Khamis, 17 Mei 2018

PAS detik kini. Respect PAS siri 2. 7656.

Rabu (Rakyat Akan Buang Umno - menjadi kenyataan) 

Keadaan semasa umno dan PH di mata rakyat Terengganu dan Kelantan menjadi antara faktor paling penting dari yang terpenting. 

Suasana ini beri keuntungan kepada PAS menguasai Kerajaan Negeri Terengganu dari umno bn dan kekal kuasa di Kerajaan Negeri Kelantan, di sebalik yang kononnya umno bnnya ngidamkan dan tanggapan PH, Pas akan tumbang di Kelantan. 
ALHAMDULILLAH. 
DSN kalahkan saya tetapi dia tidak jadi PM lagi. 

Bab mencerca dan menghina. Jangan bongkak sombong. Jaga tutur adab berbicara. 

Aku kaya, aku kaya, aku kaya, aku boleh beli apa sahaja pun boleh kalah (money is king) Sebab rakyat sudah sedar mereka miskin di sebalik pemimpin makin tambah kaya. 

BEgitu juga style Ana yang buat undang-undang, ana boleh paaaaadam ...juga berjaya melingkupkan arus kuasa poitik umno bn. Serang peribadi, serang bangsa, guna Islam ...masih main peranan di mana-mana pihak. Satu pihak kena cerca hina, tetapi pihak satu lagi diam diri. Ada juga pihak yang main perang-perang cerca, caci dan menghina - berbalas-balas. 

RAKYAT TENGOK Jeeeer - 9.Mei.2018 rakyat dah nobatkan. Aamiin. 

Ada yang lengit dan ketengi: 

Patut juga diingat... Menang dari beberapa siri kegagalan. Menang, menang, menang bertahun-tahun akhirnya menyungkur gagal dan membuat mereka merapu berkicau mereka adalah pihak - Kemenangan yang tertangguh
 
Rakyat tak kenang tol free. Sepenggal sahaja PAS tadbir Terengganu waktu itu. In Syaa Allah pentadbran PAS lebih berlainan dan mantap setelah menang semula di Terengganu di PRU Malaysia ke 14 9.Mei.2018. (Rabu - Rakyat Akan Buang Umno) 
Dapat dari grop PAS. 

THURSDAY, MAY 17, 2018

Nota Sepang-malulah sikit !

1. Presiden parti suci dilaporkan berkata berdasarkan konsep federalisme, Kerajaan Pusat kena beri royalti kepada Kerajaan Trengganu yang kini dikuasai oleh parti suci.

2. Alasan beliau adalah rakyat Trengganu sudah memilih untuk mengundi parti suci, maka pilihan rakyat wajar dihormati.

3. Secara umumnya, saya rasa konsep federalisme dan pilihan rakyat memang wajar dihormati. Rasanya tidak ada masalah sangat untuk terima perkara itu.

4. Cuma yang saya nak bangkitkan adalah : Adakah parti suci sedar bahawa tindakan mereka meletakkan begitu ramai calon di seluruh negara sama ada di kerusi Parlimen dan negeri hingga menyaksikan banyak kerusi berhadapan 3 penjuru- BN, PH (logo PKR) dan parti suci jelas membantu BN ? Ia juga sekaligus menyakskan PH hilang peluang untuk menang mudah di banyak kerusi -parlimen dan dun -khususnya di pantai barat.

5. Saya nak bagi contoh. Kita ambil kerusi Parlimen Jasin di Melaka misalnya. Calon BN menang hanya dengan majoriti 219 undi sahaja mengalahkan calon PH (logo PKR). Pecahan undinya adalah BN -26560, PKR-26431 dan parti suci - 8860. Jelas parti suci jadi "pengacau" yang memenangkan BN. Di Dun Merlimau pula , BN menang dengan majoriti hanya 130 undi sahaja. BN dapat 5290, PKR dapat 5160 dan parti suci dapat 1208 undi. Jelas , jika hanya 150 undi parti suci sahaja pergi ke PKR, calon PKR menang mudah In Syaa Allah.

6. So, my point pak aji adalah tindakan parti suci jelas membantu BN , sekaligus menafikan PH untuk menang lebih banyak kerusi. Tiba-tiba , anda semua , dengan muka tak malu , masih merayu nak minta royalti minyak dari Kerajaan PH. Tak malu ke? Di mana maruah ?

Allah lebih tahu.

Yb Sepang. 16-05-2018
ref:
al- Husseyn: Nota Sepang-malulah sikit !



Tiada ulasan: