Rabu, 16 Mei 2018

Pertama kali Hari Guru disambut tanpa jawatan Menteri Pelajaran. Selamat Hari Guru. 7643.

Love mak bapak n cikgu-cikgu.

Cikgu antara mangsa kerajaan umno bn. Acap kali tukar dasar pelajaran. Maklum 60 tahun perintah Malaysia sampai tahap boleh perintah ikut suka hati individu sewenang-wenangnya. Masakan tidak pemimpin yang terpilih rahsianya semua dalam kocek kepalanya. Yang dah rakyat kalahkan pun masih diUp jadi menteri. Semua nak cover by cover. Ko xlantik aku, rahsia ko terbarai?

Berbalik hal cikgu dan dasar pelajaran. Pernah hujung tahun buku baru sampai ..siap cop dan keyin untuk edaran tahun depannya. Tahu-tahu buku baru tuu di tahun depannya layak untuk dikitar semula. Berapa banyak wang rakyat punah?

Asal dulu Sains dah belajar dari darjah satu. Ubah jadi ADM (Alam dan Manusia) Akhirnya anak-anak sejarah pun tak reti, geografi pun x tahu Kuala Lumpur tu arah north ke south dari tempat tinggal mereka. Now balik semula ke asal Penyata Razak. Inilah Malaysia.
In Syaa Allah hari ini brother bebas. Aamiin.  

Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah masa terbaik untuk membina semula negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai suku bangsa negara ini.

Katanya, rakyat negara ini harus diberi peluang menyokong kerajaan baru untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, adil dan hebat.

“Ini bukan masa untuk membalas dendam dan pemikiran yang tidak baik.

“Kita mesti memulakan pembaharuan untuk memulihkan kemerdekaan, kecekapan dan profesionalisme institusi kebangsaan yang dicemari oleh kesilapan lalu.

“Mereka yang tidak melanggar undang-undang dan tidak menyalahgunakan kuasa tidak perlu takut. Ini adalah masa untuk perpaduan dan perdamaian negara,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, seluruh rakyat Malaysia termasuk yang menentang HARAPAN diseru turut serta dalam perjalanan baru negara menghadapi sebarang dugaan dan cabaran mendatang.

“Rakyat Malaysia, termasuk mereka yang menentang Pakatan Harapan dialu-alukan untuk menyertai perjalanan baru yang mencabar untuk menetapkan semula dasar dan arah pembinaan negara.

“Perkara ini boleh dilakukan dengan sokongan penuh rakyat terhadap visi dan manifesto Pakatan Harapan,” katanya lagi. – Roketkini.com














Tiada ulasan: