Jumaat, 18 Mei 2018

Kaduk naik junjung. 7667.

Allahyarham TGNA dalam memoir. 
Al Fatihah. Aamiin. 
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia


Bagaimana umno mempermainkan PAS... bila mereka dalam keadaan melemah dan tersepit. Sejarah telah tercatat dan antaranya bantuan dan kerjasama yang PAS berikan seperti Perumpamaan Melayu: Melepaskan anjing tersepit. 

Sekarang umno mahu mentadbir Perlis dan Pahang dalam keadaan penuh dengan masalah, walau pun menang untuk berkerajaan di negeri tersebut, selepas 10.Mei.2018. 
Ilutrasi. 
Tragedi Dasar Pecah Perintah (umno) untuk meremukkan parti pesaing yang gah tetapi mudah diperalatkan dengan mengambil kesempatan yang tepat waktunya untuk memanipulasikan keadaan kesihatan semasa PAS. 

Walau bagaimana pun, untuk kali ini umno kecundangan akhirnya dan menyimpulkan bahawa tadbir manusia yang bersifat makhluk serta bersifat baharu, tidak akan dapat mengatasi takdir dan rencana Allah Subhanahuwatalla. Allahu Akbar. 

Di bawah ini adalah mangsa-mangsa permainan dan percaturan politik. 
1. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia BERJASA
برجاس

Presiden
Abdul Kadir bin Mamat

Pengasas
Muhamed bin Nasir

Diasaskan
1977


Islam

Warna rasmi
Hijau, Putih

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (Jawi: باريسن جماعه اسلاميه سمليسا) ialah  adalah sebuah parti politik di Malaysia. 

BERJASA merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau disingkirkan dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 

Sejarah penubuhan
Pemecatan Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam Barisan Nasional. Ketika itu PAS adalah sebuah parti komponen dalam BN.[1] 

Apabila PAS menarik diri daripada Barisan Nasional serta hilang penguasaan negeri Kelantan, BERJASA yang baru ditubuhkan pula membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).

Penglibatan dalam Pilihanraya Malaysia
Pilihanraya Negeri Kelantan 1978

Pilihanraya Negeri Kelantan 1978 telah menyaksikan kejatuhan pemerintahan PAS selepas 4 penggal. BERJASA yang diatur penubuhan dan kerjasama UMNO didaftarkan dalam tempoh yang pendek sebagai persiapan untuk PRN. 

Dalam PRN ini, UMNO telah mengaturkan pembahagian kawasan atau kerusi yang dipertandingkan sebagai satu kerjasama pilihanraya. UMNO dan MCA diperuntukan bertanding di 24 kerusi dan BERJASA pula 12 kerusi. 

12 kerusi yang dikenal pasti kawasan selamat UMNO ditandingi oleh BN menerusi calon UMNO dan MCA, sementara kawasan 12 kawasan kubu PAS, dibiarkan BERJASA bertanding satu lawan satu dengan Pas. Baki 12 kerusi kelabu, BN bertanding bersama BERJASA menentang PAS dalam saingan 3 penjuru untuk memecahkan undi PAS.

BN menang 23 dari 24 kerusi yang ditandinginya. Kalah di kerusi selamat, satu lawan satu dengan PAS di Manek Urai, dengan majoriti tipis, 98 undi.  BERJASA menang 11 dari 12 kerusi, satu lawan satu dengan PAS, kalah di Sering dengan majoriti kecil, 84 undi.  

Bagi baki 12 kerusi yang ditandingi bersama BN dan BERJASA menentang PAS, BN menang semua kerusi, di mana di 4 kerusi; Bandar Pasir Mas, Telipok, Gual Ipoh dan Bandar Machang, undi calon BERJASA lebih besar berbanding undi calon PAS. Walau bagaimanapun, 5 calon BERJASA hilang wang pertaruhan, di kerusi saingan 3 atau 4 penjuru bersama calon bebas.

Dalam keputusan Pilihanraya Negeri 1978, Berjasa memenangi 11 kerusi DUN dan membentuk kerajaan bersama dengan UMNO/BN dimana Allahyarham Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri

Pilihanraya Umum Malaysia 1982
Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1982, BERJASA diperuntukkan 12 kerusi yang ditandingi secara langsung dengan PAS dalam PRN 1978, atas tiket BN. 

Calon BERJASA mewakili BN hanya mampu bertahan 4 kerusi sahaja: Simpangan, Tendong, Tok Uban dan Peringat, dengan majoriti yang berkurangan. 

Calon BERJASA di Kemumin dan Salor, di samping calon UMNO di Selising hilang kelayakan bertanding, memberikan PAS menang tanpa bertanding di Kemumin dan Selising, sementara di Salor, PAS menang setelah mengalahkan calon bebas yang disokong UMNO.  

Pilihanraya Umum Malaysia 1986
Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1986, BERJASA tidak menyertai Pilihanraya kerana BERJASA telah keluar dari Barisan Nasional dan membantah penerimaan masuk Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) ke dalam BN.

Pilihanraya Umum Malaysia 1990
Pada 1989, BERJASA menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat 46, PAS dan HAMIM. 

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, BERJASA diperuntukkan kerusi Sungai Keladi untuk menentang BN yang diwakili MCA. Buat pertama kali, kerusi yang dimenangi oleh calon MCA di pusat bandar Kota Bharu sejak 7 kali pilihan raya ditumpaskan oleh seorang calon Melayu yang bertanding dengan lambang parti BERJASA. 

Presiden BERJASA, Dato' Wan Hashim Wan Ahmad dilantik sebagai anggota EXCO. 

Pilihanraya Umum Malaysia 1995

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1995, kerusi DUN Sungai Keladi yang ditukar nama selepas persempadanan 1993, DUN Bandar Lama, yang ditandingi oleh Timbalan Presiden BERJASA, Yusoff Mohd Noor kalah kepada calon MCA. Selepas Semangat 46 membubarkan parti dan ahli-ahlinya menyertai UMNO, Angkatan Perpaduan Ummah terbubar sendirinya.

Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik kepilihanrayaan.[2]

Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan BERJASA Edisi Baru 2009.

Pilihanraya Umum Malaysia 2013
Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, BERJASA telah bertanding semula dengan sokongan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam. Semua calon tajaan ISMA kalah [3]

BERJASA dan ISMA menyatakan mereka menyertai (PRU-13) bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen. Meraka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calonnya bukan Melayu seperti P009 Alor Setar, P017 Padang Serai, P072 Tapah, P097 Selayang, P109 Kapar, P129 Seremban dan beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor.[4]

Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian.[5]

ref: 
2. Parti Hizbul Muslimin Malaysia

Parti Hizbul Muslimin Malaysia
Muslim People's Party of Malaysia
HAMIM

Ketua
Tan Sri Dr. Haji Asri Muda (Presiden & Pengasas)

Diasaskan
1983

Pecahan

Ibu pejabat

Penggabungan nasional
Barisan Nasional (1983–1989) 
Angkatan Perpaduan Ummah (1990–1996)

Warna rasmi
Hijau

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982. HAMIM kini merupakan salah sebuah parti politik yang tidak aktif, tetapi tidak dibubarkan.

Penubuhan Parti dan Penglibatan dalam Pilihanraya

HAMIM telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan Presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982. 

Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional (BN). Pada pilihanraya umum 1986, HAMIM sebagai salah satu kompenan BN telah bertanding 2 kerusi Parlimen dan 4 DUN. HAMIM telah menang 1 kerusi Parlimen (Bachok) dan 2 DUN (Chetok dan Meranti).

Sehingga 1989 sebelum Pilihanraya Umum 1990, kepimpinan baru HAMIM telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia(BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.[1] [2]

Dalam pilihanraya umum 1990 melalui pakatan APU di Kelantan, HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Nik Man bin Nik Mohammad di Dun Geting (Pengkalan Kubor) dalam Parlimen Tumpat. Dato Nik Man juga merupakan Tim Presiden Hamim Pusat. Sekaligus menjadi satu-satu wakil HAMIM dalam DUN Kelantan. Manakala di Kedah pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Hj Sudin B. Wahab di Parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S46) untuk berdepan dengan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir B. Mohamad, pertembungan antara presiden parti ini dimenangi oleh Dr Mahathir. Selain itu, HAMIM turut meletakkan calonnya di Selangor iaitu di DUN Sabak yang diwakili oleh Naib Presiden Parti, Bong Khalid bin Hj Siri, namun tewas di tangan calon UMNO.

Pada Pilihanraya Umum tahun 1995 sekali lagi Bong Khalid bin Hj Siri menjadi calon di DUN Paya Jaras. Manakala bagi DUN Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Hj Wan Abdul Rahman Wan Salleh yang bertanding atas tiket Parti Semangat 46 namun tewas di tangan calon Umno iaitu Cikgu Mat Nawi dengan majoriti 1289.

HAMIM dan perkembangannya

Selepas Datuk Asri dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan HAMIM dalam muktamar khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya (termasuk ahli parlimen Bachok dan Adun Chetok) telah meletak jawatan dan keluar daripada HAMIM pada 17 Nov 1988. 

Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Asri itu maka jawatan Presiden HAMIM dipangku oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan MP Dungun) dari Terengganu manakala jawatan Timbalan Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung) dari Kedah. 

Dalam Muktamar HAMIM pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP, di mana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin bin Wahab dan jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man bin Nik Mohamad dari Kelantan.

Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM maka Tn Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM dan seterusnya pada 1990 menubuhkan parti baru Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) di mana akhirnya pada 1999 diubah menjadi Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia.

ref: 

3. Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Malaysian People's Justice Front
AKIM

Diasaskan 16 Februari 1995[1]
Dibubarkan 15 Disember 2010
Ibu pejabat Kota BharuKelantan[2) 
Keahlian 15,000[3]
Warna rasmi Hijau, Kuning, Merah

AKIM dan perkembangannya

AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.[5]

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku presiden parti itu mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[6]

Presiden

  • 1995 - February 1998: Musa Salih
  • 1998 - 1999: Mohd Din Nizam Din (acting)[7]
  • 1999 - 2002: Mohammad Yusoff[8]
  • 2002 - 26 Disember 2009: Hanafi Mamat [9]
  • 26 Disember 2009 - 15 Disember 2010: Zakaria Salleh[10]

ref: 

4. Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik di Malaysia. Parti Amanah diasaskan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu. Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.[1]

Pendaftaran untuk menjadi ahli PAN secara online: 
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

国家诚信党

ڤرتي أمانه نڬارا


Terkini bertapak di pihak Kerajaan Malaysia sejak Khamis 10.Mei.2018. 

Presiden

Setiausaha-Agung

Penasihat Umum

Timbalan Presiden

Naib Presiden

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara

Ketua Pemuda Amanah Negara

Slogan
Amanah, Progresif, Peduli

Diasaskan
16 September 2015

Ibu pejabat
Wisma Amanah Negara, Unit No. 73-1, Tingkat 1, Jalan Seri Utara 1, 
Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala LumpurMalaysia

Akhbar

Sayap belia
Pemuda Amanah Nasional

Sayap Wanita
Angkatan Wanita Amanah Negara

Keahlian
Warganegara Malaysia


(Terkini di pihak Kerajaan Malaysia sejak 10.5.2018) 


Penggabungan nasional

Warna rasmi
    

Tapak web

Lain-lain pautan: 

Sejarah penubuhan

Malaysian Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia)

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik di Malaysia. Parti tersebut mempunyai calon tunggal, iaitu presidennya sendiri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Sungai Besi serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungei Way. Beliau telah kehilangan deposit di kedua-dua buah kerusi pemilihan. Sejak itu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak bertanding di mana-mana Pilihan Raya di Malaysia.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah parti yang tidak aktif sehingga diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru pada 31 Ogos 2015.

Simbol atau logo Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah sebatang cangkul dengan sebuah gerigi gear berlatarbelakang warna hijau gelap.[2]

Pengambilalihan oleh Gerakan Harapan Baru

Gerakan Harapan Baru mengambil alih PPPM selepas cubaan menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Gerakan Harapan Baru telah bersetuju dengan satu-satunya syarat yang diberikan oleh ahli-ahli PPPM yang menghendaki Gerakan tersebut untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).[3][4][5][6][7]

Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menukar nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (AMANAH). Sebaik sahaja AMANAH diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia dengan sekurang-kuranya 35,000 orang penyertaan ahli.[8]

Penjenamaan semula kepada Parti Amanah Negara

Ahli-ahli PPPM telah bersetuju membenarkan pertukaran nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara(AMANAH) dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 8 September 2015, yang turut mempersetujui perubahan logo dan bendera.[9]

AMANAH telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan, sementara ia masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). AMANAH adalah pengambilalihan dan penjenamaan semula Parti Pekerja untuk menjadi sebuah parti politik baru yang diterajui oleh para pemimpin yang telah meninggalkan PAS.[10]

Logo baru dan bendera telah diumumkan pada pelancaran rasminya pada 16 September 2015.[11]

Kepimpinan Amanah Nasional

Nama                                                   Jawatan
Penasihat Umum                       - Ahmad Awang
Timbalan Penasihat Umum        - Abdul Ghani Shamsuddin 
Presiden                                   - Mohamad Sabu
Timbalan Presiden                    - Salahuddin Ayub
Naib Presiden                           - Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Naib Presiden                           - Hasanuddin Mohd Yunus
Naib Presiden                           - Dr. Hassan Baharom
Setiausaha Agung                     - Mohd Anuar Mohd Tahir
Timbalan Setiausaha Agung      - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Setiausaha Agung                    - Mohd Anuar Mohd Tahir
Timbalan Setiausaha Agung     - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Bendahari Kehormat                - Asmuni Awi
Setiausaha Agung Organisasi    - Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda                        - Mohd Sany Hamzan
Ketua Wanita                         - Siti Mariah Mahmud
Ketua Penerangan                  - Khalid Samad
Pengarah Pilihanraya             - Dr. Hatta Ramli
Pengarah Strategi                  - Dr. Dzulkefly Ahmad

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi Amanah Negeri

Negeri             Nama
Kedah - Ismail Salleh
Pulau Pinang - Mujahid Yusof Rawa
Perak - Asmuni Awi
Selangor - Izham Hashim
Pahang - Hamzah Jaafar
WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan - Dr. Hatta Ramli
Negeri Sembilan - Zulkefly Mohamad Omar
Melaka - Adly Zahari
Sabah - Hamzah Abdullah
Sumber:[13]

Ahli Parlimen AMANAH bagi Parlimen Malaysia ke-13
Senarai Ahli Parlimen Malaysia daripada AMANAH. Kesemua mereka merupakan calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum keluar dari parti Islam tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi sesi 2013-2017
Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri daripada AMANAH. Kesemua mereka merupakan bekas calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum melompat keluar dari parti Islam tersebut dan tidak mahu memulangkan kerusi kepada PAS. 

Calon Pilihan Raya Umum 14
Berikut merupakan senarai-senarai calon yang telah diletakkan untuk bertanding bagi mewakili Parti Amanah Negara untuk Pilihan Raya Umum ke 14.

Lihat juga

Pautan Luar

ref: 

Habuan tahniah... Rakyat Terengganu selepas PRUM ke 14 (9.Mei.2018) 

Nota kaki: 
Parti-parti Politik Malaysia Malaysia 

Barisan Nasional

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 
Kongres India Malaysia (MIC) 
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 
Parti Progresif Penduduk (MYPPP) 
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) 
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) 
Parti Bersatu Sabah (PBS) 
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) 
Parti Liberal Demokratik (LDP)

Parti Pro Barisan Nasional

Parti Pekerja Sarawak (SWP) 
Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) 
Parti Rakyat Bersatu (UPP) 
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) 
Parti Bersatu India Malaysia(MIUP) 
Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) 
Parti Punjabi Malaysia (PPM) 
- Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) 
Kongres Ceylonese Malaysia (MCC) 
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) 
- Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (PRGJP) 
Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) 
Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) 
Parti Cina Bersatu Sabah (PCBS)

Pakatan Harapan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 
Parti Amanah Negara (PAN) 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Gagasan Sejahtera

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) 
Parti Cinta Malaysia (PCM)

Parti Politik lain

Parti Sosialis Malaysia (PSM) 
Parti Rakyat Malaysia (PRM) 
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) 
- Parti Generasi Baru (NewGen) 
- Parti Nasional Malaysia (MNP) 
- Parti Nasional Penduduk Malaysia (PNP) 
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) 
Parti Hak Asasi Manusia (HRP) 
Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) 
Parti Alternatif Rakyat(PAP)

Parti Politik Sarawak

Parti Reformasi Negeri (STAR) 
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) 
- Parti Bumi Kenyalang (PBK) 
Parti Rakyat Bersatu (UPP) 
Kongres Dayak Malaysia (MDC)

Parti Politik Sabah

Parti Maju Sabah (SAPP) 
Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) 
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 
Parti Kebangsaan Sabah (PKS) 
- Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (BERSAMA) 
Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN) 
- Parti Bersatu Bugis Sabah (PBBS) 
- Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS) 
Parti Warisan Sabah (WARISAN) 
Parti Cinta Sabah (PCS) 
- Parti Damai Sabah (SPP) 
Barisan Rakyat Sabah (SPF) 
Barisan Borneo Bersatu (UBF) 
Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) 
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO Baru) 
Parti Kebangsaan Sabah (PKS) 
- Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) 
- Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) 
- Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)

Dibubarkan

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) 
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) 
Parti Buruh Malaya (MLP) 
Parti Melayu Semangat 46 (S46) 
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) - Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) - Parti Demokratik Malaysia (MDP) 
Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP) 
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) 
Parti Sosial Demokratik (SDP) 
Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) 
Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) 
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) - Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) 
Konvensyen Solidariti Malaysia (MSC) 
Parti Bumiputera (BUMIPUTERA) 
Parti Demokratik Bersatu (UDP) 
Parti Demokratik India Malaysia (DIMP) 
Parti Demokratik Sabah (PDS) 
Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) 
Parti Machinda(MACHINDA) 
Parti Mahasiswa Negara (PMN) 
Parti Marhaen (MARHAEN) 
Parti Negara Sarawak (PANAS) 
Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK) 
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) 
Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) 
Parti Tindakan Sabah Bersatu (USAP) 
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) - Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK) 
United Sabah Assembly Party (PUSAKA)

Parti Politik Pra-Kemerdekaan

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 
- Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 
- Parti Komunis Malaya (PKM) 
- Parti Negara (NATIONAL) 
- Parti Radikal Malaya (RADICAL) 
- Pemuda Radikal Melayu (PERAM) 
- Parti Kebangsaan Perak (PNP) 
- Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

ref: 
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

.............................. 

Tiada ulasan: