Sabtu, 19 Mei 2018

Dendam kesumat tidak mudah padam, buat sesetengah makhluk bernama manusia. 7687.

Pengetahun dan pengalaman jangan disalah guna. Semua tu untuk bermuhasabah diri kerana Allah... Ilmu guna pakai untuk dendam kesumat. Nazubillahminzalik. Allah Maha Pengampun. 
Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat
ZULHAZMI SHARIFF 

Berpada-padalah apabila bercakap, nasihat ikhlas buat Anwar dari penulis.

Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong Pas dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kampung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak
bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tahu menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walaupun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar Pas kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqamah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

Dipendekkan tulisan…

Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan Diraja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang?

Berpada-padalah Datuk Seri Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna akal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.

ref: 
KERENGGA: Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat
SATURDAY, MAY 19, 2018
Ahli parti komponen BN tidak boleh diterima masuk ...
Majlis Presiden Pakatan Harapan umum ahli parti komponen BN tidak boleh diterima masuk ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan 

Mereka perlu jadi ahli bebas dan boleh menyokong Pakatan Harapan sebagai ahli bebas.

Pengumuman dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed bersama Datuk Seri Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dalam sidang akhbar hari ini 17 Mei 2018. Putrajaya Media Pakatan Harapan 

Maka oleh itu, bagaimana pula dengan kedudukan tiga wakil rakyat Umno Johor ?

Sabtu lalu mengumumkan akan menyertai parti BERSATU: 

1) Alwiyah Talib - Adun Endau 
2) Rosleli Jahari - Adun Johor Lama 
3) Rasman Ithnain - Adun Sedili

Pecahan kerusi PH Negeri JOHOR :

1) DAP - 16 kerusi
2) AMANAH - 9 kerusi
3) PKR - 5 kerusi
4) BERSATU - 8 kerusi

Turut berlaku masalah yang sama di Perak, dimana dua adun Umno BN melompat masuk BERSATU:

1) Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi - ADUN Tualang Sekah
2) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin - ADUN Sungai Manik 

Pecahan kerusi PH Negeri Perak :

1) DAP - 18 keusi
2) AMANAH - 6 kerusi
3) PKR - 4 kerusi
4) BERSATU - 1 kerusi

Pakatan Harapan akan bertukar menjelma jadi BN 2.0 dan akan runtuh segera jika PH tidak membetulkan kesilapannya. 

ref: 
al- Husseyn: Ahli parti komponen BN tidak boleh diterima masuk ...




Mohamad Zahid Bin Ahmad Dia sebut 20 tahun sbb mmg dia tuju pada diri dia. Function smlm pun adalah untuk pejuang reformasi. tentu 20 tahun. Dia sebut sbb program pembebasan. Yer lama 20 tahun hebat juga sbb banyak kali masuk penjara, mata lebam lagi hj hadi yg tau🤣

Tapi kalau dia kata rakyat berjuang 20 tahun itu hak dia. Ramai yg sambut setuju dan ada juga yg menentang mcm ko bang😜

Akhirnya aku suka ayat dia jgn fikir nak jadi menteri, sokong kepimpinan tun m, move forward. kot kalau fikir belakang sampai bila pun kita pembangkang walaupun kita kerajaan😜

Jangan marah poso ni bang. Function dio semalam. Kot nak citer lebih 20 tahun kono angkat abg mat sabu lah atau ikut walaun kata syariat x tertegak. perjuangan belum selesai😆

Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Majlis dia mmg majlis dia la... perjuangan dia 20 tahun tu bkn utk aku tp utk dia... jd jgn claim perjuangan rakyat tp perjuangan Anwar & pentaksub Anwar....
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Move forward tu ayat politik Anwar tp di blkg tabir mcm sial! Ada ka patut mintak Top 5 Majlis Presiden pi Hospital Rehab Cheras mengadap dia utk bincang anggota kabinet!!! Dia sapa nak demand?
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff Dia bukan Ketua Umum PH ka? 
Uruskan


2h
Mohamad Zahid Bin Ahmad haaa hahahaha
itu tandanya dia berkuasalah.habislah!hahahaha
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff dia masih banduan... penjara ada peraturan la bro... tanya Tuan Mohamad Zahid Bin Ahmad.. dia sbg peguam blh masuk keluar suka hati selfi dgn client ka? Ehhhh penjara tempat mesyuarat ka?
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Mohamad Zahid Bin Ahmad psl dia nak berkuasa sgt tu la aku tulis ni nak pesan... jgn nnt ada reformasi baru utk lawan dia
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff so cadangan hg apa pulak? tolak dia terus sbb dia terikat dgn peraturan penjara?
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Aliff Ashraff kita ada undang2 & peraturan... dlm top 5 tu ada semua termasuk isteri dia... dia hanya ketua umum... bila top 5 mesyuarat buat kptsn, maklum pd dia... cukup la... kita nak tadbir negara bkn nak tadbir parti, benda segera perlu disegerakan bkn kena tunggu dia. Semua nak kena tunggu dia ka?
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff segera menatang apa pulak sampai laa madey bergerak sorang2. skg kerajaan madey bkn kerajaan ph. betui ka
Uruskan


2h
Mohamad Zahid Bin Ahmad tp nampak
mcm
madey takut dgn dia kali ni.setuju?🤔
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff haaaaaa Madey.... dia tu PM yg dah angkat sumpah.... di atas dia ada Majlis Penasihat yg hari2 bermesyuarat utk bina semula negara. Dia ada TPM yg tak bergerak sbb syok teruja tok laki baru bebas... Tun ada Menteri Pertahanan yg tak tgk cermin, Tun ada Menteri kewangan & menteri dlm negeri. Yg buat kptsn bkn Tun sorg tp Tun wajib dpt kelulusan Anwar... wahaha
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff sapa pulak kata wajib dapat kelulusan anwar, hahahaha
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff haaaa klu tak wajib jgn dok kalot sgt la...
Uruskan


2h
Mohamad Zahid Bin Ahmad tp nampak semua kena majlis presiden.madey x boleh buat decision sendiri.cuma bg aku cptkanlah bentuk kabinet.Kalau minggu ni x settle payahlah.pembangkang wibawa akan masuk🤣🤣
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff suruh sertakan sekali dlm perbincangan tidak bermaksud “wajib dapat kelulusan anwar". hahaha loyaa
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff klu dah duduk dlm penjara berstatus banduan... nak sertakan kejadah lagu mana? Nak kena pi mesyuarat kat penjara? Ehhhh tak dak peraturan ka? Klu esok Najib duduk dlm penjara & panggil MT Umno mesyuarat dlm penjara boleh ka? Reform kepala lutut apa klu peraturan tak ikut...
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Mohamad Zahid Bin Ahmad betul... la ni semua perlu kelulusan Majlis Presiden bkn one man show
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff kalau tak boleh sertakan, tangguh dulu la sampai royal pardon. la pun apa pun tak angkat sumpah lg. kerajaan madey, kah kah
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff sanggup tangguh tubuh kabinet utk tadbir malaysia hanya ketana ANWAR!!! Oi... ANWAR tu sapa? Dia sorg ka rakyat Malaysia yg jatuhkan BN dlm pru14?
Uruskan


2h
Mahfuz Isa jari pun takda calit dakwat
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Aliff Ashraff tak blh angkat sumpah sbb Anwar tak restu...
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff hahaha pasal hg kata kena segera. laaa ni anwar dh keluar pun tak tertubuh lagi. mcm mana nak bina negara ni woii haha
Uruskan


2h
Aliff Ashraff Zulhazmi Shariff anwar tak restu? hahaha nampak mcm hg dah habih modai ni loya. kah kah
Uruskan


2h
Zulhazmi Shariff Hahaha dah restu ka? Dah muktamad ka?
Uruskan


2h
ref: 
Hai... nama aku Zulhazmi... aku berumur 42... - Zulhazmi Shariff






Tiada ulasan: