Sabtu, 19 Mei 2018

Merungut. 7688.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 


Sama-sama berdoa supaya Allah Subhanahuwatalla merahmati kita semua. Allah murahkan rezeki kita dan famili. Allah tarik rezeki yang kita ada, untuk kita jadi lebih baik sebagai hamba Nya. In Syaa Allah Allah gantikan rezeki yang melimpah ruah berkat usaha, doa, sabar, tawakkal, menerima takdir dan ketentuan Allah dengan redha. In Syaa Allah. Aamiin. 
Ayat-ayat penyelesaian menghadapi kehidupan. 
Hidup jangan banyak sangat merungut, komplen itu ini. Macam kita sorang je ada masaalah. Orang yang redha dengan ujian Allah...takkan banyak bunyi. Kata nak hidup dalam redha Allah...tapi kenapa banyak MERUNGUT..???
Orang yang hidupnya dekat dengan Allah, dia TAKKAN MENGELUH dan MERUNGUT. Dia akan sentiasa REDHA dan BERBESAR HATI menyambut setiap ujian Allah untuk dirinya. 
Shanty Okta menyiarkan video pada garis masanya.
lebih kurang 3 bulan yang lalu
Tuesday, December 17, 2013

Kuat Merungut dan Mengeluh Bukan cara Orang Islam

Tak takut ke kalau mulut hanya asyik tahu merungut.. mengeluh... menyalahkan orang lain atas kesempitan diri sendiri? 

Bukankah Allah dah kata jika kita bersyukur dan bertakwa Allah akan tambahkan rezki kita..

Kalau dah tak yakin maka kita semakin kurang iman.. Tidak mustahil jika iman tidak dijaga lambat laun ia akan hilang jua.. Manusia yang mati tanpa iman sebesar zarrah maka diharamkan syurga baginya..

Manusia semakin jauh dari agama.. Nilai yang di ajar dalam agama dah menjadi terlalu asing bagi diri mereka..

Adalah sangat penting bagi kita orang Islam untuk menjaga perkataan yang keluar dari mulut kita kerana ia sangat memberi kesan kepada hati.. Hati menjadi tempat letaknya pandangan Allah maka peliharalah hati kita dari kerosakkan  kata-kata sendiri..

Hūd:9 - Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
At-Taghābun:11 - Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Aţ-Ţalāq:7 - Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Al-Baqarah:177 - Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

ref: 
Kisah orang penjawat awam lantikan politik. 
45 min  MERUNGUT APA LAGI KAN HARGA BARANG SEDANG TURUN. SEMALAM SAYA BELI 3BIJI TOMATO DI PASAR CHOKIT MURAH SAJA RM2.00 JER. 

ref: 
PAKATAN HARAPAN® (KERAJAAN MALAYSIA)

Saturday, 19 May 2018
DUA PERTUDUHAN BAKAL MENANTI, SELASA INI AKAN MENJADI SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB

Walaupun kita sedia maklum bahawa siasatan pihak polis terhadap Najib Razak adalah berkaitan skandal 1MDB, tetapi penemuan sejumlah wang tunai yang agak banyak, barang kemas dan ratusan beg tangan mewah, tentu saja mengejutkan umat Islam yang baru tiga hari menjalani ibadah puasa.

Kekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita semua. Jika tidak, hari ini kita akan terus disajikan dengan keangkuhan, keegoaan, kepura-puraan dan gaya ucapan Najib yang memual serta menjengkelkan, terutama dalam menyindir dan mempersenda Tun Mahathir Mohamad.

Di sebuah kondo mewah di ibu negara, sejumlah 72 beg yang mengandungi sejumlah wang tunai dan barangan berharga telah diangkut oleh polis malam semalam.

Itu baru penemuan di sebuah kondo dan menurut apa yang disebut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh, keseluruhan tempat yang disasarkan untuk pemeriksaan adalah enam kediaman.

Sebuah peti besi lama yang kononnya sudah hilang kuncinya dan tidak pernah diusik sejak 20 tahun lalu, sudah pun berjaya dibuka melalui kepakaran tukang kunci dan di dalamnya ditemui lagi sejumlah wang serta beberapa dokumen peribadi.

Difahamkan, di Seri Perdana yang pernah didiami Najib dan Rosmah ketika menjadi Perdana Menteri, terdapat 8 peti besi ditemui serta belum diketahui apa isinya.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Cina, penemuan di kondo di ibukota malam semalam itu saja adalah melibatkan wang tunai lebih RM100 juta serta emas seberat 100 kilogram. Bagaimanapun dakwaan itu enggan disahkan lagi oleh pihak polis dengan menyifatkannya sebagai pramatang dan terlalu awal untuk berbuat demikian.

Jika setelah selesai semua serbuan dan penggeledahan ke atas keenam-enam premis sebagaimana yang disebut polis sebelum ini, berapakah agaknya jumlah wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang akan ditemui?

Dalam hal ini, barangkali ada benarnya seperti yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim, nilai rampasan  harta yang dikaitkan dengan Najib mungkin mengatasi aset Marcos, bekas diktator Filipina yang digulingkan pada 1986 dahulu.

Sementara penyiasatan berkaitan semua yang ditemui itu mahu disahkan kaitannya dengan skandal 1MDB, penemuan wang tunai yang banyak itu tentu saja bakal "menjerut leher"  Najib di bawah kesalahan akta penggubahan wang haram.

Untuk apa beliau menyimpan sejumlah tunai yang banyak di kediamannya?

Daripada mana dan untuk apakah wang tersebut dikumpulkan?

Bolehkah Najib menjelaskan daripada mana beliau memperolehi semua wang tersebut?

Dengan itu, untuk waktu yang singkat ini, Najib sebenarnya sudah pun boleh didakwa di bawah kesalahan akta penggubahan wang haram.

Serentak dengan itu, hari Selasa ini juga Najib telah diarahkan untuk hadir ke pejabat SPRM untuk diambil keterangannya berhubung siasatan terhadap SRC International, anak syarikat 1MDB.

Hari Selasa yang sepatutnya Najib mengambil tindakan saman terhadap WSJ nampaknya akan bertukar menjadi Selasa yang malang buatnya.

Dalam kes SRC International, Najib mengakui ada menerima wang RM42 juta selepas syarikat itu memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, tetapi mengatakan beliau tidak mengetahui ia berpunca daripada SRC kerana menyangka semua wang yang diiterimanya melalui akaun peribadi Ambank adalah datangnya daripada derma kerabat Diraja Arab Saudi.

Tidak mustahil, selepas keterangannya diambil Selasa ini, Najib akan terus ditahan reman selama beberapa hari sebagaimana hal yang sama pernah berlaku kepada Isa Samad dan Shafie Apdal sebelum ini.

Maka itu, untuk waktu terdekat ini, Najib paling mungkin akan berdepan dua pertuduhan iaitu berkaitan penggubahan wang haram dan penglibatan dalam rasuah.

Selepas itu, jika penyiasatan berhubung skandal 1MDB menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dan diselaraskan dengan bukti serta tindakan yang telah diambil di Singapura dan Switzerland terutamanya, lebih banyak pertuduhan lagi pasti akan menyusul terhadap Najib. (ShahbudinHusin 19/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: DUA PERTUDUHAN BAKAL MENANTI, SELASA INI AKAN MENJADI SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB
Sebahagian komen dari posting di atas... (BAKAL MENANTI)
TUN MAIN LANGGAR SAJA.......dia buat dahhh.....

Tun telah melanggar perjanjian atau persepakatan Pakatan Harapan sebanyak dua kali:

Pertama:

Beliau melantik tiga menteri tanpa perbincangan dengan empat orang pemimpin utama Harapan. Ramai pemimpin PKR naik marah, ramai yang protes terutamanya Rafizi yang bijak. Bagus dan terima kasih..........Beliau kemudiannya berjumpa DS Anwar DAN BERBINCANG.......selesai masalah...

Kedua:

Beliau melantik dirinya sebagai MENTERI PELAJARAN. Katanya nak jadi PM untuk dua atau tiga tahun saja, mengapa pula nak jadi Menteri Pelajaran pulak...pelik kan? PM mana boleh pegang lain-lain jawatan.......dah janji dah.......tak aci la macam ni.....

Ramai marah dan protes.....bagus........ Kemudiannya beliau menarik balik keputusan tersebut. Dr Maszlee kemudiannya dilantik....

Ramai yang melompat dengan dua keputusan tersebut. Tun dah mula menjadi diktator, tak hiraukan persepakatan......apa dah jadi dengan Tun.......orang tua ni buat dah......

NASIB BAIK RAMAI YANG BISING-BISING TERUTAMANYA PEMIMPIN PKR....BAGUS BAGUS DAN BAGUS PEMIMPIN PKR NI, MEREKA TAHU SALAH LAKU TELAH DILAKUKAN OLEH TUN. TAK BOLEH MAIN LANGGAR-LANGGAR SAJA..........

BAGUSSSSSSS.............ALHAMDULILLAH.........

Hey SHAYANG KU lagi anda marah "EMANG LAGI SYANTIK..TIK..TIK.." ......"LAGI SYANTIKKKKK"

TERIMA KASIHHHHHHHH ya.........

KAH KAH KAHHHH.......APA maksud TERSIRAT.........APA MESEJ beliau....

Faham betul-betul mengapa Tun bertindak demikian.....

Sekiranya nanti beliau melepaskan kuasa, maka penggantinya tahu apa yang boleh dan tak boleh di buat DAN pemimpin PKR juga tahu apa perlu mereka buat sekiranya ia berlaku iaitu:

Pertama:

Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Majlis Presiden.

Kedua:

Perdana Menteri tidak boleh pegang lain-lain jawatan.

dan sekiranya penggantinya menyalahgunakan kuasa maka apa yang perlu PEMIMPIN-PEMIMPIN INI LAKUKAN?????????

.....marah dan protes protes protes............jangan lupa jerit "REFORMASIIIIIIIIII........" kuat-kuat....

Jadi, dah tahu apa kena buat kannnn......

Ramai dah kena main nampaknya, DS Anwar juga terkena........kesiannnnnnn!!!!!!!

DIBAWAH PEMERINTAHAN TUN......JANGAN CEPAT MELATAH......
--------------------------------
Maaf,

iNGAT LAGI SAMA mBAH dUKUN?????....masakan udah lupaaa........

Mbah mau tanya nii.......DUTA kamu udah dipanggil pulang ya.......

Rosmah dengarnya dulu suka pakei tas tangan BIRKIN, sekarang dengarnya cuma pakei BIrKINI....

Kita dangdut dulu ya......jangan pusing pusing....kita puter aja.......

GOYANG DUA JARI - Sandrina

........three..four....

ayo kita happy happy
kita goyang dua jari
kanan kiri kanan kiri
puter puter jari

ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi

ayo kita goyang dua jari
biar kita happy
goyang sampai pagi......
DS Anwar sepatutnya mendapat pengampunan dan bebas pada hari Selasa tetapi ditangguh pada hari Rabu.......

Ini petikan dari Malaysiakini:

Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu ini berbeza dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan mesyuarat itu berlangsung esok.

Ini petikan dari FMT:

Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.

Kenapa ya.......

Faham tak apa sebabnya.....fikir-fikirkanlah.....
Kekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita semua. Jika tidak, hari ini kita akan terus disajikan dengan keangkuhan, keegoaan, kepura-puraan dan gaya ucapan Najib yang memual serta menjengkelkan, terutama dalam menyindir dan mempersenda Tun Mahathir Mohamad.
Korang tak boleh melenting saja nak marah Tun, mengata dia tak runding dengan Presidential Council dengan tak beri fakta atau selidek dulu, fikirkan apa sebab, umpama nya, Tun mahu pegang jawatan Menteri Pelajaran itu.

Anwar dan Lim Kit Siang dah kata tarak masalah jika Tun nak buat begitu. Pahal pun, Tun ambil kira teguran di manifesto PH dan dia tak jadi buat begitu.

Pasal jawatan 3 Menteri itu, kamu tahu apa yang di bincang depa di mesyuarat sebalom Tun umumkan lantikan 3 Menteri itu? Bukan kah depa bincang lantikan Menteri?

Tun ada kata bahawa Mat Sabu yang parti nya paling kecil jumlah kerusi Parlimen pun mahukan sama jumlah jawatan menteri. Kalau di bincang, tak akan habis habis,

Di nana mana pun, PM ada kata pemutus. Bila dah dengar pendapat semua pihak di Mesyuarat itu, dia buat keputusan lah. Mengarut lah sesiapa mahukan dia jadi posman saja.
i don't trust the brader nuar. he is good at main wayang and no one better than him.

hypocrite and definitely a self adulation guy. he behaves that the pm post is his and him alone. this is a polluted thought that he has been keeping in him all the while. he beliefs that he is a godsend to take up the pm post.

God save us all.
Dengan dakwaan dan bukti yg diperolehi nanti........rakyat akan bukak mata dengan lebih luas kepada kerosakan dan kemusnahan yg dibawa oleh BN

Dulu2........awal2 lagi Tun M dan rakyat Msia dah bagi "signal" pada UMNO dan BN tentang kerosakan, penyelewengan yg dah mula nampak.

Tun M bagi pendapat supaya PM dulu diturunkan.........tapi keselurohan orang BN menyanggah, membantah..............malah mereka dengan SOMBONG dan BONGKAK menegakkan benang basah.

SIGNAL yg dibagi Tun M dan rakyat Msia tidak diendahkan dan diperdulikan.............lebih terok lagi dia orang tambah dengan macam2 tohmah dan penghinaan kepada Tun M.

Akhirnya sekarang..........dari kepalanya hinggalah ke ekor2 mereka jatoh terrrgolekkk bersama-sama di depan mata rakyat.

Kita masih ingat dan tak mungkin lupa dengan penghinaan "MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY" yg konon guna platform Melayu.
Anak dibinkan kepada datok.......mana letak akal yeoooppp...???

Sekarang........dimana kedudukan orang yg menghina Tun M tu dulu......???
Kan ke dah ditolak oleh majoriti rakyat Msia...???

Tak ketinggalan segelintir rakyat Msia yg jadi mangsa ditangkap dan didakwa kerana berani bukak mulot mempersoalkan money laundering 1MDB dalam FB, You Tube, Instagram dll.

Ada jugaaaakkk yg jadi mangsa tangkapan sebab jatohkan belon kuning........berani bagi kritikan pedaaassss......lukis kartun dan berbagai-bagai cara aniaya yg dikenakan atas rakyat.

Tak cukop itu......blog2 pon banyak diblock.......media2 dikekang.
Ketika itu Msia umpama German yg duduk di bawah DIKTATOR HITLER.

Mentang2 kuasa ditangan........segala macam akta dan undang2 diguna untuk kekang rakyat supaya takot dan tunduk kepada kerajaan yg lepas..........sehingga menimbulkan KEBENCIAN dan menjadi meluat di mata rakyat marhaen.

Kuasa bukan diguna untuk mencari KEBENARAN...........tapi diguna untuk melindungi KEROSAKAN......PENYELEWENGAN dan PECAH AMANAH yg berlaku.

Ini macam rakyat nak percaya...??

SIGNAL sudah dibagi kepada mereka...........tapi mereka reka DUNIA FANTASI mereka sendiri yg mereka akan menang PRU14 dengan bergaya.

Daaahhh jatoh baru terngadah......udaaahhh terrrlaambat yeoooppp.......buatlah kaji selidik apa pon rakyat udah tak caya lagi dah.

TO ALL PAKATANS.......dari yg di bawah hinggalah yg di atas..........perlu diambik IKTIBAR akan sikap SOMBONG dan BONGKAK kerajaan yg dulu.

Jangan TANAMKAN KEBENCIAN dalam hati rakyat Msia.........kerana ia hanya akan merebak jadi BARAH dan akan menerbitkan TSUNAMI RAKYAT.

ALL PAKATANS.............tolong jalankan tanggungjawab dengan RENDAH DIRI dan RENDAH HATI TANPA SOMBONG dan BONGKAK kepada BOSS anda yakni RAKYAT MSIA.

Tak sia2 yeoooppp........Allah menjanjikan KEJAYAAN kepada orang yg adil dan berendah diri.

JAGA langkah para ISTERI anda.......jangan umpama suami baru jadi sarjan tapi isteri dah naik tocang jadi Jenderal..........ambik iktibar yeoooppp.....lelaki boleh jatoh kerana PEREMPUAN.
Ini SATU IKTIBAR....!!

5 tahun bukan masa yg panjang yeeeooppp........rakyat akan mengadili kamu...!!
Dad! Aku ada kat skolah nape? Kalau ko nak korek benda lama2 cam tu, sampai bila ko nak maju kedepan! Ingat kalau Anwar dok korek citer Tun dulu2 ko rasa ada x pakatan yg ada skang? Boleh x azizah tu duduk semeja ngan Tun klu dorg dok nak korek dan ingat citer dulu2? Krajaan skang ni masih lagi rapuh. Umno dah x payah upah org utk cucuk lgi sbb adanya moron cam kau ni yg tlg buat kejer utk dorg ni. Ko expect nak dapat apa sbenarnya bgi pandangan negative pasal anwar atas sesuatu yg ko based kan kejadian thun 1974? Nak dpt medal? Org kat atas sana tungkus lumus nak yakinkan bahawa mereka telah pilihan yg betul, here u r bawak citer yg langsung x bawak apa apa menafaat pun pada PH!
























Tiada ulasan: