Selasa, 15 Mei 2018

Universiti Malaya (UM) kini berada di tangga ke-27 daripada 378 universiti dalam Ranking. 7628.

NASIONAL UM RANKING KE-27 EEUR 14 MEI 2018

Alhamdulillah Tahniah UM.
Universiti Malaya (UM)
KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) kini berada di tangga ke-27 daripada 378 universiti dalam Ranking Universiti Ekonomi Pesat Membangun (EEUR) Times Higher Education (THE) 2018. Menurut ranking dikeluarkan pada 9 Mei lepas, Universiti Peking dan Universiti Tsinghua dari China masing-masing berada di ranking pertama dan kedua sementara UM dimahkotakan sebagai universiti dengan prestasi terbaik di dalam negara ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Canselor UM Datuk Abdul Rahim Hashim berkata, inilah kali pertama UM menyertai sistem ranking ini. “UM akan terus menumpukan kepada pengukuhan asasnya menerusi beberapa fasa daripada Pelan Strategiknya. UM menyasarkan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan industri strategik dan rakan kongsi antarabangsa,” katanya. Kaedah ranking EEUR menggunakan lima indikasi teras pengajaran, kajian, pemetikan, prospek antarabangsa dan hasil industri. - Bernama.

Sumber dari: UM ranking ke-27 EEUR - Nasional - Sinar Harian

...

Tiada ulasan: