejayaan Pakatan Harapan menafikan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib adalah seperti hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia, apa lagi yang diharapkan untuk melihat Malaysia yang baru dengan politik matang tanpa ada politik ‘balas dendam’ kepada pemimpin sebelum ini.


Semoga Ramadan kali ini adalah yang paling manis buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang berjaya membuat perubahan. 


Salam Ramadan!


ref: 
RAMADAN YANG MANIS
Imej
Ketika Dr. Mahathir memegang tampuk kuasa pada kali pertama pada tahun 1981, saya baru sahaja selesai persekolahan wajib selama 11 tahun.Tiada banyak benda yang saya ambil tahu mengenai pergolakan politik ketika itu, hidup memang mudah!
Dengan peningkatan usia dan memasuki dunia pekerjaan saya mula membaca dan mengambil tahu hal-hal yang berlaku dalam negara dan di luar negara.Kemuncak dunia pekerjaan saya adalah 


Imej
SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!
Sejak tiga tahun yang lalu, banyak rutin saya berkisar pada perjalanan jarak jauh dan dekat bukan sahaja atas urusan kerja namun juga apa yang saya istilahkan sebagai “lawat kawasan”.Kebanyakkan adalah ke kawasan yang jarang-jarang saya sampai hanya untuk melihat “hebatkan negaraku”. 




Pertama kali saya mendengar Dinsman menyebut Teater Atas Pokok (TAP) ialah sewaktu kami membuat kunjung hormat kepada YB Amirudin Shari, exco yang bertanggungjawab terhadap seni dan budaya di negeri Selangor, pada Oktober 2014.
Pada pertemuan singkat itu, beberapa idea dilontarkan untuk perbincangan.  Apabila Dinsman menyatakan dia ingin membuat satu pementasan di atas pokok, saya dan Rozan Azen (seorang AJK Paksi) hanya mampu tersenyum. Namun, idea tersebut mendapat reaksi positif Amirudin, yang malah mahu ia dilaksanakan pada tahun itu juga. Tetapi, karenah 
“Ia sebuah medium seni yang baru; sedang mencari dan menemukan bahasanya tersendiri, berasaskan kepada bahasa teater – gerak lakon dan akrobatik, visual dan warna, bunyi dan suara, muzik dan lagu, gerak tari, puisi dan dialog, dan paling penting: binaan pokok serta alam sekitarannya sebagai ruang teater.”






MENTERI CGPA 3.85 & IDEA ARAS TINGGI  



Ketika mendengar cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 semalam, saya merasa gusar.  Saya tidak gusar mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani usul-usul berkaitan kos sara hidup. Jawatankuasa ini yang bakal dianggotai oleh Menteri dan Ketua Setiausaha daripada enam buah kementerian.  Kegusaran saya  ialah  jika ada kalangan Menteri yang dilibatkan nanti yang kurang bijak.
Namun kegusaran saya tidak menjadi kenyataan kerana Menteri yang khabarnya mendapat CGPA 3.85 dan mendabik dada melakukan tiga kerja tidak terlibat sama.
“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja. 
Kecoh mengenai menteri yang mendabik mendapat CGPA 3.85 menyarankan rakyat negara ini melakukan dua kerja.

"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysi…

Hari Khamis yang lalu kita dikejutkan dengan banjir lumpur yang memutuskan hubungan di Lebuhraya Karak.  Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini, namun empat buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut. Menariknya, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lepas cepat sahaja dilaporkan sebagai ‘aktiviti pembalakan bukanlah punca utama’ kejadian tersebut. Itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Pahang dalam sidang media beliau.  Dalam negara yang tidak mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti hanyalah sekadar ‘pemanis’ 

WITHOUT FEAR OR FAVOUR 
 
Begitulah muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.Kisahnya mengenai perlantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru.Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet Julai lepas.
Pengerusi PAC itu memberi jaminan bahawa siasatan mengenai entiti strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diteruskan tanpa rasa gentar dan berpihak. Bunyinya memang menarik kerana selepas Pengerusi PAC yang 





JOHOR Shows biggest swing !

Parlimen :


BN - 5

PH - 21
PAS - 0

DUN :

BN - 17

PH - 39   
PAS - 0

PH kuasai JDT

Perhimpunan nite setelah DSAI beroleh Pengampuna Penuh 
dengan kehendak dan izin Allah Subhanahuwataala. 
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Tazkirah... 


Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud; “Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan, jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” [Surah Muhammad: 36.] 


Maksud firman Allah; Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185.] 


Dunia tidak pernah kejam kepada sebarang manusia, malah manusialah yang sebenarnya berlaku kejam kepada dirinya sendiri. Nauzubillahminzalik. Astaghfirullahalazim. 


Hikmah... disebalik kisah. 


Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz sebagai Menterinya. 


Maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.!


Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.


PERTAMA!

Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu sahaja. Tidak mahu syarahan yang panjang². Menteri Agama terpinga² mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.


Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.


Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan menitahkan bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas, jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.


Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan, akan kehilangan segala²nya, jika gagal memberi jawapan.


Menteri sudah tidak dapat tidur, makan pun tidak lagi berselera, Cakap pun sudah lain gayanya. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan, tetap gagal.


Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.


Masa hampir tiba.

Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun.


Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.


Maka diajaknya si Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap, langsung tidak berselera untuk makan.


Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak seperti ada masalah?

Boleh hamba tolong?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan² Sultan beserta syarat²nya kepada orang tua yang baik hati tadi.


Soalan pertama, Apakah itu dunia?


Maka dijawab orang tua tadi! "Dunia ialah apa² amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing²lah!"


Soalan kedua, Apakah itu akhirat?


Maka dijawab orang tua tadi! "Akhirat ialah apa² amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa² maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing2lah!"


Dan soalan ketiga, Apakah itu iman?


Maka org tua itu pun memberitahu, Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!


Bila waktu Asar, Mereka Solat Asar berjemaah dan selepas solat, si Menteri terus bertanya, "Apa itu iman?"


Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa² makanan tengahari.


Orang tua itu memberi syarat sebelum menjawab soalan yang ketiga, Dia mesti mkn bersama anjing² itu.


Si Menteri berfikir berkali². Makan dengan anjing ini, najis berat. Tidak makan pasti jawatan akan lesap, harta akan melayang dan hidup menjadi susah dan melarat!


Hendak dapat kerja lain bukan senang sekarang ini. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun membuat keputusan untuk makan bersama anjing² itu.!


Apabila sahaja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing² itu, orang tua tadi pun memegang kolar baju si Menteri seraya berkata,


"Wahai Tuan.! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala hal dunianya dan tetap tidak akan sanggup melanggar perintah Allah.!


Akan tetap mereka yang tidak ada iman, akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.!"


ref: 

http://peceq.blogspot.my/2018/05/sultan-dengan-menteri-agamanya-7467.html
 minda***
...

Tiada ulasan: