Ahad, 13 Mei 2018

Kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam. 7600.



Halaman Disukai · 31 min 

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu KEADILAN kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Saya telah juga sampaikan pandangan saya kepada pimpinan KEADILAN untuk memastikan Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita.

Anwar Ibrahim
13 Mei 2018

Tiada ulasan: