Ahad, 13 Mei 2018

Dok ngata Selangor xdaa air. 7606.

Ni haa tinggalan umno bn di Johor ... dok ngata Selangor xdaa air.
Bobrok umno bn makin terserlah....
umno pertikai LGE sebagai Menteri Kewangan. Tun Tan Siew Sin merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1959-1974.
Sumber: Kelab Che Det berkongsi siaran Dr Maszlee Malik. 33 min · Antara yang sudah pulang ke kawasan dan lihat isu penduduk adalah Dr Maszlee Malik. Masalah yang sedang dihadapi penduduk adalah ketiadaan air. Semoga isu ini cepat diselesaikan dan mendapat kerjasama daripada Adun yang terlibat, termasuk dari pembangkang. Perkara lain yang admin impi2kan berlaku di johor nanti adalah pembinaan jambatan bengkok yang rancangannya dibatalkan Pak lah, ayah mertua kepada Khairy Jamaluddin, ketua pemuda umno. Harap boleh menjadi kenyataan. Dr Maszlee Malik 1 jam · Gangguan Bekalan Air di Simpang Renggam Saya telah dihubungi oleh pihak berwajib tentang gangguan bekalan air di Simpang Renggam pada malam ini, esok dan beberapa hari. Seperti kebiasaan dari dahulu, apabila air hujan, rakyat Simpang Tenggam akan menghadapi masalah air.... Saya sedang berusaha menghubungi beberapa pihak yang terlibat sekarang, walaupun saya belum lagi mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Simpang Renggam. Saya berharap mereka dapat memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah air ini. Buat rakyat Simpang Renggam, diharap sapat bersabar dan memberikan sokongan kepada saya untuk menghadapi pihak-pihak yang terbabit ini. Insha Allah di dalam tempoh yang tidak lama lagi, kita akan bawa semua pihak yang terlibat di dalam isu air ini untuk bersoal jawab dengan wakil wakil penduduk Simpang Renggam. Kita mahukan masalah air ini diselesaikan segera oleh pihak-pihak yang telah menyusahkan hidup rakyat. Jangan kerana mereka mahu mengaut keuntungan, akhirnya rakyat Simpang Renggam menjadi mangsa. Saya masih lagi menantikan pembentukan kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato Osman Sapian untuk mendapatkan kerjasama mereka memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat. Saya menyeru juga Adun Machap, YB Cikgu Taib, dan Adun Layang-Layang, YB Datuk Onn Hafiz agar dapat bersama saya membantu rakyat Sinpang Renggam di dalam isu ini. Lupakan perbezaan kepartian demi perjuangan kesejahteraan hidup rakyat Simpang Renggam yang telah memberikan kepercayaan kepada anda. Kepada rakyat Simpang Renggam berikan kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk berhadapan dengan pihak-pihak tersebut. Jika kita bersatu, insha Allah mereka akan memberikan kerjasama kepada kita! Dokan agar isu air yang melanda Simpang Renggam ini akan berjaya kita selesaikan bersama! Dr Maszlee Malik Ahli Parlimen Simpang Renggam 13/5/2018

Tiada ulasan: