Selasa, 15 Mei 2018

Pembelot BN join PH bukan syarat untuk lepas dari perbuatan jenayah politik di era umno bn. 7626.

Harapan terima pembelot BN tapi bersyarat. 
12 MEI 2018

PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (Harapan) hanya akan menerima pembelot daripada BN jika mereka bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah dan telah berikar untuk tidak lagi setia kepada BN.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, setiap pembelot akan diperhatikan dan tahap penglibatan mereka dalam kerajaan terdahulu akan dikaji.

Kerajaan terdahulu diketuai pemimpin-pemimpin tertentu. Tetapi jika mereka dah bersumpah menghentikan kesetiaan terdahulu dan bebas daripada sebarang pertuduhan dan mahu menyertai mana-mana parti atau menjadi bebas tetapi menyokong PH, kita akan sokong mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan kenapa Harapan menerima ramai pembelot BN pada sidang media untuk mengumumkan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Sebagai rujukan kepada Sarawak, Dr Mahathir berkata, perbincangan masih dijalankan antara Harapan dan pemimpin negeri.

"Kami berjumpa dengan ramai orang dalam kerajaan Sarawak dan kami akan melihat sama ada ia memberi manfaat kepada kami atau tidak dan kami akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur untuk kemungkinan BN Sarawak menjadi sekutu Harapan dalam kerajaan baharu. - Bernama

ref: 
Harapan terima pembelot BN tapi bersyarat - Nasional - Sinar Harian


Tiada ulasan: