Ahad, 13 Mei 2018

Drama U-Turn 360°. 7602.

Puak yang tewas umno pertikai LGE sebagai Menteri Kewangan. Tun Tan Siew Sin merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1959-1974.

PRU14 cermin kebencian rakyat terhadap Najib
SITI AZIELAH WAHI
10 MEI 2018
Oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff


Drama U-Turn 360°

KUALA LUMPUR - Keputusan PRU14 merupakan manifestasi kepada kebencian membuak-buak hampir semua golongan rakyat jelata terhadap corak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat memalukan negara ekoran skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilionnya.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, rakyat bangkit bila melihat bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun merisikokan kesihatan diri untuk menjelajah ke seluruh pelosok negara semata-mata untuk mendedahkan segala salah laku yang didakwa dilakukan oleh Najib.

"Penyampaian Tun Mahathir mengenai segala salah laku ini di dalam segenap ceramah beliau pula sangat berkesan kerana ia dibuat dalam bahasa yang sangat mudah difahami oleh rakyat jelata, termasuk penduduk di luar bandar.

Ungkapan ringkas Tun Mahathir seperti 'Najib pencuri', 'Najib perompak' dan 'Najib penyamun cukup menyentuh jiwa rakyat jelata, apatah lagi bila Najib sendiri gagal membuat apa-apa yang meyakinkan untuk menjawabnya,"katanya.

Selain itu, Kamarul Zaman berkata, tindakan Tun Mahathir memaparkan diri beliau sebagai mangsa dizalimi susulan tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Bersatu sehari sebelum pembubaran parlimen meraih simpati rakyat jelata kepada beliau.

"Serangan peribadi yang keterlaluan terhadap Tun Mahathir juga turut berbalik arah kerana ia mendatangkan rasa kasihan rakyat jelata kepada beliau kerana rata-rata mereka masih mengenang jasa bakti beliau sebagai Perdana Menteri,"ujarnya.

Tambah beliau lagi, turut memainkan peranan ialah media massa seperti akhbar Sinar Harian yang sering memberikan liputan luas terhadap Tun Mahathir termasuk di dalam wacana viral yang mempersoalkan apakah beliau terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri.

"Kesemua perkara ini menyentuh emosi dan sentimen rakyat jelata, apatah lagi bila ia dikaitkan dengan kesusahan kehidupan harian mereka, di mana emosi dan sentimen ini mendorong mereka keluar beramai-ramai untuk menolak Najib.

Signifikan kepada kemenangan Harapan dalam PRU14 ialah ia adalah lonjakan besar dalam kehidupan rakyat kerana ia membuktikan mereka juga mempunyai kuasa menentukan corak kehidupan mereka,"katanya.

Kamarul Zaman berkata, selama 61 tahun terkurung oleh kerajaan sama sebelum ini, kejayaan mereka mengubah buat pertama kali kerajaan di peringkat pusat ini memberikan mereka satu 'sense of empowerment' yang cukup besar maknanya kepada diri mereka.

"Setelah berjaya mengubah kerajaan sekali, maka sudah tentulah selepas ini mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk berbuat perkara yang sama jika kerajaan yang mereka pilih ini gagal memenuhi harapan dan kehendak mereka seperti dijanji,"katanya.


Sehubungan itu katanya, kerajaan Harapan yang baru dibentuk perlu sangat teliti, berhati-hati dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala janji yang mereka buat, khususnya di dalam manifesto mereka, jika mereka tidak mahu ditukar dalam PRU 15.

ref: 
PRU14 cermin kebencian rakyat terhadap Najib - Nasional - Sinar Harian

Kamarul Zaman letak jawatan kerana dianggap ‘anti-Mahathir’
FMT Reporters 

PETALING JAYA: Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tentang peletakan jawatan itu berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.”

Peletakan jawatan ini berkuatkuasa esok, iaitu hari pejabat Mapan dibuka selepas pilihan raya umum ke-14.

Kamarul dalam kenyataan berkata dia banyak menerima pertanyaan mengenai keadaannya ekoran tular cerita mengatakan dia termasuk dalam senarai yang dikatakan akan dikenakan tindakan kerana mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata terdapat “suara-suara di UUM sendiri yang mula lantang mempersoalkan kedudukan saya ekoran sikap kritikal saya tersebut.”

Kamarul menambah dia tidak bimbang dengan sebarang tindakan mungkin dikenakan ke atasnya.

“Tidak saya nafikan imej kritikal terhadap Dr Mahathir itulah, yang ditambah pula dengan pelbagai tulisan saya yang kritikal terhadap PH dalam Facebook saya, yang tertera dalam fikiran banyak pihak bila nama atau wajah saya timbul,” katanya.

Kamarul berkata dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pengarah Mapan berkuatkuasa esok bagi memudahkan urusan pihak yang berkaitan dengannya.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas dengan tindakan saya yang kritikal terhadap Dr Mahathir dan PH.”

Kamarul juga menafikan dakwaan mengatakan dia selaku pengarah Mapan tidak pernah melakukan sebarang kaji selidik ke atas isu politik negara.

Beliau berkata dia mengetuai kaji selidik ke atas persepsi rakyat terhadap isu-isu nasional dan kejain itu mendapati kedudukan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam bahaya jika langkah drastik mengatasi isu 1MDB tidak segera dilaksanakan.

“Bagaimanapun, selepas kaji selidik ini tidak dapat dikongsikan dengan masyarakat umum serta dapatannya pula tidak diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan, memang benar bahawa saya selepas itu tidak lagi meneruskan membuat kaji selidik begini,” katanya.

Kamarul juga menafikan dakwaan dia pencacai Najib dan Barisan Nasional, dengan melampirkan rencana yang mengandungi kritikan terhadap mereka.

ref: 
KERENGGA: Kamarul Zaman letak jawatan kerana dianggap ‘anti-Mahathir’



................

Tiada ulasan: