Jumaat, 18 Mei 2018

Gara-gara berlainan faham poitik, Islam dijadikan wadah mengguris hati sesama hamba Allah. 7672.

Rosak Islam kerana sesama Islam lebih bahaya dari adu dumba kononnya Parti bukan Islam yang cuba merosakkan Islam. Nauzubillahminzalik. 

Allahu Akbar. Yang penting perkukuhkan redhamu wahai saudaraku. Semua itu ketentuan dan takdir Allah jua. Tanggal sesuatu, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik. In Syaa Allah. Juga penting untuk kita tidak berkhianat, walau kita dikhianati dengan sebegitu rupa. Aamiin. 

Nik Omar sebak cerita 'disingkir' dari Masjid Tok Guru
Belum genap 10 hari selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) slot kuliah subuh Nik Omar Nik Abdul Aziz di Masjid Pulau Melaka - yang lebih dikenali sebagai Masjid Tok Guru - sudah digantikan.

Pagi tadi anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak lagi dibenarkan menyampaikan kuliah seperti selalu.

Sebaliknya tugas itu diberikan kepada anak kelima pemimpin yang disegani ramai itu, Nik Abduh.

Menceritakan insiden itu di Kota Bharu pagi tadi Nik Omar berkata sejak bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pengisian program di masjid berkenaan dibahagi-bahagikan sesama anak bekas menteri besar Kelantan itu.

Nik Omar sendiri diberikan tugas memberikan kuliah Maghrib pada malam Khamis dan Rabu, serta Kuliah Subuh pada Jumaat.

Dengan nada suara yang dapat dikesan sedikit sebak, Nik Omar berkata semasa Sembahyang Subuh tadi adiknya tiba-tiba menjadi imam dan mengambil tempatnya menyampaikan kuliah.

"Lepas tu dia bersalam, cuma ambo kata, tak apa ke bersalam ni? Tak najis ke ambo ni?" katanya disambut ketawa orang ramai yang mendengar kuliahnya di Wisma Tok Guru di Kota Bharu.

Kuliah itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Husam Musa.

Sebelum itu Nik Omar meminta maaf kerana tidak dapat menyampaikan kuliahnya seperti biasa di bangunan berkenaan seperti selalu ekoran insiden di Masjid Pulau Melaka berkenaan.

"Ambo ni pagi mintak maaf banyak-banyak sebab tak boleh nak fokus, tak boleh nak bagi kuliah," katanya.

Nik Omar berkata Nik Abduh memberitahunya bahawa dia tidak lagi dibenarkan menjadi imam atau memberi kuliah di masjid berkenaan seperti sebelum ini.

"Dia (Nik Abduh) kata, ia keputusan keluarga," katanya.

Baca Nik Omar: Kelantan cuma 'jambatan' rakyat ke Putrajaya

Menurut Nik Omar apa yang terjadi kepadanya adalah harga yang terpaksa dibayar kerana menyertai Pakatan Harapan.

Namun katanya dia tidak akan berundur selepas membuat keputusan berkenaan.

Dalam PRU ke-14 pada 9 Mei lalu Nik Omar diletakkan mewakili HARAPAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka - kawasan yang diwakili Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Tidak seperti jangkaan ramai, HARAPAN gagal memberi kesan di Kelantan. Malah Nik Omar kalah di kerusi berkenaan. -malaysiakini

ref: 
KERENGGA: Nik Omar sebak cerita 'disingkir' dari Masjid Tok Guru

Biarlah pihak berkuasa jalankan tugas seadil-adilnya terhadap DSN. Asal masyarakat banyak tidak jadi lebih sudu dari kuah. 

Friday, 18 May 2018
Artis Popular Nasihat Najib 
Susulan pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir berharap dan mendoakan beliau sentiasa berada dalam bimbingan Tuhan.

“Semoga Allah membimbing kamu, Datuk Seri.

“Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti kamu juga ada sisi kebaikan itu.

“Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Kamu sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini,” kata Faizal.

Penyanyi lagu "Sejati" itu membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru semalam.

“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.

“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, kamu bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” tambah Faizal.
Faizal Tahir mendoakan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa berada dalam bimbingan Allah selain menyarankan beliau untuk bermuhasah diri. - awani

ref: 
Addin: Artis Popular Nasihat Najib



...

Tiada ulasan: