Jumaat, 18 Mei 2018

Kampung Makasar, Pekan, Pahang, Malaysia. 7669.

Thursday, May 20, 2010

Keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang



Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, Tun Haji Abdul Razak bin YDH Dato' Hussein mengiringi KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar menghadiri Majlis Mesyuarat Negeri Pahang pada 2 Februari 1955


Baru-baru ini saya bertemu dengan sebuah blog yang sangat bermanfaat kepada peminat sejarah Pahang iaitu : http://bendaharazamineran.blogspot.com/

Blog ini dikelolakan oleh anakanda kepada Y.A.M Almarhumah Tengku Dato' Putri Kamariah binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah iaitu YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.


Seperkara yang menarik yang ingin saya kongsikan hasil dari kajian blog tersebut, terdapatnya susunan susur galur salasilah keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib seperti berikut :


1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak


2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein
3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib (gambar atas)

4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak


5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain


6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin


7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman


8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk


*Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).


Salasilah Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib Berketurunan Bugis

Menurut YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail, keturunan Bugis Dato' Sri Haji Mohd. Najib adalah dari Che Embong yang berkahwin dengan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, YDH Jahidin @ Chalidin. Che Embong binti Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2, YDH Jenal yang berkahwin dengan Che Mas binti Tok Pondek bin Tok Pongkeng bin Tok Tuan @ Karaeng Aji @ Karaeng Agang Jene Mohammad Nasiruddin bin La Pattau Arumpone Bone bin Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakung Raja Gowa 19 bin I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Jika merujuk pula kepada buku tulisan Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, dinyatakan pula bahawa Dato' Hussein (ayahanda Tun Abdul Razak) berasal dari keturunan To' Tuan, seorang bangsawan Bugis yang datang ke Pahang pada tahun 1772 dan berkahwin dengan seorang gadis Pahang. To' Tuan menetap di Pahang dengan membuka perusahaan tenun sutera.


rujuk:

http://pancapersada.blogspot.com/2009/09/sejarah-tenunan-sutera-pahang.html 
Cicit perempuan To' Tuan iaitu To' Mas telah berkahwin dengan To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2) iaitu anak kepada To' Tondek (hlm. 5). Bonda kepada Tun Abdul Razak pula iaitu Teh Fatimah binti Daud (gambar sebelah) merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17 (rujuk lawatan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak ke Ujung Pandang, Sulawesi pada 2 Mei 1972).

Selain itu, disebut juga susur galur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib dari keturunan bangsawan Johor – Bugis yang berhijrah ke Pahang dalam kurun ke-18. Justeru tidak hairanlah tatkala Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak belayar menggunakan K.D Hang Tuah ke Sulawesi pada tahun 1972, beliau telah disambut sebagai wira. 

Ketika itu beliau telah dianugerahkan gelaran bangsawan Bugis, La Tatta Ambralla Daeng Manesa (Perkasa, Pahlawan, Tetap Sekali, Teguh Pendirian dan Laksamana), dipakaikan songkok kehormatan tertinggi Bugis, disisipkan keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun dan dihadiahkan sebuah kapal layar Bugis (penisi) dengan kemampuan muatan 70 tan (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 56).
 Barisan hulubalang Bugis menyambut Abdul Razak 
sebagai kepulangan anak Bugis dari pelayaran yang penuh kejayaan
Gabenor Sulawesi Selatan, Ahmad Chamil keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun 
bersempena pengurniaan gelaran La Tatta Ambarala Daeng Manesa

ref: 

Pancapersada: Keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang

TUESDAY, SEPTEMBER 29, 2009

Sejarah Tenunan DiRaja Pahang


Apabila Belanda menyerang dan menawan pelabuhan Makassar di Sulawesi pada tahun 1669, ramai kalangan orang Bugis meninggalkan tanah tumpah mereka lalu merantau dan meneroka penghidupan baru di kepulauan Riau, Sumatera, Borneo, hingga sampai ke Semenanjung Tanah Melayu. 

Di samping membawa bersama sanak keluarga, orang Bugis yang terkenal gagah berani turut mengelek adat resam, susur galur salasilah serta pengaruh ekonomi. 

Dalam pelayaran menyusuri pantai dan Laut Cina Selatan dengan menggunakan perahu layar dan kapal pedagang, akhirnya sampailah orang-orang Bugis itu ke bumi Pahang yang lebih dikenali sebagai negeri Inderapura. Penghijrahan orang-orang Bugis ke Pahang menerapkan sedikit sebanyak pengaruh kesenian dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Salah satu percikan seni budaya Bugis yang diterima dengan senang hati oleh rakyat pribumi ialah satu unsur dalam rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis kain tenunan diperbuat dan bahan benang sutera asli.
Adalah bukti sahih bahawa di abad ke-16 Masehi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat seorang pembesar bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai pelopor reka corak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. 

Keraing Aji seperti mana yang disebut-sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dan bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan Riau. 

Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, diceriterakan mempunyai pengetahuan dalam bidang menenun sutera. Oleh yang demikian maka ramai wanita khasnya surirumah berhasrat mempelajari cara-cara membuat kain Tenun daripada beliau. 

Bertempat di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya 'mengubung', 'menerau' dan 'menorak' serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.

Memperkukuhkan bukti sejarah asal usul Tenun Pahang dimasyhurkan oleh orang Bugis, seorang penulis Inggeris Dr. W. Linehen mencatatkan bahawa:

"Tuk Tuan (Keraing Aji) seorang pembesar Bugis telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah yang memperkenalkan kain tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya bagi penduduk di daerah Pekan".

Kepandaian Tuk Tuan (Keraing Aji) dalam bidang menenun serta menzahirkan reka corak baru menyebabkan beliau dikagumi oleh masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaatkan usianya dengan memberi tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan rekaan fabrik halus permai sehinggalah hayatnya dijemput Azali, kembali ke Rahmatullah. 

Jasad Tuk Tuan disemadikan di perkuburan Islam Kampung Mengkasar, Pekan. Kembalinya Tuk Tuan ke Rahmatullah tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun dan menzahirkan reka corak lebih gemilang. 

Bahkan di dalam kebanyakan rumah melayu di daerah Pekan terdapat peralatan kayu 'Kek' yang dimanfaatkan oleh suri rumah dan gadis-gadis pada waktu terluang menenun bahan pakaian untuk keluarga dan juga dijual sebagal sumber rezeki.

Kewujudan fabrik tenunan asli di Pahang khususnya dan di Semenanjung Tanah Melayu umumnya diperkuatkan lagi oleh T.J. Newbold dalam bukunya yang menyatakan: 

"Bahawa ada seorang berbangsa lnggeris bernama Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah rosak akibat air hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah RM305."

Adanya catatan sedemikian oleh kedua-dua penulis lnggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang Melayu sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyal nilai tersendiri. 

Secara tak langsung lnggeris yang pada masa itu cukup berpengaruh dalam pentadbiran Semenanjung Tanah Melayu turut berperanan memajukan perusahaan menenun sutera menjadi suatu industri yang lebih menguntungkan rakyat setempat.

Bibliografi
W. Linehen, (1932) The History of Pahang dlm JMBRAS, vol. LXV III., part 1
Political and Statistical Account of The British Empire in The Straits of Malacca, London : John Murray.
Newbold, T.J., (1839).

MASA DEPAN TENUN PAHANG

Tenun Pahang telah menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak 2 Abad yang lalu. Diperkenalkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960 dengan tertubuhnya Pusat Tenun Pahang yang pertama di Pulau Keladi, Pekan.

Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang DiRaja bagi memastikan Kain Tenun Pahang DiRaja. sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang.

Beberapa usaha telah disusun oleh PKNP bagi mengembangkan perusahaan ini. Antaranya tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan:
  1. Mendapat khidmat dari Fakulti Art & Design dari UITM pada awal operasi.
  2. Kepakaran daripada SIRIM bagi mewujudkan mesin tenun semi auto untuk mempertingkatkan pengeluaran.
  3. Kajian oleh PKKM bagi membentuk standard Kain Tenunan Malaysia
Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg.Soi Kuantan dibina pada tahun 2000 bagi menyokong aktiviti pengeluaran, latihan & kegiatan R&D. Penekanan kepada kualiti, kuantiti dan kepelbagaian produk. Awal operasi hanya menempatkan seramai 6 orang peserta dan sehingga kini terdapat seramai 28 peserta dan 2 orang penyelia.
Aktiviti Pusat tersebut adalah terdiri:
  1. Latihan tenunan (6 – 24 bulan)
  2. R&D Pewarnaan Asli
  3. Pengeluaran Produk Tenun Pahang
  4. Proses pewarnaan benang hingga sedia ditenun.
Peserta adalah terdiri dari penduduk sekitar spt Kg. Pantai Sepat, Kempadang, Anak Air, Soi dan Peramu. Terdapat seramai 10 orang penenun mahir, 10 orang dikatagorikan sebagai penenun separuh mahir dan tidak mahir serta 8 orang peserta bagi proses penyediaan benang hingga ke papan gulung.

Anggaran pengeluaran setahun Kain Tenun Pahang DiRaja adalah sebanyak 3000 meter.

Perancangan Masa Depan


  1. Pembinaan bangunan tambahan bersambungan dengan Pusat Pengembangan Tenun sediada bagi menampung kapasiti pengeluaran yang semakin meningkat serta lanjutan kepada Pelancaran Tenun Pahang DiRaja pada 8 Mei 2006.
  2. Menempatkan ruang R&D, pejabat, showroom dan jahitan. Dianggarkan berjumlah RM1 juta.
  3. Menempatkan sebanyak 60 unit 'Kek Tenun' dan peralatan yang terlibat spt mesin spinning, menggulung, mewarna.
Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Kg. Soi, Kuantan (Pusat Pengeluaran). Pusat ini terletak di Pusat Pertumbuhan Desa Kg. Soi, Kuantan. Kedudukannya 12 km dari Bandar Kuantan


Mula beroperasi Tahun 2000. Di sini ada menjual kain sutera dengan harga antara RM30 hingga RM1200 bergantung pada jenis produk yang ditawarkan. 

Turut menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi:-

Pusat Pengembangan Tenun Pahang
Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1,
25150 Kuantan.
HP : 013-9863068 (Pn. Zila Md Saud)
Galeri Tenun Pahang (Pusat Jualan dan Promosi)
Produk-produknya
Terletak di Kompleks Teruntum, Kuantan
GALERI TENUN PAHANG
Lot 1-47 , Kompleks Teruntum, 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5562344
Fax : 09-5158746
Isnin hingga Jumaat (10.00 am - 6.00 pm)
Sabtu (10.00 am - 5.00 pm)

ref: 
Pancapersada: Sejarah Tenunan DiRaja Pahang



....

Tiada ulasan: