Jumaat, 18 Mei 2018

Harimau mati meninggalkan belang. 7668.

Saya sayang Malaysia 

Tanah airku yang asalnya bernama Tanah Melayu sebelum 16 September 1963. Setelah Singapura (hingga 1 Ogos 1965) Sabah dan Sarawak bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu. 

Saya yang tak berapa nak ada ...belum pernah dapat kumpul sebagai setok makanan kecemasan contohnya yang berbilang 72. 

Sejujurnya saya memang tidak pernah memohon BR1M., walau pun ada kawan paksa suruh mohon. Saya tidak mahu khianati mereka yang lebih layak dan inginkan rezeki yang berkat dan diredhai Allah Subhanahuwatalla. 

Begitu juga sebelum PRUM 14 ada tawaran untuk Pesara Kerajaan., menunaikan Fardu Haji. Ikhlas saya beri peluang kepada orang lain yang lebih layak.  

Apa-apa pun Dengan Nama Allah terimalah seadanya dengan redha akan ketentuan dan takdir Allah Subhanahuwatalla., setelah umno tewas yang mengakibatkan tersingkirnya 17k kakitangan lantikan politik umno bn. 

Mereka adalah yang selama ini berperanan dan berdakyah untuk mengaburi dan membunuh minda intelek rakyat Malaysia tentang fakta tepat Kerajaan Malaysia waktu itu dan perkembangan politik semasa Malaysia. Mereka juga membahan semahu-mahunya Parti Harapan waktu itu. 

Merekalah penjawat lantikan politik, termasuk yang bertaraf JASA, cybertrooper umno bn, rosakkan dari jauh peralatan komputer lawan, cut line, khianat dan lain-lain jawatan ehsan PM waktu itu. 

Sebagai mana kita pernah diingatkan kenaikan harga barang waktu dulu adalah takdir dan ketentuan Allah. Hidup ibarat putaran roda. Terimalah pengakhiran jawatan kalian dengan redha tentang takdir dan ketentuan Allah. Aamiin. 

Wassalamu. 

Hal di bawah adalah antara hal yang kalian sembunyikan selama ini, kerana sesuap makanan dan seteguk minuman dan bukannya kerana Allah. Jika niat kerana Allah., tidak begitu sikap kalian. Nauzubillahminzalik. Aamiin. 

Cuma saya tidak ucap tiada maaf bagimu ...Saya hanya hamba Allah yang hina. Aamiin. 

Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah (Gambar) 



Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.

Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB.

"Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam premis.

"Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas," katanya.

Ditanya mengenai beg tangan yang dirampas, Amar berkata ia termasuk jenama mewah Hermes dan Birkin.

Manakala bagi nilai barang yang dirampas setakat ini, Amar berkata beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat pengiraan terperinci.

"Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas.

"Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar," katanya.

Difahamkan polis berada di lokasi sejak kira-kira 7.30 malam.

Amar mengesahkan tiada sesiapa di kediaman berkenaan ketika mereka melakukan serbuan.

Diminta menjelaskan mengenai pemilik unit kediaman tersebut, Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang "Tan Sri", namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Amar juga menambah polis telah menyelesaikan pemeriksaan di unit-unit mewah di situ.

Mengenai serbuan berterusan di kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak Duta, Amar berkata pihak polis masih tidak dapat memecahkan peti besi keselamatan yang dikatakan terkunci selama 20 tahun.

Terdahulu, Orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan.

Pegawai dan anggota polis kemudian dilihat memuat naik kotak-kotak barang yang telah dirampas daripada unit berkenaan.

ref: 
KERENGGA: Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah (Gambar)

Friday, May 18, 2018

ANWAR PEMIMPIN UTAMA DALAM MAJLIS PRESIDEN PH

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi satu daripada enam watak terpenting dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam sidang medianya di Petaling Jaya hari ini Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata majlis presiden gabungan berkenaan bersetuju membentu satu badan lebih kecil menghimpunkan enam pemimpin utama parti.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi seorang daripada anggota enam pemimpin tertinggi ini, sebelum ini hanya lima,” katanya.

Menurut Dr Mahathir badan pimpinan tertinggi itu dianggotai ketua setiap parti dalam HARAPAN.
HARAPAN dibentuk oleh empat parti iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

Anwar dibebaskan daripada penjara melalui Pengampunan Penuh DiRaja pada 16 Mei, dan berhak menyertai politik (Pengampunan Penuh DiRaja bermaksud segala rekod pemenjaraan dan pertuduhannya dipadamkan) berbanding larangan selama lima tahun untuk mana-mana banduan.

Kata Dr Mahathir anggota badan tertinggi itu akan bertemu lebih kerap dan mengadakan persidangan jika ada sesuatu isu yang perlu diputuskan segera.

“Perkara-perkara dasar pula akan dibawa ke Majlis Presiden HARAPAN yang akan bersidang setiap bulan, kecuali ada keperluan bertemu lebih awal,” katanya.

Dr Mahathir juga memberitahu Majlis Presiden HARAPAN mempunyai 22 anggota iaitu lima orang yang mewakili setiap parti dalam gabungan berkenaan. 

Dua lagi anggota ialah wakil daripada sayap wanita dan pemuda.

ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ANWAR PEMIMPIN UTAMA DALAM MAJLIS PRESIDEN PH

FRIDAY, MAY 18, 2018

Anwar kata Najib hubunginya dua kali pada malam PRU


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta nasihat mengenai apa yang patut dilakukannya selepas BN mengalami kekalahan teruk pada malam pilihan raya umum, 9 Mei lalu. 


Anwar, yang dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong semalam berkata beliau menerima dua panggilan daripada Najib pada malam berkenaan. 

"Ketika beliau menelefon pada malam PRU, saya menasihati beliau sebagai seorang kawan untuk akur dan teruskan hidup," kata Anwar kepada Reuters dalam wawancara di kediamannya di Kuala Lumpur. 

Anwar berkata beliau meminta Najib mengeluarkan kenyataan pantas dan tidak melengah-lengahkan proses berkenaan. 


Bagaimanapun, Najib tidak membuat sebarang kenyataan walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) beberapa jam selepas pengiraan undi bermula. 

Pada sidang media keesokan harinya, Najib berkata tiada parti yang mendapat majoriti mudah dan Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan siapa yang akan membentuk kerajaan. 

"Dia berdalih dan enggan mengakui lebih awal," kata Anwar berhubung perbincangannya pada malam pilihan raya itu. 

Anwar berkata Najib memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh berunding dengannya. 

Bagaimanapun Anwar menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memujuk untuk cuba berunding dengan beliau dalam "cara yang serius". 

"Walaupun dia merujuk kepada itu (perjanjian) saya hanya akan abaikan. Saya hanya akan mendengarnya," kata Anwar ketika ditanya sama ada Najib menawarkan kepadanya sebarang 'perjanjian'. 

"Selepas panggilan kedua, dia benar-benar 'remuk'," katanya. 

Najib tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen beliau. 

Menurut seorang penganalis dari sebuah firma pengurusan risiko, Adib Zalkapli, bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi sebuah gabungan yang kalah dalam pilihan raya untuk memujuk pihak lawannya. 

Pada PRU14 lalu, BN yang dketuai Najib hanya mendapat 79 daripada 222 kerusi Parlimen manakala PKR memenangi 50 kerusi.  

Kerjasama antara kedua-dua parti itu akan dapat menjamin Najib dan BN kekal berkuasa. 

Tahun lepas, Najib melawat Anwar di sebuah hospital selepas menjalani pembedahan bahu. 


Pertemuan itu mencetuskan khabar angin bahawa kedua-dua pemimpin itu mungkin akan bergabung tenaga untuk menentang Mahathir, walaupun perkara itu dinafikan oleh kem Anwar.

ref: 
al- Husseyn: Anwar kata Najib hubunginya dua kali pada malam PRU

Terimalah dengan redha akan ketentuan dan takdir Allah Subhanahuwatalla, sebagai mana kita pernah diingatkan kenaikan harga barang adalah takdir dan ketentuan Allah. Aamiin. 

Surat terbuka kepada bekas pembantu Najib, Ustaz Fathul Bari
Manan Razali

Saya ingin ucap terima kasih pada Ustaz kerana menyuarakan peringatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya jangan membawa masuk pemikiran liberal. Tetapi saya rasa Ustaz tidak perlu bimbang atau cemas mengenai hal ini. Saya percaya sahabat-sahabat kita yang berfikiran progresif (bukan liberal) akan diberi peranan oleh Dr Mahathir untuk membantunya dalam urusan ini.

Tetapi ada hal lain yang saya ingin sampaikan kepada Ustaz melalui tulisan ini.

Saya terdorong menulis surat ini apabila melihat nama Ustaz dalam laporan FMT dan terus terang saya nyatakan bahawa saya rasa alergik setiap kali apabila ternampak nama Ustaz di mana-mana sahaja sejak Ustaz masuk Umno dulu.

Maka saya ambil peluang ini untuk menyuarakan apa yang terbungkam di dalam lubuk hati saya mengenai kekecewaan saya terhadap Ustaz.

Surat ini saya jadikan ia terbuka supaya boleh dibaca secara umum oleh sesiapa sahaja kerana hal ini menyangkut tentang persoalan kepentingan ummah yang saya rasa telah dikelirukan oleh agamawan dan golongan cerdik pandai seperti Ustaz.

Untuk makluman Ustaz, kita sama-sama adalah pendokong Sunnah. Saya biasa ikuti majlis ilmu yang Ustaz sampaikan di salah sebuah rumah sahabat kita di Taman Tun Dr Ismail waktu Ustaz baru pulang dari Madinah dan bertugas di Institut Jantung Negara sebagai pegawai agama. Kalau Ustaz jumpa saya, saya percaya Ustaz akan masih mengenali saya, insya Allah.

Ini isunya: Saya amat musykil kenapa Ustaz tidak tegakkan sunnah Nabi dan para sahabat baginda dari segi cara berpolitik sepanjang Ustaz berada dalam Umno. Islam ajar penganutnya supaya jangan menyokong pemimpin yang jahat. Jahat di sini termasuk mencuri duit dan harta rakyat, kuat memberi dan menerima rasuah, dan kuat kelentong.

Tetapi Ustaz telah memilih untuk bersama pemimpin-pemimpin begini atas kerelaan Ustaz sendiri.

Apa justifikasi yang Ustaz boleh beri apabila mengajak umat Islam bersama-sama sokong pemimpin-pemimpin yang angkuh dan berganding bahu dengan ketua mereka membelasah duit rakyat, untuk mereka terus memimpin Malaysia?

Tolong tunjuk saya di mana dalam Al-Quran dan sirah Nabi yang Nabi dan para sahabat baginda pernah mengajar umatnya berpolitik dengan cara begini.

Jangan malukan perjuangan sunnah di Malaysia. Perjuangan sunnah di Malaysia sudah melangkau jauh dari bab nak hentam orang tentang amalan-amalan bid’ah dan perkara-perkara lain yang sempit.

Perjuangan sunnah yang lebih utama kini ialah tentang bagaimana kita boleh pelajari dan gunakan prinsip serta dasar yang telah dibentuk dan dilaksanakan oleh Nabi dan para sahabat baginda untuk jadikan ruh Islam itu hidup mekar sebagai Ad-Diin yang bersifat rahmataan lil ‘alamin dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sejagat tanpa berkompromi dalam permasalahan aqidah.

Bahkan keperluan ini lebih mendesak di dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia. Fiqh yang perlu kita guna mestilah menjurus ke arah dakwah yang mampu menjadikan Islam menarik untuk didekati dan dipelajari secara sukarela oleh orang-orang bukan Islam.

Kejayaan sebenar kita di sisi Allah diukur apabila kita mampu membuat orang bukan Islam memilih dan menerima agama Islam secara berbondong-bondong tanpa paksaan, sebagai sistem hidup yang dapat memberi mereka keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Lihat Surah An-Nasr ayat 1-3.

Masalahnya ialah apabila Ustaz sokong dan berkhidmat untuk golongan sebegini, orang jadi keliru dengan Islam. Bukan hanya bukan-Muslim yang bingung, malah umat Islampun sama-sama bingung juga!

Apa sandaran agama yg Ustaz gunakan bagi mewajarkan tindakan ini? Adakah Ustaz berada dalam keadaan darurat seperti Ammar bin Yasir yang dipaksa menyanjung berhala kafir Quraisy dan berlepas diri dari Rasullullah untuk selamatkan nyawanya setelah ibubapanya syahid?

Setahu saya, Ustaz memilih untuk masuk Umno atas kerelaan sendiri. Dan apabila dia berhadapan dengan berbagai skandal yang berskala mega seperti 1MDB, Felda, KWAP, Tabung Haji dan yang lain-lain, Ustaz tetap teguh menyokongnya.

Sunnah Nabi yang mana satu yang Ustaz jadikan sandaran di sini? Kenapa tidak Ustaz tinggalkan saja dia dan mereka yang bersama-samanya dalam Umno?

Saya nasihatkan Ustaz lebih baik buat pengakuan taubat dan penyesalan secara terbuka atas pendirian Ustaz yang telah tersilap langkah menyokong dan mengajak umat Islam menyokong Umno. Ini saja yang saya lihat boleh tebus balik kesalahan Ustaz dan rasa malu yang Ustaz telah bawa kepada perjuangan Sunnah di Malaysia.

Selagi Ustaz tidak lakukan ini, saya akan memandang Ustaz sebagai seorang pendokong kemungkaran yang tidak menyesal dengan tindakan untuk duduk bersama pemimpin yang zalim.

Nasib baik Umar al-Khattab tidak hidup bersama kita pada hari ini. Kalau dia ada, mahu dikerjakannya!

Selain ini, kedudukan sebegini berisiko tinggi untuk tidak diakui oleh Nabi sebagai umatnya di akhirat kelak. Hadisnya sahih dan saya percaya Ustaz lebih arif mengenainya.

Akhir kata, saya berdoa semoga Allah akan beri kesedaran kepada Ustaz di bulan mulia yang penuh keberkatan ini atas kesalahan besar Ustaz terhadap umat Islam di Malaysia kerana menyebabkan ramai orang berpihak kepada kebatilan.

Disebabkan peranan Ustaz dalam Umno yang terang-terang menyokong kepimpinan Najib Razak, Ustaz telah memberi mesej tersirat yang kuat bahawa seolah-olahnya tidak menjadi kesalahan untuk memilih pemimpin sepertinya dalam keadaan bukan darurat dan tanpa paksaan.

Inilah kelebihan demokrasi sebenarnya. Kita diberi kebebasan memilih pemimpin tanpa perlu mengangkat senjata.


Tetapi awas! Di akhirat nanti, kita pasti akan dipertanggung-jawabkan atas pilihan tersebut. Dan menurut perkiraan saya, Ustaz telah memainkan peranan yang besar mempengaruhi orang lain membuat pilihan yang terang-terang menyalahi agama.

ref: 
KERENGGA: Surat terbuka kepada bekas pembantu Najib, Ustaz Fathul Bari






FRIDAY, MAY 18, 2018

SIASAT SEGERA SEMUA PENYANGAK-PENYANGAK INI!!



ref: 
al- Husseyn: SIASAT SEGERA SEMUA PENYANGAK-PENYANGAK INI!!





............................

Tiada ulasan: