Jumaat, 18 Mei 2018

Lengit (kalah teruk) dan ketengi (tak tahu malu) akhirnya jadi pembangkang. 7661.

Jadilah pembangkang berwibawa, kata seorang bekas pemimpin kerajaan umno bn yang terpalit kliptokrat terbesar di dunia dan unsur rasuah yang memburukkan nama Negaraku Malaysia, serta salah guna kuasa dan salah tadbir negara. 

Takdir Allah tidak dapat disanggah oleh tadbir. Tadbir 17000 kaki tangan lantikan politik gagal kaburi mata rakyat Malaysia. umno bn disahkan kalah teruk. 

Semuanya dengan izin dan kehendah Allah Subhanahuwatalla jua. 

Aamiin. 

Ikuti · 20 jam 
Aku tak sokong Najib tapi aku sayang Umno dan Bn .. wahai PHitnah apa korang nak kata dgn statement ini ? 

Ben Adam Wow... punya lah dahsyat...

Bermodalkan hanya sejuta... mampu meraih aset 51.41 billion.


Aset= equity - liabilities.

Bill gates pon tak mampu buat. 


Ben Adam Wow... punya lah dahsyat...

Bermodalkan hanya sejuta... mampu meraih aset 51.41 billion.


Aset= equity - liabilities.

Bill gates pon tak mampu buat.

To Wan .. modal sejuta dapat asset 50+ billion.. 

Mat Din ..gaji RM3000 sebulan tapi boleh beli rumah RM350,000 sekali bayar...

Ahmad Suhaimi Maddo menurut laporan dari DOJ Amerika yang kini sedang di kaji untuk di sahkan oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan & SPRM, jumlah wang rakyat malaysia yang di curi dari 1MDB oleh Dato Sri Najib Razak adalah sebanyak RM 17.55 Bilion atau 17 ribu lori 1 tan bawak duit RM 1 juta!

Ni Geng umno bn jawab sama macam model jawapan pas, comel Islamnya Alhamdulillah. Orang beriman. Hasilan kerja 17K lantikan politik umno bn ...agaknya. 
Nie PH jawab...  baiklah dah buang 17K kaki tangan lantikan politik umno bn termasuklah cybertroopers, JASA dan lain-lain ...Bukan sikit duit rakyat habis bayar gaji dorang, yang diguna untuk jaga dan sucikan DSN. 









Muhammad Al Mahdi sebelum kalah 
mereka dah siap2 padam

Joe Klu benar duit 1MDB x hilang mengapa x berani bentang dlm Parlimen...dan bila Pembangkang ketika itu bertanya 1MDB kena gantung smpi berberapa bulan tidak dibenarkan hadir Parlimen ....sudah lah Ramesh cukup2 lah nk jadi pembodek pun



ref: 


Halaman Disukai · 13 jam 
Tahniah kepada seluruh anggota kabinet Sabah! Selamat menjalankan amanah rakyat!
roketkini.com
BERITA
DAP kecam pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Israel
Pada 17 Mei 2018
oleh RoketKini
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengecam sekeras-kerasnya keganasan terbaru menjelang Ramadan melibatkan kematian 60 rakyat Palestin oleh tentera rejim Israel di Gaza.
“DAP menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan kebebasan,” katanya dalam kenyataan.
Tindakan ganas regim Israel itu dilakukan akibat demonstrasi rakyat Palestin sepanjang sempadan Gaza-Israel ekoran keputusan Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan besar dari Tel Aviv ke kota suci Baitulmuqaddis (Jerusalem).
Keganasan itu telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi sejak tahun 2014 pada masa yang sama telah mengakibatkan 2,771 orang lain tercedera dengan 116 orang dalam keadaan kritikal.
“Pembunuhan 60 rakyat Palestin tidak bersenjata di jalur Gaza oleh rejim Israel hanya membuktikan sekali lagi Israel adalah pengganas yang tidak berperikemanusiaan.
“Itulah sebabnya Israel tidak ada kawan sebenarnya di dunia kerana tidak ada sesiapa nak bersama dengan pengganas,” katanya dalam kenyataan.
Guan Eng menegaskan, apa jua alasan yang diberikan tindakan tentera Israel menggunakan senjata api ke atas orang awam yang hanya mampu membalas dengan membaling batu adalah terkutuk dan tidak boleh diterima sama sekali.
“Apa salahnya untuk mengadakan demonstrasi secara aman untuk menentang keputusan Amerika Syarikat dan Israel sehingga dibunuh dengan begitu zalim sekali?” soal Ahli Parlimen Bagan itu.
“Tiada seorang pun rakyat Israel yang cedera. Kehilangan nyawa rakyat Palestin begitu ramai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan Ramadan yang suci ini.
Ketegangan terbaru ini katanya menjejaskan usaha untuk mencapai penyelesaian dua negara (two-state solution) serta hak rakyat Palestin untuk mewujudkan ibu kota yang dimiliki bersama di Baitulmuqaddis. – Roketkini.com
“DAP menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan kebebasan,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengecam sekeras-kerasnya keganasan terbaru menjelang Ramadan melibatkan kematian 60 rakyat…
ROKETKINI.COM
ref: 
DAP kecam pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Israel | roketkini.com
Halaman Disukai · 38 min 
Will appear on CNNi Christiane Amanpour tonight. 2:00 AM KL time.





Sidang Media yang akan dipengerusikan oleh YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


-31:35

426,595 Paparan
Dr. Mahathir bin Mohamad telah bersiaran langsung.Ikuti
10 jam
SIDANG MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN (17/05/2018)
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155611062278652/?hc_ref=ARRI8QEO4EiBNrkd7IzIpvrK52WovxOdROcoqQ6MsJV8R6lZMRIxVgN_rvA86bVXf80

18 May 2018
UMNO dimakan sumpah... 

Segalanya berlaku dengan sangat pantas. Tidak pernah kita terbayang bagaimana sebuah ‘rejim tua’ yang digeruni, mewah dan sombong hilang kuasa sekelip mata – secara aman – tanpa huru-hara – hanya dalam tempoh kurang 24 jam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keadaan ini mungkin tidak pernah kita jangka. Ya. Rakyat Malaysia sudah pasti menanam harapan agar negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang adil, demokratik dan berintegriti. Tetapi untuk melihat regim tertua itu tersungkur sedemikian rupa amatlah diluar jangkauan.

Mungkin ramai menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus menang walaupun dengan majoriti mudah namun jarang-jarang orang menduga BN tumbang penuh memalukan apabila ramai ayam-ayam sabung mereka bertaraf menteri dan pimpinan tertinggi terkorban.

Keramat suara rakyat – mungkin ini paling sesuai menggambarkan betapa berkuasanya setiap pangkah rakyat Malaysia pada kertas undi sehingga terkuburnya sang pemerintah sejak berdekad-dekad lalu sejak negara mencapai merdeka pada 1957.

Ini adalah referendum rakyat. Ini adalah bukti bahawa rakyat telah jenuh dan muak dengan segala propaganda UMNO-BN yang menjaja ketakutan yang berselindung disebalik slogan agama, bangsa dan tanah, pada masa yang sama tangan-tangan itu yang galak mencuri harta negara. UMNO akhirnya dimakan sumpah!

Soalnya sekarang, apa selepas ini? Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengemudi Malaysia baru pasca PRU14? Sudah tentu, rakyat menunggu dengan penuh keterujaan dan harapan menggunung pelaksanaan segala janji dalam manifesto – demi sebuah Malaysia yang lebih adil, demokratik dan bermaruah.

Tidak sampai tujuh hari memegang tampuk kuasa, kerajaan Pakatan Harapan tidak berlengah dibuai kemenangan. Satu demi satu langkah diambil untuk menstabilkan kerajaan sekaligus melaksanakan beberapa tindakan drastik mengukuhkan kembali ekonomi negara yang tempang dikemudi kerajaan lalu – termasuk menamatkan ‘drama’ lompat-melompat pembentukan beberapa kerajaan negeri sebelum ini.

Sebaik mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri ke tujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melaksanakan langkah drastik memulihkan semula kedudukan politik dan ekonomi negara.

Ini termasuk meneruskan usaha menyelamatkan puluhan billion ringgit akibat ‘disonglap’ pasukan Najib Razak sehingga nama negara turut tercemar di seluruh deunia dengan panggilan ‘kerajaan kleptokrasi’.

Demi memastikan wujudnya ketulusan awam siasatan penyelewengan 1MDB, kerajaan juga telah menggugurkan status sulit laporan pengauditan 1MDB yang digunakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) dan sudah boleh diakses oleh rakyat.

Usaha ini tidak terhenti disitu, kerajaan turut menjalankan ‘serbuan’ di kediaman peribadi bekas Presiden UMNO Najib Razak untuk mencari sebarang dokumen dan barang bukti melibatkan penyelewengan.

Bagai kiambang kembali bertaut, itu dapat kita lihat apabila Tun Mahathir mempercepatkan usaha pembebasan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah merengkok tiga tahun dalam penjara akibat fitnah – pembebasan beliau pada 16 Mei 2018 seharis sebelum umat Islam negara ini menunaikan ibadah puasa Ramadan mengembalikan segala ingatan kita kepada era kegemilangan Malaysia sebagai harimau asia.

Mesti tidak diberi sebarang jawatan rasmi kerajaan, gandingan Mahathir-Anwar dilihat akan memberi kesan yang lebih positif dalam pembinaan semula negara.

Satu demi satu pelaksanaan dasar merakyatkan ekonomi diumumkan. Hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diwarnai dengan pengumuman Tun Mahathir yang mahu supaya cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dikutip.

Sejajar pengumuman tersebut, kementerian kewangan pada hari yang sama telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa berkuatkuasa 1 Jun 2018, cukai GST yang dikenakan pada kadar 6% akan dikurangkan pada kadar 0%.

Walau apa pun ‘drama’ atau ‘kekecohan’ yang mungkin atau telah berlaku sepanjang minggu-minggu awal pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan. Rakyat tetap menaruh kepercayaan bahawa segala langkah yang diambil haruslah memberi tumpuan untuk meringankan beban kos sara hidup dan pemulihan poket mereka.

Yang penting, rakyat menuntut keadilan agar setiap sen duit yang disonglap pemimpin UMNO-BN dapat dipulangkan kepada kantung negara.

Kepada pemimpin kaki songlap, ke mana lagi anda boleh lari? – Roketkini.com

ref: 
tumpang sekole...?: UMNO dimakan sumpah...

Ramai yang Melihat KLCC Bangunan yg Cantik dan hebat...Tp ramai yg tidak tahu bagaimana ia dibina....tower yg dibina berdasarkan bentuk geometry Islam ini telah membuat Malaysia dikenali serata dunia...

credit to int_13h
YOUTUBE.COM




Tiada ulasan: